Tuesday, December 10, 2019

Buku sekolah rendah dah settle


No 1 kau. Nasib datang awal. Kalau datang lambat dapat nombor belakang belakang macam semalam.

Untuk anak no 3 settle dah bab beli buku sekolah. Beli baju sekolah belum lagi. Pagi tadi gigih sampai sekolah pukul 8.20 pagi. Padahal kedai buku buka pukul 9.  Malas aku nak tunggu lama lama kalau datang lambat. Dah la panas. Berpeluh ketiak nanti. Tak semua buku yang ada dalam senarai tu aku beli. Beli yang perlu je. Yang tak perlu tolak tepi. Buku kerja pun aku tak beli semua. Bila cikgu mintak baru beli. Kalau beli kadang cikgu tak guna pun.

Yang sekolah menengah nanti depe beli sendiri. Bagi je duit. Pandai pandai la nanti. Beli benda lain pandai. Takkan beli buku tak reti pulak kan.  Minggu depan baru nak cari baju sekolah. Anak dara yang form 4 kata baju dia muat lagi. So tak payah beli. Anak bujang no 2 pulak nak kena tempah seluar sekolah. Seluar tahun lepas macam macam dia komplen.  Besar la. Longgar la. Aku buat pekak je.  Baju putih beli je kat Pasaraya Ekonomi. Kasut sekolah boleh la beli sebab kasut tahun ni dah ketat. Cuma si adik je yang tak perlu beli kasut baru sebab kasut hitam dia baru je beli bulan 10 hari tu. Beg sekolah pulak pakai je beg sekolah yang beli masa kat Ostrolia tahun lepas. Tak sabar nak tunggu dorang habis sekolah. 

 Korang dah shopping barang barang sekolah ke?

4 comments:

  1. Kedai sekolah anak2 boleh beli 15hb nanti. Lambat lagi ni nak bole beli, hehe

    ReplyDelete
  2. Back to school..yg dah menengah, ibu bapa boleh rileks sikit..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah bab buku settle. settle hal lain pulak lepas ni selagi belum siap persiapan persekolahan anak anak.

    ReplyDelete
  4. Sha minggu depan baru boleh beli barang sekolah anak.. huhu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.