Thursday, November 14, 2019

Corndog inti mozarela cis


Ni kerja anak sulung. Sekarang memang musim corndog ni kan. Anak anak kat rumah ni pun dah terjebak. Nak beli mahal. Baik la buat sediri. Kerja anak sulung hari hari buat ni aje untuk dia dan adik adiknya. Kadang dia ubah suai resepi ikut cita rasa sendiri. Boleh tahan kreatif jugak dia nih.

Hari Selasa lepas beli cis mozarela yang 2.5kg tu terus. Harga dalam RM67.00. Makan la sampai puas. Sebenarnya depe ni tak pernas puas kalau makan benda benda yang macam ni. Dah banyak kali jugak beli cis mozarela ketul besar tu dah dah berkali kali jugak buat corndog ni. Tapi tak pernah jemu. Kadang tu ada jugak kawan kawan yang oder.

7 comments:

  1. memang musim corndog pun sekarang . Rajin si sulung buat corndog nie . Ye , agak mahal kat resto pun satu dah 6 ke 8 ringgit . Kalau yang orang-orang cod tu seketul pun dah rm5 . Baik buat sendiri , puas makan banyak mana nak makan .

    ReplyDelete
  2. Adik bongsu baru ajak buat ni...wekeend nanti la nampaknya

    ReplyDelete
  3. sedapnya..corndog ni memang mahal sebab harga cheese pun dah mahal kan..tapi memang puas makan kalau buat sendiri

    ReplyDelete
  4. tgh viral corndog ....rmi yg buat...mmg melelh2 la guna mozarella tu..tp tula mhl kn cheese nya tu tp buat sdiri puas hati la mkn byk kali

    ReplyDelete
  5. Berbaloilah beli cheese mahal tapi boleh buat banyak kali kan IL. Rajinnya anak tu, boleh diharap...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.