Monday, June 18, 2012

IJN ~ day 2


Encik somi dapat turn masuk ICL pukul 4 ptg. Ai tunggu kat luar sbb takut nanti kut kut nurse panggil nak tanya apa apa.
Pukul 8:30 mlm nurse ICL panggil ai untuk bagi makanan kpd encik somi.
Ai pun dapat masuk ke dalam ICL tu. Cuak bukan main ai masuk dalam tu. Seram. Nak beranak pun tak seram cam gini.
Ai nmpk encik somi letak tangan atas kepala. Bila ai tanya kenapa encik somi kata dia pening kepala and rasa loya sbb lama sangat perut kosong. Ai suapkan dia roti dan air soya. Tu pun dia tak nak sebab dia kata dah tak lalu nak makan.
Silap la jugak sbb x inform misi awal awal yg encik somi ai ni tak leh perut kosong lama lama.
Pastu encik somi kata buat angio melalui tangan sangat menyakitkan as compare dengan buat melalui paha. Kesian ai tgk encik somi. Kalau ai pun tak sanggup nak buat benda ni. Ai lebih rela sakit kut dari buat rawatan yang menyakitkan.
Masa dlm icl encik somi sibuk mintak transfer ke wad biasa sbb dia x selesa kat situ. Nurse kata encik somi kena masuk stepdown unit dulu untuk monitor the condition sbb encik somi having a chest pain.
Pkl 9.30 malam baru tiba di stepdown unit. Sampai sampai je, encik somi terus muntah. Kat dalam Stepdown tu misi yang jaga sume. Kita tak boleh tunggu. So ai pun balik umah tido dengan anak anak yang ai rindu. Sampai umah pkl 11 mlm. Sebenarnya ai ni penakut nak drive malam malam. Tapi terpaksa gak la. Kalau ai nak tido kat hospital pun tak guna sebab ai bukannya boleh tido sebelah encik somi.



Muka selamber tapi hati mesti cuak kan..


Ni la makmal ICL tu.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.