Friday, June 1, 2012

Rumah sebelah kena pecah masuk

Tadi encik hubby call
katanya rumah sebelah kena pecah masuk
dan jiran tu mintak tolong
kebetulan encik hubby ada kat IPD
dia bagitahu kawan dia yang rumah my neighbour tu kena pecah masuk
kawan encik hubby tu polis
dia pun terus talipon bilik gerakan peronda polis
manakala encik hubby talipon rela yang kat area rumah kami tu

tengah hari tadi aku balik rumah kejap
menjenguk Zafran yang demam
menurut sumber pencuri tu masuk rumah ikut pintu depan
time tu my neighbour tengah tido dalam bilik dengan anaknya
hubby dan semua penghuni rumah tu dah pegi keje
tengah sedap sedap tido
tiba tiba ada orang bukak pintu  bilik
my neighbour tanya siapa
orang tu pun cepat cepat tutup balik pintu bilik
dan melarikan diri ikut pintu depan jugak
antara barang yang hilang adalah barang kemas dan wang

eii seriau pulak aku dengar
nauzubillahiminzalik
mintak dijauhkan lah dari perkara perkara yang tak diingini
lanjutan dari apa yang berlaku
encik hubby kata dia nak pasang cctv dan jugak buat alarm yang baru
kat rumah kami
memandangkan alarm yang lama dah gila meroyan
eloklah tuu...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.