Monday, April 28, 2014

Muka bengkak. Mata bengkak

Semalam masa cuci kete lepak bawah pokok sementara nak habis. Hantar kat kedai je pun. Tetiba rasa gatal gatal kat muka. Pastu mata jadi bengkak. Seluruh muka pun bengkak bengkak. Balik rumah dari cuci kete tu saya telan ubat gatal je sebab dah tak tahan sangat.

Pagi ni datang jugak ke opis dengan muka dan mata yang bengkak. Hari jumaat ni saya apply cuti. Minggu ni keje sampai hari Rabu je la. Kalau Jumaat ni tak cuti memang hari ni tak datang keje dah. Cuti banyak banyak nanti dapat pulak warning email daripada boss.

Malu la pulak nak tepek gambar kat sini. Korang bayangkan aje la macam mana rupa saya yang bengkak sana sini tu. Malam ni baru nak pi klinik kot.

Korang sambung cuti tak hari jumaat ni? Nak jalan jalan pi mana tu? Jangan lupa bawa balik oley oley tau.


Nampak tak mata saya yang bengkak tu. Tu baru mata. Kat muka muka pun hbis bengkak jugak. Esok mungkin ke klinik dulu sebelum masuk opis. Mungkin kena ambik ubat surutkan bengkak tu.

Sunday, April 27, 2014

Sukan Tadika Little Caliphs


Lega bila sukan ni dah berakhir. Kalau tidak saya yang tak lena tido sebab kena drive sensorang nak ke Taman Layang Layang (TLL) Kepong tu. Tak pernah sampai kesana lagi even dekat dengan rumah. Ni la first time sampai sana. Sampai awal pagi pukul 7.30 pun parking dah takde. Terpaksa parking kat bahu bahu jalan. Best jugak TLL Kepong ni. Next time boleh pegi sana lagi bawa anak anak beriadah.

Sukan ni start pukul 9.00 pagi dan tamat pukul 10.30 pagi. Senang hati sebab habis awal. Boleh balik rumah dan buat apa yang patut.


Ada 4 center yang involved masa sukan tu iaitu Little Caliph Wangsa Maju, Little Caliph Damansara Damai dan Little Caliph Sungai Buloh. Masing masing ada kaler tema masing masing dan tema sukan untuk kali ni ialah Go Green Muslim. Bahan bahan yang digunakan untuk sukan kali ni berdasarkan bahan bahan yang terpakai. Apa apa peralatan yang dibuat untuk sukan ni adalah dengan menggunakan bahan bahan buangan yang dah terpakai.

Kagum dengan cikgu cikgu yang bertungkus lumus menyediakan segala peralatan. Bukan senang nak buat sesuatu event tu berjaya kan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Saturday, April 26, 2014

Baju raya lagi

Tadi encik hubby beli kain ela untuk buat baju raya. Kaler hijau tu untuk baju melayu untuk encik hubby dan anak anak. Kain yang bunga bunga tu of kos la tuan permaisuri yang punya. Baju melayu tu dah siap tempah sekali dengan anak anak. Kalau beli yang dah siap kainnya kurang berkualiti. Maka dengan itu saya rela beli kain dan tempah sahaja. Baru puas hati. 

Friday, April 25, 2014

Cantik tak


Lunch time tadi pegi Jakel. Memang tak de planning pun nak beli apa apa. Sekadar nak jenjalan cuci mata. Tapi bila sampai kat jakel ternmpak pulak kain kaler biru yang cantik tu. Pikir punya pikir terbeli la pulak. Harganya rm17 semeter.

Lepas tu ada pula pick hour. Terbeli pulak kain yang kaler pink tu. Harga asal rm100 lebih. Lepas pick hour dapat rm50 untuk sepasang.

Sebenarnya tak suka sangat nak pegi jakel ni. Sebab sales girl dia kan suke je ikut mana kita pegi. Rimas la. Lagi satu sebab jakel tu crowded sangat dengan manusia. Murah sangat ke kain  kat jakel tu. Cam tipu harga pun ada jugak kan. Kadang kadang rasa kain tu murah je tapi dijual dengan harga mahal.

Nak tempah bila kain yang baru beli ni ntah la. Baru je minggu lepas tempah baju raya. Duduk gombak tapi tempah kat Segambut. Kat gombak tak tau nak tempah kat mana yang menarik. Tak biasa.

Wednesday, April 23, 2014

Kepala ting tong

Hari ni tak nak lunch. Nak lepak lepak je dalam surau sambil sambil blogwalking. Pagi tadi pukul 10.40 pagi lepas habis meeting terus belasah mee goreng. Lapar giler siut walaupun dalam meeting tu ada makanan tapi dapat makan kat meja sendiri lagi sedap. Tak payah nak control control.

Kepala tengah ting tong mengadap pc. Rasa cam nak terkeluar biji mata dah. Nak buat minit mesyuarat pengarah. Mesyuarat tu dah seminggu yang lalu. Baru hari ni nak mengarang ayat. Aduh jenuh. Jom tolong.