Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Malam Minggu

Bosan pulak rasanya bila anak ank tiada di rumah
Anak anak ai sekarang ini sedang berada di ICT Shah Alam
dengan Mak Ngah derang
Ai malas nak ikut sebab ai malas nak jalan jauh, sakit kaki
Nasib la encik suami tak de appointment malam ni
Kalau tidak jangan harap ai nak duduk umah sensorang
Hrrr..very the penakut


Siang tadi misi membeli baju sekolah telah pun berjaya dengan selamat
Kasut sekolah Ben10 yang menjadi pilihan si anak teruna pun dah dapat
Esok misi mencari kasut hitam si anak dare pulak
Tadi kat giant kasut si dare tak de saiz
Beli barang barang yang utama dulu
Beg sekolah dan peralatan mewarna dan menulis belum lagi
Yang tu tunggu dah dekat nak buka sekolah baru boleh beli
Kalau beli awal awal nanti hilang entah ke mana


U olls buat apa hari ni, bersantai ke mana?
Malam malam ni tetiba teringin pulak nak makan durian crepe
Yang sejuk sejuk tu
Ermmm sedapnye kalau dapat

Friday, November 23, 2012

Plan untuk wiken

Hye uolls...dah plan apa aktiviti untuk wiken ni. Dalam kepala otak ai ni macam macam ai dah pikirkan terutama sekali esok nak pegi giant beli kasut sekolah Ben10. Si abang ngah tu sibuk nak kasut sekolah Ben10 dari tahun lepas. Oleh kerana tahun depan dah start sekolah darjah satu kena la belikan. Nak merasa pakai kasut sekolah Ben10.

Si kakak pulak start tahun depan dah bertukar uniform. Kena pakai baju kaler kuning ngan kasut hitam. Pengawas Pusat Sumber lah kata kan. Hah..nak sangat jadi Pengawas PSS tu. Pening ibu nak mencari baju tau.

Lepas tu pulak, boleh la beli ayam yang dah siap marinate. Balik rumah tinggal bakar je.

Hari Ahad pulak aktiviti membeli baju sekolah. Ai saje nak beli awal awal supaya tak kehabisan saiz. Lagi pun tak mau kelam kabut buat persiapan last minit. Kang yang tu tak de yang ni tak de. Stress jadinye.

Setakat ni, inilah saje plan plan yang ada dalam kepala otak ni. Belum masuk lagi aktiviti aktiviti yang tak di plan. Korang pulak macam mana.

Note *** : belum tiba masanya macam macam plan. Bila dah sampai masa sume lupa.

Wednesday, November 14, 2012

Ramai yang cuti hari ni kan

Ramai yang bercuti hari ni kan
uolls tak cuti ke
jalan raya lengang giler
kat opis ni pun lengang jugak
seronoknye
boss pun bercuti

hati ni resah gelisah
sebab petang ni nak jumpa dentist
nak tampal gigi yang berlubang tu
rasa takut la pulak
perkara yang paling takut
adalah bila nak jumpa doktor
rasa cam nak tercabut jantung ni
tapi belum inform boss
nak mintak balik awal
nak inform boss pun seram gak
tolongggg...



Tuesday, November 13, 2012

Plan tak jadi

Ramainya orang beratur nak bayar kat kaunter k4 wangsa maju hari ni. Yang ai pulak terpaksa mengadap que yang panjang tu semata mata nak bayar pampers satu je. Tak berbaloi sungguh. Alkisahnya saje nak pi cuci cuci mata je kat k4 tu. sekali danial kata "ibu, cuar adik basah. Ibu bawak pampers tak?" Cek punya cek rupanya tak bawak pampers. Terpaksa la beratur jugak walaupun berjanggut menunggu. Elok dah bayar rege pampers tu, si danial pulak terlentok tido kat bahu nenek dia. Apa lagi, jom balik lah kite. Anak dare yang tak dapat shopping tu pun masam mencuka la bila x jadi shopping.

Monday, November 12, 2012

Kesian

Kesian kat pemandu kete ni
harap dia tak apa apa lah
kejadian berlaku pada hari sabtu lepas
10/11/2012 sekitar jam 3.00 petang

agaknye laju sangat kut masa kona tu
so terbabas sampai masuk longkang

Friday, October 12, 2012

Slot Adam Hawa

Anak ai yang sulung tu kan demam
demamnye tak la kuat sangat
tapi kemanjaannye yang lebih
lebih senang nak handle adik adiknye yang demam dari dia
kalau dia demam kena duduk tepi dia
picit kepala la, jelum kepala la dan macam macam lagik

Semalam tengah jelum kepala dia dengan air
layan la citer Adam Hawa jap kat Youtube
dah ramai kater syok
teringin la jugak nak tengok
dah tengok sekali rasa cam nak tengok lagi episod yang seterusnye
fuh..meruntun jiwalah tengok citer tu
lakonan Aaron cam baik baik jew
hurm...

korang tengok tak citer Adam Hawa tu??

Breakfast ni jew...

Aci tak kalau breakfast ni je pagi ni
malas la nak turun ke food court

Tuesday, October 9, 2012

Tak tau nak letak mana dah

Semalam encik hubby beli meja ni. Kononnye nak letak printer baru dia kut. Masalahnye ai tak tau nak letak mana dah meja ni sebab sume spaces dah fully occupied. Haru betul. Dah semak kat ruang yang kecik tu dengan macam macam barang. Sungguh tak selesa mata memandang. Kan best kalau ada satu bilik khas yang boleh dijadikan opis encik hubby. Ni sume letak kat tengah tengah dunia tu.




Akhirnya printer yang baru ni diletakkan di atas meja yang sedia ada jugak.

Thursday, September 27, 2012

Suke sangat dengan hadiah ni...

Henbeg baru hadiah dari encik hubby. Baru 2 hari guna. Berseri seri lagi. Actually sayang gak nak guna.Tapi beg yang ada pun dah koyak. Maka eloklah digunakan pun. Ntah la muat ke idak nak isi mak nenek kat dalam tu. Henbeg baru ni guna untuk pakai pi keja je. Kalau time keluar dengan hero heros ku, memang la tak muat beg secomel ini. Nak isi pampers lagi, makanan la, tisu la, puting kosong la dan lain lain barang lagi.





Nanti nak cari lagi satu yang lebih besar supaya dapat isi banyak barang kat dalam tu. Baru la meriah sampai bahu pun senget sebelah.

Monday, August 27, 2012

Tak tahu takut

Anak ai 2 orang je lelaki
tapi tak tahu takut nak main mercun
yang kecik tu pun sama
tak padan dengan kecik
mercun mercun ni sume
ayah derang yang belikan
atas pilihan masing masing
ada yang nak mercun roket
mercun mancis dan berbagai lagi
ayahnye tukang beli je
bukan nak monitor derang main pun




Tak dapat main malam main siang pun takpe.







Satu beg shopping ayah derang belikan
bunga api dan mercun ni
sekarang baru ai rasa lega bila sume tu dah habis
selagi tak abis tak senang hati anak anak dibuatnya
maknye yang tension
sebab nak kena jaga time derang main
mana taknye..celik celik mata pagi pagi
dah sibuk nak main mercun

Wednesday, August 15, 2012

Jangan mare..nak tayang jugak

Aci tak kalau nak tayang jugak
stok kuih raya
kuih ni ai buat sendiri tau
4 jenis je
ada biskut cornflake madu dan samprit
atas permintaan anak anak
dan ada jugak biskut cornflakes rangup
dan biskut kelapa
dah rasmi pun
tak payah tunggu raya baru nak rasmi
lepas buka pose je mula la
mencari biskut raya nih

cuma nak tambah kepek kepek je sikit sikit nanti
moh la datang rumah kite

Friday, August 3, 2012

Tuko duit raya time

Korang dah tuko duit raya ke
ari isnin lepas
ai pegi bank konon konon
nak tuko duit sekolah anak
sekali dari luar
nampak orang beratur panjang
masuk dalam bank tu
tanya la kenapa orang beratur panjang
sekali jaga tu kata orang tuko duit raya

mak aiii....
aii dah la tak de duti time tu
ingat lambat lagi nak tuko duit raya
rupa rupanya dah boleh tuko
duit 20 dengan 50 siap da habis
nak tak  nak
ai pun beratur la jugak
tuko duit yang tak seberapa tu
sib baik la jugak time tu
bawak duit nak simpan dalam Tabung Haji kononnye
tapi yang tak puas hatinye
dapat sampul duit raya
satu peket je
padahal kat orang sebelum ai tu
dia bagi dua peket
hampeh betul la bank ni
kedekut...
bagi la banyak sikit
ingat nak kasi duit raya
kat sepuluh orang budak budak je ke
kalau tak mampu nak bagi
len kali  baik tak payah bagi

note : sape sape yang ada sampul lebih tu pos pos la kat ai sikit ye..

Thursday, August 2, 2012

Pilu di hari raya ~ Al Fatihah

Tak sampai hati nak baca kisah yang menyayat hati tu.
apatah lagi nak copy paste kat sini
kesian kat si anak yang berusia 2 tahun
yang kehilangan ibu dan ayahnya serentak secara mengejut
padahal ibu dan ayahnya baru saja menghantarnya ke rumah pengasuh
tu lah yang dikatakan malang tak berbau
mesti si anak tertunggu tunggu kepulangan ibu dan ayah balik dari keje
si ibu sedang hamil 7 bulan
dengar ceritanya baby yang kat dalam perut ibunya tu hancur dah tak nampak rupa
perut sibu pecah akibat hentakan bas yang kuat
Masya Allah
dugaan apakah ini menjelang hari raya
kesian sangat
memang menangis la mengenangkan kisah yang sedih ni
pilu rasa hati
semoga Allah pelihara anak yang ditinggalkan itu
dan mendapat sepenuh kasih sayang
sebagaimana yang ibu ayahnya berikan
semoga ibu ayah dan adik beliau
ditempatkan bersama orang orang yang soleh
Amin

Note : Kalau nak tahu cerita boleh  baca dalam suratkhabar hari ni. Kisah kemalangan ngeri yang melibatkan bas sekolah yang mengancam 3 nyawa.

Thursday, July 26, 2012

Untung ke tak untung

Orang lain sibuk balik rumah masak  bulan pose nih
ai tak masak pun
sebab encik hubby selalu beli makanan
kalau masak pun sampai buang buang
tak habis
sayang dan membazirkan
kalau cuti hari sabtu dan ahad  baru la masak
tu pun masak apa yang en hubby suka je
kalau masak makanan yang dia tak suka
pandang pun dia tak sudi
makanya dia akan beli makanan yang dia suka
kalau nak harap budak budak tu nak  makan
banyak mana la sangat kan
kalau beli nasi tomato tu
satu bungkus boleh kongsi dua orang

seronok tengok orang balik rumah masak
sebab masak sendiri lebih sedap dari yang dibeli
tapi apa nak buat
terimalah seadanya
senang keje ai
balik rumah hidang je

untungla kalau dapat suami yang makan tak memilih
ai pun untung jugak
untung sebab balik keje tak payah
tungging langgang kat dapur

Tuesday, July 24, 2012

Tercapai hajat sudah

Dah lama ai teringin nak beli benda ni
hari Sabtu lepas
dengan murah hatinya en suami
ajak ke Sogo
katanya nak belikan bende alah ni
mana taknye kan
dah isterinye hari hari
menyanyi lagu Corning Ware Corning Ware
mule mule nak beli melalui katalog je
tapi mahal le jugak
kalau beli kat Sogo lagi murah
kan ke Sogo tengah ada sale sekarang ni
lagi pun dapat jugak kumpul point
terima kasih daun keladi ye encik hubby


Ni gambar dari sumber google.
gambo sebenar tak snap pun lagi
sebab masih di dalam kotak
tunggu ada makan makan nanti baru nak rasmi

at the same time
ai berminat jugak nak beli yang ni
kawan ai kata
benda ni ada jual kat Chow Kit
alahai...
masalah betul kalau nak ke Chow Kit ni
tak familiar la tempat tu
kalau dah ada benda ni
senang la nak bakar bakar
dan senang jugak nak menyimpan

Haru fizikal dan mental dibuatnya

Dah lama tak meronda ronda
ke rumah kengkawan
bizi la lately ni
hari ni pun ai bertiga je kat opis ni
yang lain ada yang bercuti
menjaga anak yang tak sihat
ada jugak yang mengerjakan umrah
ada jugak yang cuti cuti makan angin
waduh waduh
haru biru 
fizikal dan mental dibuatnya
 bila sensorang macam ni
meh la temankan ai kat sini

Thursday, July 12, 2012

Jom teka

Cer teka nasi yang kat
bawah ni nasi goreng apa
gersang je kan
tak de sayur sayuran pun
tapi regenye boleh tahan


Wednesday, July 11, 2012

Two days training

Rasa letih sangat
Padahal training dua hari ja
Makanan pun sedap sedap
Tapi maybe sebab
Turun naik tren
Nak elak jem punye pasal
Maklum la area Bukit Bintang
Pagi petang sure jem tak hengat
So kalau naik tren
Jimat masa
Boleh sampai rumah awal


Wednesday, July 4, 2012

Stok raya tahun ni

Sape pernah guna yang ini
ok tak
kedap udara tak??
biskut lemau tak kalau letak lama lama
dalam balang ni
berkenan la pulak bila tengok kat katalog
tapi cam besar kan
sesuai ke untuk hidang kuih raya nanti?