Saturday, September 21, 2019

JOM TERBANG BERSAMA QATAR AIRWAYS



 

Cuti sekolah dah tak lama lagi. Jom pergi bercuti. Kadang kadang dah jemu naik flight Air Asia la, MAS la, Malindo Air la. Nak jugak rasa naik kapal terbang yang lain pulak kan. Saje nak cari pengalaman yang baru. Apa kata kita try dengan penerbangan Qatar Airways. Servis Qatar Airways ni tak jauh beza dengan penerbangan yang sedia ada dan kalau  bernasib baik boleh dapat harga tiket yang lebih murah lagi. Dari segi kemudahan di dalam kapal terbang, Qatar Airways ini  menyediakan mini skrin di depan setiap tempat duduk penumpang. Jadi para penumpang boleh lah menikmati hiburan dengan sajian cerita cerita yang menarik. Hiburan hiburan ini dilengkapi dengan pelbagai koleksi filem-filem dan lagu lagu yang menarik. Kalau travel dengan anak anak tak la diaorang tu merengek la, menangis la dan buat macam macam perangai sebab diaorang boleh tengok movie yang disediakan. So mak dan ayah pun boleh la menikmati penerbangan ke destinasi yang dituju tanpa sebarang gangguan. 

Sekarang ni aku nak share dengan korang camne nak book Qatar Airways flights kat Traveloka. Firstly korang bukak Traveloka, kemudian korang click flights. Nanti kat page flights tu akan ada logo airlines seluruh dunia, dan cuba korang click kat logo Qatar Airways, kalau korang tak tau korang boleh google Qatar Airways. Bila korang dah click logo korang akan dihantar ke page untuk Qatar Airways. Kat situ korang boleh pilih dari mana korang punya flight dan destination korang. Lepas tu korang pilih berapa adults yang nak naik, suggestion aku korang letak 1 je dulu. Lepas tu korang pilih seating class ikut bajet korang. Then pilih tarikh yang korang plan pergi, then last sekali click Search. Nanti akan keluar list of flights yang available dan biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas. Menarikkan macam mana boleh cari dengan senang camni. 

Kalau nak naik Qatar Airways ni kena pergi tempat jauh-jauh supaya puas korang layan movie atas flight nanti. Sebab collection dia ada banyak. Haha. Pasal makan lak memang best. Kalau korang ada special request pasal makanan korang boleh order online dulu. Qatar Airways ni juga ada Kuala Lumpur ke London flights, so kepada sesiapa yang nak ke London yang jauh tu sesuai sangat naik flight ni. And of course alang-alang cerita pasal London, aku nak share dengan korang tempat-tempat yang best kat London. 

Covent Garden adalah sebuah tarikan yang cukup best di London. Sambil berjalan-jalan di sekitar kawasan ini korang dapat melihat banyak pertunjukan jalanan yang kadangkala mengumpulkan sehingga 200 penonton pada satu-satu masa. Dah puas melihat persembahan ini, korang sekeluarga boleh singgah ke mana-mana kedai kosmetik dan kecantikan yang terdapat di sekitar macam Chanel, Clinique dan Dior Beauty Garden. Selain itu, tarikan menarik lain yang wajib dilawati adalah Royal Opera House. Kat sini sering diadakan pertunjukan ballet dan opera. Inilah peluang untuk merasai dunia London yang sebenar bukan?

British Museum adalah sebuah muzium yang telah wujud semenjak tahun 1753 dengan hasil koleksi sejarah manusia sejak lebih daripada 2 juta tahun. Antara bahan pameran yang paling terkenal di dalam muzium ini adalah batu Rosetta, mumia-mumia Mesir, arca Parthenon dan banyak lagi. Victoria and Albert Museum (V&A) adalah muzium seni rekaan yang terbaik di dunia. Muzium ini mempamerkan kreativiti manusia yang telah wujud sejak  lebih daripada 3,000 tahun. Bahan-bahan pameran kat sini merentasi pelbagai era yang telah berlalu. Koleksi yang dipamerkan terdiri daripada lukisan, ukiran, reka bentuk, seramik, perabot, tekstil, fesyen, fotografi, gelas, barangan kemas, barangan besi serta sejarah pertunjukan dan teater. Natural History Museum adalah rumah kepada lebih daripada 70 juta spesimen dengan sekurang-kurangnya 500,000 spesimen baru dimasukkan setiap tahun. Ini menjadikan ia muzium dengan koleksi sejarah semula jadi yang terbesar di dunia! Muzium yang ditubuhkan pada tahun 1754 ini beralih ke lokasi sekarang sejak tahun 1881 mempamerkan koleksi macam batuan dari bulan, tumbuhan eksotik, fosil dinasour dan tulang dodo. Untuk pengetahuan korang, Natural History Museum adalah salah satu daripada 3 buah muzium yang terpenting di London selepas British Museum dan The Victoria & Albert Museum. Bercuti pun best, boleh tambah knowledge macam-macam dan boleh relax kat atas flight. This is the dream!!!

So, korang yang ada plan nak jalan jalan tu especially yang nak ke London tu, jom la booking flight tiket Qatar Airways ni di Traveloka. Di jamin puas hati tau.

 Image result for logo qatar airways
 Image result for logo traveloka

2 comments:

  1. mmg ada cita-cita nak pergi negara europe ni..so Qatar Airways antara airlines yang di pilih..tapi bila nka pergi tu tak tahu la bila lagi..berangan dulu hihih

    ReplyDelete
  2. saya dah biase nak qatar airways ni, memang best dah memang banyak movie pon hehehe. tapi tak pernah pulak naik qatar airways pergi ke london.. humm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.