Monday, November 9, 2015

Nak beli Alza ke tak



Saya plan nak tambah kereta. Alza advanced ni ok tak. Ada tak yang pakai Alza ni. Kete suzuki SX4 yang sedia ada ni dah tak muat. Maklum la anak anak dah besar. Ada mak lagi. 

Kalau ambik Alza ni monthly kena bayar dalam RM700. Kena fikir banyak kali juga tu. Jadinya akan bertambah expenses sebanyak RM700 lagi. Downpayment hanya RM2000 je. Rasa berbaloi la jugak dari downpayment yang banyak banyak tu. Saya ni penakut nak bawak kete yang panjang macam wish atau honda stream atau grand livina tu. Nak beli Avanza atau Inova husben pulak tak berkenan. Exora jauh sekali la dia tak nak. Makanya kena la beli kete yang dia berkenan je.

Aduhai. Tengah pening lagi. Ikut hati memang nak ambik sebab pikirkan anak anak yang terpaksa berhimpit himpit dalam kete suzuki tu. 

Tolong tolong. Saya tak tau nak buat keputusan nih. Apa pendapat kawan kawan. Ambik kete baru maka bertambah la hutang baru pulak.

9 comments:

  1. sekarang ni tengah intai-intai juga nih...ha ha ha, tapi tak taulah, rasanya buat masa sekarang belum ada keperluan nak menambah hutang yang dah sedia ada...

    ReplyDelete
  2. Kalau satu keperluan tak salah IL.....tp tulah kena pikir bajetnya. Mcm laki okje, dia punya target nak zero hutang. So buat masa ni mmg tak mo dah tambah hutang. Tp tulah kekadang kita ni ckp jer tak mo berhutang, tp bila tgk duit yg katanya lebih sangat tu tetiba pulak terbeli keta baru haha.....

    Terpulanglah pada org yg membayarnya. Kalau rasa mampu dan perlu, why not?

    ReplyDelete
  3. jual kereta lama.... buat bayar duit muka bagi banyak sikit,,,,kurang la bayar duit bulanan...

    ReplyDelete
  4. naper tak amik yg besar lg kak.... mcm exora atau grand livina ke....

    ReplyDelete
  5. Tak berani nak tambah hutang dalam keadaan ekonomi sekarang ni...tapi kalau nak beli juga buat kira2 agar tambahan hutang tu tidak membebankan.

    ReplyDelete
  6. Bagus juga alza. Ramai saya tengok guna kereta ni. Buat solat hajat dan istikarah minta Allah mudahkan.

    ReplyDelete
  7. Try tanya kawan-kawan yang guna alza. Rasanya Alza ok lagi setakat ni.

    ReplyDelete
  8. Boleh ambik alza.Tak pun cuba test drive dulu akak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.