Wednesday, August 26, 2015

Salah beli. Terbantut selera.



Dah banyak kali zafran request nak makan tuna cili ni. Hari tu dia makan masa ustaz sekolah agama bagi. Sedap agaknya kot. Sebab tu la teringin nak makan lagi.

Yang mak ni pun lepas balik keje petang semalam gigih la pi giant nak beli tuna ni. Tak tau nak pilih yang mana satu. Zafran kata dia nak tuna cili. Saya pun ambik la yang ni.

Bila balik rumah sapu atas roti mak ai. Pedas tak hengat. Mungkin sebab dia letak cili api kot kat dalam tu. Terus terbantut selera. 

To ayam brand. Lain kali jangan la buat pedas sangat. Kesian budak budak tak boleh nak makan.

13 comments:

  1. Kasihan Zafran. Nanti kena cuba lagi buat kurang pedas sikit.

    ReplyDelete
  2. Insyallah nanti buat lagi guna yang tak pedas pula.

    ReplyDelete
  3. Memang sedap kalau jadi buat dengan tuna. Nanti buat lagi yang tak pedas.

    ReplyDelete
  4. Mungkin yang dekat sekolah tu dia kurangkan bahannya, itu yang tak terasa sangat pedasnya.

    psstt:
    Kalau nak buat tempahan nasi ayam pun boleh.. ;)
    Chef hubby boleh je buat.. ;)

    ReplyDelete
  5. Kakak rasa bukan tuna cili tapi tuna mayonis biasa yg buat utk sandwich
    Tak apa boleh beli lagi yg lain.

    ReplyDelete
  6. Pedas ni sesuai utk orang dewasa jer kan IL..
    Kesian anak2 bila termakan yg pedas..
    Petang ni kena singgah kedai lagi lah beli ye IL..

    ReplyDelete
  7. agaknya sebelum ni ustaz dia tambah lg mayonis banyak kot kak itu yg tak pds... atau pun dia beli yg plain kot... dana kureng minat tuna2 tin gini hehehe... kalu sadin ok pulak

    ReplyDelete
  8. die mkn yang lain kot..yg ni memang pedas..die letak sebiiji2 cili dlm tu...sy suke mkn yg ni

    ReplyDelete
  9. pasni beli yg mayo ke ... yg budak boleh mkn la ....

    ReplyDelete
  10. Laaaa..apa pulak jenama yang ustaz Zafran bagi tu ek..sian dia..

    ReplyDelete
  11. kalau pedas sangat bukan budak2 je tak boleh makan,mak dengan ayah budak pun tak boleh nak telan..Orang malaysia ni memang suka makananan ada cili tapi tak semua suka yang pedas melampau..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum....bukan budak2 sahaja tak tahan pedas....saya pun tak tahan pedas juga...pssstt....pernah tersalah beli...

    ReplyDelete
  13. Laa......nape tak beli 2.....satu pedas satu biasa....kesian zafran

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.