Wednesday, March 11, 2015

Jom merempit

Beli sebelum kena gst. Nanti kalau dah kena gst sume barang naik harga kan.

Sebelum kawin pandai je bawak motor ke sana ke sini. Sejak kawin tak pernah dah bawak motor. Jangan kata motor. Kete pun tak pandai bawak. Harap renew roadtax je tiap tiap tahun. Tapi sejak anak dah sekolah nak tak nak kena la praktis bawa kete. Senang nk uruskan anak walaupun saya ni bekerja. Senang nak pegi pasar. Senang nak bawak anak anak jalan jalan. Kalau tunggu encik suami, sabtu ahad pun belum tentu ada kat rumah. Pegi pagi. Balik malam.

Tetiba hati ni teringin sangat nak beli skuter ni. Nanti kalau dah kena gst barang kan sume mahal. Lagipun senang nak eskot anak anak time dorang ronda ronda naik basikal. Maklumlah. Duduk kawasan perumahan. Kete lalu lalang sana sini. Kena eskot time anak anak main kat luar supaya keselamatan dorang terjamin.

Mula muka bawak motor ni melelong sana sini. Nak tergelak pun ada. Tapi kalau dah selalu praktis dah tak melelong la. Dah stabil. Rasa seronok pulak. Senang kalau nak pi mana mana dalam jarak yang dekat.


Ni skuter anak dara. Skuter ni pakai charge. Tak perlu pakai minyak. Skuter ni pun ok jugak. Dok berebut dengan anak dara tu yang maknya beli skuter baru. Yang skuter ni nak kayuh cam basikal boleh nak bawak cam motor pun boleh. 2 in 1. Kalau bateri full skuter ni boleh pegi sejauh 50 km.

9 comments:

  1. skuter yg use charge tu berapa lama dpt bertahan?

    ReplyDelete
  2. lama tk bw moto..tp bw moto pn time blk kampung je..round kawasan kampung

    ReplyDelete
  3. Ha ha..boleh le berlawan skuter dengan anak dara tu ya..hati-hati ya darling..handbag kena jaga..

    ReplyDelete
  4. skuter tu macam kat China boleh cas.. bestt.. ringan pun ringan naj bawaknya.. hihi..

    ReplyDelete
  5. wahhh mahai tak tu ... review la harga kak

    ReplyDelete
  6. Motor bateri ke kak..pic tak boleh tengok la..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Eh.....skuter bawah tu guard kat sini pakai tulah.....mahal tak IL?
    Okje tak berani bawak motor kat jalan besar IL...takut weyh walaupun ada lesen

    ReplyDelete
  8. Wah...cantiklah skuter charge tu...menarik je..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.