Wednesday, September 3, 2014

Selamat cabut gigi

Pengsan dalam kete lepas cabut gigi

Danial dah selamat cabut gigi pagi tadi kat klinik pakar pergigian Dzul Damansara Utama. Tapi doktor hanya cabut gigi yang selalu ada infection kat gusi. Doktor kata tak digalakkan nak cabut semua gigi walaupun rosak. Nanti mengganggu pemakanan dia dan pertumbuhan gigi kekal. 

Puas hati dengan servis kat klinik ni walaupun jauh. Semalam baru call hari ni dah dapat jumpa doktor. Selalunya kalau nak buat appointment dua tiga hari baru dapat jumpa doktor. Semalam kerani klinik Dzul siap bagi cara macam mana nak ke klinik tu. Harga pun tak mahal sangat. Tadi kena bayar rm100 sahaja. Lagi pun boleh claim balik dari opis. Opis bagi RM500 setahun untuk rawatan pergigian. Rugi kalau tak guna.

Danial ni masa lepas cabut gigi tu rileks saje. Saya pulak yang gerun dan risau. Time nak cabut gigi tu pun saya suruh ayah dia yang temankan. Saya tak sanggup nak tengok dan keluar dari bilik tu. Danial kata tak sakit pun.


Tarraaa. Sebagai upah sebab Danial berani cabut gigi. Nak pitam ayah dan ibu nak membayor harga dua menan ni nak. Tapi apakan daya. Dah tu yang dia pilih. Kalau tak anak yang habiskan duit mak ayah sape lagi. Lepas ni pose beli menan ye. Ibu dengab ayah kena kumpul duit dulu baru boleh beli lagi.

1 comment:

  1. tabik spring aa kat danial.. cikda paling takut jumpa dentist

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.