Friday, December 6, 2013

Nutrifeon shaklee

Danial demam lagi. Semalam dah hari ke 5 demam. Mak kata siang dia ok. Tapi pukul 9 malam tadi cek suhu 37.9. Balik keje petang semalam singgah kedai sensei tanya ubat untuk tonsil. Cina kedai tu ada la bagi satu serbuk ni. Dia kata bancuh dengan air pastu minum. Kecik sangat paket serbuk tu tapi harganya rm10. Tak beli pun. Just tanya je. Tengah dok pikir nak beli ke tak. Takut jugak nak bagi ubat sensei ni. Memang ada orang kata kadang ubat sensei ni elok jugak untuk sakit demam. Bergantung kepada keserasian badan la. Sebenarnya saya dah start bagi danial antibitik since isnin hari tu. Hari ni la last untuk bagi antibiotik tu. Kesian danial. Tiap tiap bulan demam. Tiap tiap bulan makan ubat. Tiap tiap bulan jugak kena ambik antibiotik.

Baru baru ni ada kawan saya promote nutrifeon shaklee. Mereka kata bagus untuk imunisasi. Saya beli 3 sachet je dulu. Takut beli banyak banyak nanti danial tak nak makan pulak. Setiap hari bagi half sachet je dan dibancuh dengan air. Dah 2 hari saya bagi danial makan nutrifeon tu. Nanti tengok la apa hasilnya. kalau ok saya akan beli sekotak terus. 





Sent from Samsung Galaxy Note

8 comments:

  1. Kesiannya....moga Danial cepat sembuh dan nutrifeon tu berkesan....:D

    ReplyDelete
  2. moga danial cepat sembuh ...amminnnn

    ReplyDelete
  3. ikhtiar seboleh mampu. Allah suka hambaNya yg berusaha. Lepas ikhtiar, bnyk2 la berdoa pada yg Maha Esa

    ReplyDelete
  4. lamanya danial demam.. kesian dia...

    ReplyDelete
  5. assalam ibu lala..anak sulong acik masa kecik dulu setiap bulan demam..
    dah besar..alhamdulillah jarang demam..kecuali kalau selalu sangat kena hujan

    ReplyDelete
  6. Ibu Lala.. Nutriferon memang ok utk menggantikan panadol. Tapi kalau ade budget lebih, ibu lala boleh bagi dia set kesihatan kanak-kanak... Tu anak saya ambik... so dah lama x berkunjung ke klinik. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Salam, Che Mid dah buang tonsil sebab dah kena infection sekali dgn sinus 3 thn lepas. Jadi buat pembedahan tekak (buang tonsil) dan buang sinus di hidung dan telinga... alhamdulillah berkurangan demam dan sakit tekak bila dah buang tonsil. Once and for all..kalau operation time budak lagi cepat baiknya..antibodi kuat lagi. Jgn risau, tak de bekas..sakit memang sakit..kalau rajin scroll down entri che mid 2011..ada kisahnya he he
    p/s : kalau ada keinginan nak derma utk mangsa banjir, cuba pakat dua tiga orang kawan..beli apa yang patut atau baju terpakai dsb..lps tu masuk bonet kereta dan hantar ke pejabat ABIM terdekat..Insyaallah ok..mudah dan cepat..

    ReplyDelete
  8. salam kenal..saya follow blog ni ye..sudi2 lah jenguk blog saya jugak..terima kasih
    http://cikanem.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.