Tuesday, September 25, 2012

Skateboard owh skateboard

Beriya riya anak anak ajak pegi Giant Ahad lepas semata mata nak beli yang ni. Zafran memang suka sangat dengan skateboard. Dari yang mini sampai la skate board yang 2 roda tu, sume dia ada. Nanti ai snap gambarnya ye. Memang dia suka buat koleksi. Yang 2 roda tu, orang besar pun belum tentu boleh main. Tapi Zafran selumber je. Mulanya ai takut nak belikan skateboard yang 2 roda tu. Takut dia tak pandai main. Lepas beli tu, hanya 2 atau 3 kali praktis je, dia dah terror. hurm..kagum kagum. Dalam hati ai pikir, patut la dia beriya iya sangat nak sebab dia tahu kebolehan dia.



Yang si adik pulak tak habis habis dengan otomen dia la. Masa Zafran kecik kecik dulu, Zafran tak pandai membeli. Bila orang tanya Zafran nak beli apa, sume dia geleng kepala. Dapat kat adik, sume dia nak. Adoiii..hari hari keluar rumah, hari hari la nak beli menan. Nanti ai snap gambar koleksi menan adik pulak. Otomen kecik, sedang, besar sumenye ada. Kalau pegi kedai menan kat chowkit tu, maka berbakul bakul la hasilnya.



2 comments:

  1. hihii dulu xreti, xkrg dah reti so, kne mintak bytk2 lah kan.. hihi


    *sorry ye, dah xleh join.. actually mini GA sy akan buat tiap2 bln.... hanya sehari je sehingga pukul 12 tgh mlm smlamn..:_)

    ReplyDelete
  2. hehehe.. dah pandai mintak2 so elakkan dari lalu kawasan mainan :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.