Saturday, October 5, 2019

EKSPO KUCING 4-6 OKTOBER 2019



Sejak bela oyen ni suka sangat beli barang barang kucing. Tahun lepas pun aku pegi jugak ekspo Kucing ni. Ekspo kucing terbesar ni rasanya hanya diadakan setahun sekali je. Tapi pernah jugak ada ekspo kucing kat Mid Valley. Tapi yang tu aku tak pergi. 

Masa aku sampai tadi jem jugak la nak masuk ke dalam tu. Aku pegi bertiga je dengan anak anak. En husband yang hantar. Aku malas nak drive bila pergi tempat yang sesak macam tu. Mesti susah nak cari parking kan.




Kalau boleh sume barang nak beli kat sini. Tapi kita kena la bijak berbelanja. Beli apa yang perlu sahaja. Kalau beli banyak barang leceh pulak nak bawa balik nanti.

Ni je hasil yang aku dapat selama 2 jam setengah kat situ. Tak banyak barang nak beli sebab tengok harga lebih kurang sama je dengan beli kat luar.

Ni pulak yang percuma. Maybe sebab dah petang aku pergi so free gift pun dah tak banyak. Ada yang dah habis stok. Kalau datang awal pagi mungkin boleh dapat lebih banyak dari yang ni. 

Tahun lepas lagi banyak barang aku beli. Beli cat tree, stroller, bekas minuman, pasir kucing dan macam macam lagi la. Tahun ni kurang la sikit nak membeli sebab barang barang tu dah ada.

2 comments:

  1. Rumah akak tak bela kucing..tp jiran sblh rumah bela beberapa ekor,dilepas mcm tu jahabis rumah kita berbau najis kucingnya...air kencing kucing tak usah cerita lah..

    ReplyDelete
  2. Best nya lah pegi ekspo mcm ni..mcm2 boleh beli utk kucing..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.