Sunday, July 21, 2013

Pemanggang Ajaib


Ni lah rupa pemanggang pemanggang ajaib. Last week ada oder kat kawan melalui fb pemanggang ajaib vantage ni. Saje nak try jenama lain sebab yang jenama are ikan tu saya dah ada. Senang kalau ada 2 pemanggang ni especially kalau time ramai ramai tu kan. Baru la cepat nak masak. Lagipun pemanggang are ikan tu cuma 28cm je. Kalau yang vantage atau happy call tu ada saiz 28cm, 30cm dan 32cm. Yang saya pesan tu 32cm. Ramai yang kata yang 32cm tu besar sampai tak muat la kalau nak basuh kat sinki dapur tu. Apa apa pun tengok la nanti. Kalau tak muat kena la basuh kat luar je. Kalau ikutkan yang 28cm tu pun tak muat jugak nak basuh kat sinki. Tapi entah bila la tu nak dapatnya sebab sekarang ni stok belum masuk. Harap cepat la dapat sebab dah tak sabar nak tengok macam mana rupanya. Eksited abis ni. Kalau nak beli yang are ikan tu memang ada jual kat area rumah saya ni tali malas pulak nak pegi. Harga lebih kurang sama je. Oder je nanti orang tu akan hantar kat rumah.

Kepada yang berminat kat Mydeal ada offer lagi pemanggang ajaib ni dengan harga RM73. Cepat oder kat mydeal sebelum promosi tamat. Tapi makan masa jugak la nak sampai tu.



- Posted using BlogPress from my iPad

5 comments:

  1. ramai gak kawan2 blogger yg guna pemanggang ajaib ni...ajaib sungguh

    ReplyDelete
  2. erna tak tau pulak pasal vantage pun ada. hehe apa la erna ni kak..ketinggalan pulak..

    ReplyDelete
  3. kite ada gak, beli yg brand HIG tu
    langkawi mariii hahaha
    mmg keje2 memanggang jd cepat dan seronok
    asben kite kan suke panggang2 nih, menu diet dia katenye hihi

    ReplyDelete
  4. Murah je yeh IL...teringin jugak sebenarnya...senang ke masak dia!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.