Thursday, February 28, 2013

Hadiah dari dunia shida

Hadiah dari blog dunia shida dah sampai. Terima kasih daun keladi.
Nanti nanti boleh bagi lagi.
Jom terjah blog beliau kalau nak kenal lebih dekat.



Lukisan Zafran

Ni lah hasil lukisan zafran. Okey lah kan. Masa ai kecik kecik dulu kalau bab melukis ni memang kantoi la. Lukis orang lidi pandai la.

Wednesday, February 27, 2013

Adik pinjam dulu duit ibu nanti adik bayar balik

Suatu petang time tunggu nabila dan danish balik sekolah. Lokasinye dalam kete.

Danial: ibu lepas ni kita pi chiket recepi nak tak?
Ibu: buat apa?
Danial: adik nak makan kek. Dah lama adik tak makan kek
(Kalau makan tiap tiap minggu pun dia kata dah lama tak makan)
Ibu: alah. Ibu tak de duit. Tunggu ibu gaji boleh tak?
Danial: alah. Lambat la. adik nak chekaqang. Jom la kita balik. Adik nak mintak kat ayah duit. Ayah ada duit.
Ibu: okey lah okey lah. Ibu ada duit tapi sikit je.
Danial: ok. Adik pinjam wuit ibu dulu nanti adik bayar balik tau.

(Saya pun bawak dia pegi secret recepi jugak lepas tu walaupun dalam purse ni ada bape hengget je. Memang betul dia kata dia nak makan kek. Habis 1 slice kek dia makan. Milk shake oreo 1 glass pun habis dia sorang. Tak rugi bawak).

Keesokkannya.

Lokasi atas katil sambil danial baring baring dengan ayah. Masa ni saya tak dengar perbualan diaorang. Saya tahu pun encik ayah yang citer.

Danial: ayah, bak cikit duit ayah tu.
Ayah: adik nak buat apa?
Danial: adik nak bagi kat ibu. Kecian ibu. Ibu tak de duit.

Terharu sangat saya dengar bila encik ayah citer yang danial mintak duit kat dia sebab nak bagi ibu.

Danial kalau nak beli apa apa mesti dia tanya dulu, ibu ada duit tak? Lepas tu kalau kita belikan dia apa apa dia mesti cakap tima kacih ibu cebab belikan adik menan ataupun tima kacih ibu cebab belanja adik makan.
p/s : suka dengar dia cakap pelat.




Danial dan puting kosong

Geram kat budak sorang ni. Mulut petah bercakap pok pek pok pek. Tapi bila buang air besar nak pakai pampers. Bila suro buang air besar kat tandas tak mo katanya. Sebenarnya danial dah boleh free diapers. Cuma sesekali basah gak la seluar tu. standard la kan. Lagi satu puting tak boleh lekang. Kalau dia pegi mana mana dia bawak lah puting dia tu. tapi dia sorok dalam poket. Kalau saya tak nampak, dia ngap masuk dalam mulut sambil tutup muka dengan bantal. Tak mau bagi saya nampak la tu. Kalau saya perasan time dia buat tu, saya sergah dia, haaa hisap apa tu. dia pun tersenyum senyum sambil jawap icap puting je.

Budaya isap puting ni bukan saya yang ajar. Tapi nenek danial yang ajar. Biasa la kan orang tua. Sayang cucu tak bertempat. Masa nabila dengan danish dulu isap puting jugak. Tapi sampai umo 4 bulan je. Lepas tu stop. Tapi time danial ni terlebih sudah. Kita sorok nanti nenek dia yang cari. Kita buang nanti nenek dia belikan yang baru. Susah la camni..

Macam mana nak buat ek supaya danial tak mo isap puting lagi.


Makan kek ciket recepi

Kaya macam mana pun...



Nak tambah sikit,

Mahal macam mana pun kete kiter, mati sok nek kete jenazah gak,
mahal macam mana pun baju kita, mati sok pakai kain kapan jugak,
mahal macam mana pun rumah kita, mati sok dok dalam kubur jugak.

~ Sekadar peringatan untuk diri sendiri ~

Jom bfast

Roti gardenia baru perasa butterscoth
ingat kek dengan gula gula je ada butterscotch

jom bfast...






Sape dapat BR1M angkat tangan

Lepas balik keje semalam, mandi solat pastu terus gerak ke Sekolah Cina kat Batu Caves tu nak ambik BR1M. Ni bukan ai yang dapat tau. Ai cuma bawak mother ai untuk collect BR1M tu. Punya la ramai orang. Dah la kena  beratur panjang. Dengan parking pun susah. Sampai kena jeling jeling la sebab susah nak parking punya pasal. Eleh mamat tu, jeles la tu sebab dia tak dapat parking. Yang bujang bujang pun ramai jugak. Deme kan dapat bantuan RM250 seorang. Untung laaaaa. Kita ni sape nak  bagi kan. Harap duit poket sendiri je la.





Semalam tu dapat baucer je. Kalau nak cash kena pegi tukar baucer tu samada kat BSN, Public Bank atau pun Maybank. So minggu depan ai kena la ambik half day leave sebab nak bawak mother i pi cash kan baucer tu pulak.

(Sampai kat sana dalam pukul 8.30 malam, selesai pukul 9.15 malam. Kira cepat la jugak kan. Balik tu kena jahit lencana tunas puteri la pulak untuk Nabila. First time nak pakai. Maklum la, hari nikan budak budak sekolah kena pakai uniform Ko kurikulum. Pukul 11.30 malam jugak la baru tido)

Monday, February 25, 2013

Khas untuk IntanBerlian



Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Noorzarina Ahmad
Allah selamatkan kamu

Doa akak untuk Ina,
Moga Ina panjang umo, murah rezeki,
sihat tubuh badan, bahagia dan ceria selalu
serta dibawah rahmat Allah swt.

Saturday, February 23, 2013

Murah tapi sedap

Murah murah makanan kat Tesco Taiping. Dah la murah sedap pulak tu. Bayangkan ek, harga mee udang tu je baru RM3.80. Harga nasi briyani tu pulak RM6.80. Harga ciken chop tu baru RM10.00. Harga cendol, le che kang ngan maggi tomyam tu tak tahu berapa. Tapi yang pasti murah tak macam harga kat KL. Kalau kat KL mana nak dapat harga macam tu kan. Dah la mahal tak sedap pulak tu..sabor je lah kan...











Sume makanan ni untuk kami 2 orang je. Alhamdulillah sumenye habis. Nampak sangat kami ni kelaparan. Maklum la, dari Sg Petani.

Friday, February 22, 2013

FM Air asia

Tak dapat nek air asia dapat fm pun jadi la.
FM ni saya beli melalui kawan di FB. Baru tadi sampai. Fresh from oven tau.











Harganya RM28.00 sahaja.

Musim dapat baby

Tengah musim dapat baby sekarang ni. Sana sini orang dapat baby. Bulan lepas kawan seopis dapat baby girl. Anak no 3. Sabtu lepas pulak abang ipar dapat baby boy. Anak no 3. Semalam pulak sepupu dapat first baby. Pun baby boy jugak. Hah..seronoknya rasa. Teringat la pulak time ai dapat baby dulu. Ermm..rindu bau baby kan..


Anak sepupu - Baby ni bersalin kat Pusrawi




Anak abang ipar - Baby ni lahir kat Tawakal Hospital




Anak kawan se opis - Baby ni lahir kat DEMC Shah Alam

Thursday, February 21, 2013

Breakfast apa ???

Tak breakfast pun pagi ni. Cuma bancuh air milo je. Tak tau nak makan apa dah pagi pagi ni. Asyik makan benda yang sama je. Jemu kan...

U olls breakfast apa pagi ni???

Wednesday, February 20, 2013

Saya bangga dengan Zafran

Saya intai dua beradik ni tengah solat. Saya kagum dengan Zafran sebab walaupun umonya 7 tahun tapi dia mampu hafal setiap bacaan dalam solat. Kalau saya dulu darjah 3 pun ada yang masih belum dihafal lagi. Kakaknya pulak masa umo 5 tahun lagi dah hafal bacaan bacaan dalam solat.

Semalam dua beradik ni solat berdua. Macam solat berjemaah je gayanya. Si Zafran tu baca kuat. So dapat la saya dengar sebijik sebijik apa yang dia baca tu. Alhamdulillah. Moga moga anak anak kita ni akan menjadi anak anak yang soleh dan solehah.





Menu lunch saya



Ni lah menu lunch ai hari ni
bawak dari rumah tau
actually lauk ni semalam punya
tapi tak de orang makan kat rumah tu
petangnye semalam tu kan anak anak ai ajak pi
makan kat Ciket Recepi (bak kata Danial)
so lauk kat rumah tak de sape yang makan
untuk mengelakkan pembaziran dan menjimatkan kos
ai bawak la ke opis
save bajet hari ni kan...

Tuesday, February 19, 2013

Hilang buku lagi

Kat rumah dialah hero
Kat sekolah kalau kena kacau menangis
Mula la meracau racau panggil ibu
Ingat ibu ni doraemon ke
Asal panggil je muncul
Haih



Tengok la tu

Baru 2 bulan sekolah buku teks matematik dah hilang
Terpaksa la beli yang baru
Kalau tak kena marah dengan cikgu pulak
Tidak pun macam mana nak belajar kalau buku takde
Ingat ibu ni cap duit ke
Asyik hilangkan buku je
Hari tu si kakak hilangkan buku
Kali ni si adik pulak


Ni la second time nampak dia buat homework
Kalau tak men skateboard je kejenya
Kalau boleh jadi wakil negara okey la jugak


Lepas buat homework tak lama mana
Tengok tengok dah pengsan
Dengan botol susu tergantung kat mulut
Penat sangat la tu
Lagipun dia ni memang jenis tido awal
Letak je kepala trus pengsan








Monday, February 18, 2013

Masalah problem

Saya ada masalah problem
Anak saya yang no 2 tu asyik tau main je
Main skateboard la
Main dominos la
Boy lah katakan
Dah darjah 1
Tapi balik sekolah selalu tak ada homework
Bila cek buku sekolah tengok ada keje
tapi buatnye tak habis
Bila kita suruh dia buat tak tahu je
Geram betul

yang si kakak pulak
time saya dah nak lending nak tido baru la terkial kial nak buat homework
balik je dari sekolah lepak lepak dulu senang hati
main la, leka tengok tv la
pastu orang dah nak tido baru la nak buat homework

GIVEAWAY GOSSIP GIRL


  • X perlu entry berjela
  • Kopipes dan komen sahaja
  • Tunggu tarikh pengumuman hadiah anda
  • Hanya follow dan like AQOUSTICA ZATI
HADIAH

  • SATU NOVEL "SEMILIR CINTA"
  • 5 RIBBON BROOCHES
  • 5 HEART BOOKMARK CORNER + 10 STICK BOOKMARK
  • 20 LAMINATED BLOGGER BOOKMARK
  • 9 LOLLIPOP ICE CREAM
50 PEMENANG

*SEMUA PESERTA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST + hadiah penghargaan sebab join. p/s: x mahal pun.

Lepak dulu

7:30 dah sampai kat tempat parking. Tapi lepak kat dalam kete dulu sebab malas nak masuk opis awal awal. Lagipun kalau masuk awal bukan ada orang pun. Kalau nasib tak baik pintu pun tak bukak lagi. Gelap gulita. Lepak dalam kete sambil sambil bw dulu. Pukul 8 lebih nanti baru gerak. Okey tak macam tu. Nak menapak ke opis dalam 15 minit la jugak plus nak melintas jalan besar lagi. Nak keluar lambat dari rumah takut jalan jem pulak nanti. Ni keluar awal pun jalan dah jem..adios..dah nak gerak nih..

Sunday, February 17, 2013

Maggi goreng owh maggi goreng


Semalam dah makan maggi goreng, hari ni pun nak makan maggi goreng lagi. Padahal kat rumah tu ada soto la, nasi lemak la, meehun goreng pun ada. Aduhai la anak. Susah nak cakap kan.

Psst --->
sekarang ni tengah tunggu zafran tusyen. Dia tak bagi ai balik. Disuruhnya ai tunggu dia sampai habis kelas. Kalau ai tak tunggu tak nak pi tusyen katanya. Aduhai....pengsan macam ni. Semalam pun tunggu jugak sampai dia habis tusyen. Tak boleh buat keje lain..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, February 15, 2013

Bosan dan sunyi

Suasana kat opis hari ni sangat boring dan sunyi
tinggal ai bertiga je daripada 6 orang
yang 2 orang tu mc manakala yang sorang lagi tu
maternity leave
owh tak sabarnye nak tunggu jam pukul 5.30 petang
otak pun dah tepu sebab asyik mengadap komputer je dari pagi tadi
boss pulak tak do nih
alangkah bestnye kalau dapat balik awal hari ni

Kek Mentega Cair (Blended Butter Cake)

Ni la resepi kek mentega edisi blended yang ai buat hari tu
senang sangat.
Leh buat sambil pejam mata
Jom try...

Kek Mentega Cair (Blended Butter Cake)
Sumber : Myresipi

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. ) 
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
  • 1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
  • 250 g mentega cair (guna yang berkualiti)
  • 1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk
  • 4 biji telur
  • 1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)

Cara-cara
 1.     Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.

2.     Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.

3.     Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.

4.     Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.

5.   Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.

Thursday, February 14, 2013

Family member baru ~ Sugar Glider

Pet ni namanye sugar glider
Dah lama orang bela pet ni
Cuma kitaorang je baru nak bela
Tapi masa mula mula SG ni glamer
Harganya mahal beratus ratus rm
Sekarang pun mahal jugak tapi
Tak la semahal masa mula mula glamer dulu

Pet ni dibelikan oleh encik ayah kepada
3 orang anak anaknya yang tersayang
Bangun pagi tadi tengok dah ada
Tapi kejenye asyik tido je
Kalau tak dikejut tak makan la dia
Bila dikejut baru tau lapar
Baru berebut rebut nak makan

Makanannya terdiri dari buah buahan
Buah yang paling disukai ialah epal dan honeydew
Pet ni boleh jugak diberi makan karot atau kentang yang telah direbus terlebih dahulu
Seronok tengok aksi SG ni

Buat masa ni pets ni tak de nama lagi
Ada ke patut encik ayah nak letak
Nama pet ni 'ana' sempena nama ai
Sebab matanya bulat macam mata ai
Masalahnye ada ke mata orang yang empat segi wahai encik ayah
Pastu ai kata kalau encik ayah panggil pet tu dengan nama ai
Ai akan panggil pet yang jantan tu dengan nama encik ayah

Hah...adilkan...