Wednesday, February 27, 2013

Adik pinjam dulu duit ibu nanti adik bayar balik

Suatu petang time tunggu nabila dan danish balik sekolah. Lokasinye dalam kete.

Danial: ibu lepas ni kita pi chiket recepi nak tak?
Ibu: buat apa?
Danial: adik nak makan kek. Dah lama adik tak makan kek
(Kalau makan tiap tiap minggu pun dia kata dah lama tak makan)
Ibu: alah. Ibu tak de duit. Tunggu ibu gaji boleh tak?
Danial: alah. Lambat la. adik nak chekaqang. Jom la kita balik. Adik nak mintak kat ayah duit. Ayah ada duit.
Ibu: okey lah okey lah. Ibu ada duit tapi sikit je.
Danial: ok. Adik pinjam wuit ibu dulu nanti adik bayar balik tau.

(Saya pun bawak dia pegi secret recepi jugak lepas tu walaupun dalam purse ni ada bape hengget je. Memang betul dia kata dia nak makan kek. Habis 1 slice kek dia makan. Milk shake oreo 1 glass pun habis dia sorang. Tak rugi bawak).

Keesokkannya.

Lokasi atas katil sambil danial baring baring dengan ayah. Masa ni saya tak dengar perbualan diaorang. Saya tahu pun encik ayah yang citer.

Danial: ayah, bak cikit duit ayah tu.
Ayah: adik nak buat apa?
Danial: adik nak bagi kat ibu. Kecian ibu. Ibu tak de duit.

Terharu sangat saya dengar bila encik ayah citer yang danial mintak duit kat dia sebab nak bagi ibu.

Danial kalau nak beli apa apa mesti dia tanya dulu, ibu ada duit tak? Lepas tu kalau kita belikan dia apa apa dia mesti cakap tima kacih ibu cebab belikan adik menan ataupun tima kacih ibu cebab belanja adik makan.
p/s : suka dengar dia cakap pelat.




13 comments:

  1. pandai la danial..selagi mampu baik kita puaskan kehendak dorang kan kak..

    ReplyDelete
  2. Mestilah kakak faham. kasih seorang anak pada ibu dia.
    Moga adik jadi anak soleh ye - jaga ibu-ayah bial besar kelak

    ReplyDelete
  3. bagusnye budak danial nih...kecik2 dah faham...
    hope jd anak yg soleh...

    ReplyDelete
  4. ala tiutnye dia
    pelat lagi ek
    saya pon selalu kata tak de duit bile anak2 mintak memacam

    ReplyDelete
  5. ala2 ciannya...nasib akak beli kalau tak rasa cam ralat je kan...

    ReplyDelete
  6. Anak-anak akak masa kecik dulu pun macam tu, macam sekarang akak beli teratak baru kami, Sumaiyyah sibuk tanya dah lulus ke mama, kemudian kalau akak cakap nanti le dia kata kalau mama tak ada duit pergi ambik kat bank adik tu...alahai

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan ibulala..
    heee clever boy nak pinjam duit ibu yer :)

    ReplyDelete
  8. anak cepat faham kan.. terharu sgt !

    ReplyDelete
  9. pandai nyer dia...nanti dia besar mesti dia amat memahami ibunya...hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.