Monday, June 13, 2016

Entri caca merba

Dah lama tak update blog ni. Mood ke laut sungguh plus takde idea nak story mory kat sini.


Semalam dah dapat biskut raya. Lebih kepada untuk anak anak makan sebenarnya. Dah tinggal separuh pun biskutnya. Saje isi dalam bekas comel ni sebab biskut rainbow ni cepat lemau kalau tak di alihkan ke dalam bekas kedap udara. Suka sangat dengan bekas kedap udara yang comel ni. Tahun lepas dah beli 6 dengan harga RM3.50 satu. Tahun ni beli lagi 6 tapi dengan harga RM4.10. Rugi pulak tak beli banyak sekali gus tahun lepas kan.


Ni pulak gambar dengan kawan kawan opis lama masa keje kat Shah Alam tahun 2002 hingga 2005. Lepas tukar keje kat KL ni memang tak jumpa dah depe depe ni sume. Ni la kawan kawan masa susah dan senang sepanjang keje kat satu company dulu. Insya Allah lepas ni kita jumpa lagi. Jauh di mata je tapi di hati sentiasa ingat.

Psst: Dah 7 hari Danial puasa penuh. Semalam je bocor satu. Hari ni tak tau la cam mana kan sebab first day sekolah di bulan puasa. Harap Danial boleh bertahan sampai waktu berbuka. Sahur pagi tadi pun dia hanya makan oat dan nestum sahaja.

Thursday, March 3, 2016

Jam kat opis



Sape yang ada jam meja kat opis kita geng. Senang nak tengok kan. Time rehat, time masuk keja, time balik dan macam macam lagi.

Yang belah kiri tu jam kat rumah sebenarnya. Hari tu hilang. Cari punya cari jumpa atas bumbung almari pakaian anak. Lama jugak dia menghilangkan diri. Tak nak hilang lagi makanya saya bawak datang opis.

Yang satu lagi tu jam dapat free masa beli telefon Nokia tahun 2010. Tahan kan. Sayang kat jam Nokia tu sebab ada date bagai. Lagi pun ada lampu kaler hijau. Cam susah je nak jumpa. 

Thursday, February 25, 2016

Nampak macam



Nampak macam kena letak rak kasut kat bawah meja nih. Kasut datang keje lain. Kasut masuk meeting lain. Kasut kat opis lain. Kasut jalan jalan lain. Slipar jepun untuk angkat wuduk pun ada. Tapi tak ada dalam gambar pulak. Hah 5 pasang kasut wey kat opis ni. Korang hado??

Wednesday, February 17, 2016

"Nak simpan duit nak pegi Mekah" - Danial



Danial adalah satu satunya anak yang suka menabung. Dia x berjimat cermat jugak orangnya. Tapi kalau ada orang bagi duit cepat cepat dia masukkan dalam tabung. Bila dah banyak dia suruh saya simpan kat bank. Setakat ni saya dah daftar haji untuk semua anak anak saya. Danial kata nak simpan duit untuk pi Mekah. Alahai Danial. So sweet. 

Psst. Adik doa la supaya ibu dan ayah murah rezeki. Nanti ibu dan ayah boleh sponsor adik pi Mekah free je. Dia kata Mekah tu adalah tempat yang paling best. Mana dia belajar entah la. Maybe masa kat little caliph kot. Sebab masa kat situ ada belajar cara cara mengerjakan haji. Comey kan anak anak punya impian. Insya Allah. Kalau niat baik mesti Allah permudahkan.

Tuesday, February 16, 2016

Pulau Payar yang best





Memang best la snorkeling kat Pulau Payar ni. Time kita mandi berenang renang ikan ni di sekeliling kita. Baby shark pun ada. Eii geram betul. Rasa nak sauk je ikan ikan tu semua bawak balik.

Lokasi : Pulau Payar Langkawi
Tarikh : 22 January 2016.