Monday, March 16, 2015

Yeayyy cuti


Kan best kalau opis pun cuti time cuti sekolah ni.

Selamat bercuti kepada cikgu dan cikgi. Selamat berehat dan berkursus.

Wednesday, March 11, 2015

Jom merempit

Beli sebelum kena gst. Nanti kalau dah kena gst sume barang naik harga kan.

Sebelum kawin pandai je bawak motor ke sana ke sini. Sejak kawin tak pernah dah bawak motor. Jangan kata motor. Kete pun tak pandai bawak. Harap renew roadtax je tiap tiap tahun. Tapi sejak anak dah sekolah nak tak nak kena la praktis bawa kete. Senang nk uruskan anak walaupun saya ni bekerja. Senang nak pegi pasar. Senang nak bawak anak anak jalan jalan. Kalau tunggu encik suami, sabtu ahad pun belum tentu ada kat rumah. Pegi pagi. Balik malam.

Tetiba hati ni teringin sangat nak beli skuter ni. Nanti kalau dah kena gst barang kan sume mahal. Lagipun senang nak eskot anak anak time dorang ronda ronda naik basikal. Maklumlah. Duduk kawasan perumahan. Kete lalu lalang sana sini. Kena eskot time anak anak main kat luar supaya keselamatan dorang terjamin.

Mula muka bawak motor ni melelong sana sini. Nak tergelak pun ada. Tapi kalau dah selalu praktis dah tak melelong la. Dah stabil. Rasa seronok pulak. Senang kalau nak pi mana mana dalam jarak yang dekat.


Ni skuter anak dara. Skuter ni pakai charge. Tak perlu pakai minyak. Skuter ni pun ok jugak. Dok berebut dengan anak dara tu yang maknya beli skuter baru. Yang skuter ni nak kayuh cam basikal boleh nak bawak cam motor pun boleh. 2 in 1. Kalau bateri full skuter ni boleh pegi sejauh 50 km.

Tuesday, March 10, 2015

Suami sebelah rumah


Sape tengok citer ni. Memang saya akan mengadap la citer ni hari hari tak kira la kat tv atau pun kat tonton. Kat tv tu tak selalu sempat sebab citer tu start pukul 630 petang kan. 630 tu dok ada dalam keta lagi tengah drive nak balik rumah. Tidak pun dalam komuter lagi. Nasib baik ada dalam tonton.

Saya suka tengok citer ni. Suka tengok aksi Ammar yang gedik dan Eryn yang jual mahal tu. Kiut. Tapi kesian jugak si Ammar tu. Ntah bila la si Eryn tu nak suka kat dia. Dah la baik. Keje doktor pulak tu. Bertuah la si Eryn tu dapat kawin dengan Ammar yang betul betul suka kat dia. 

Si Eryn tu comel je tengok bila bertudung. Memang sesuai sangat. Kalau lepas ni dia kekal bertudung lagi cantik. Kan kan kan.

Hari hari tak sabar nak tengok episod seterusnya. Citer ni memang suwit lah.

Monday, March 9, 2015

Mandi pool kat rumah



Ni la aktiviti budak budak ni hujung minggu. Mandi pool kat rumah. Dulu dulu rajin jugak bawak dorang ni mandi kat club. Tapi sejak ada kejadian yang meragut nyawa kat situ, saya dah tak berani nak bawa dorang ke situ. Mandi je la dalam pool kat rumah. Pool ni pun ok what. Besar dan selesa. Tapi jenuh la nak mengisi air. Satu ke 2 jam la jugak nak tunggu air penuh.

Bila ada pool kat rumah dua ke tiga kali anak anak boleh berendam. Tak payah buang air tu selagi tak puas berendam. Kalau tidak membazir je nak isi semula. Bukannya sikit nak isi air tu. Semalam pagi pagi dalam pukul 7.30 Danial dah berendam. Sorang sorang pun jadi la asalkan dapat main air. Budak budak dan air memang tak dapat dipisahkan.

Tuesday, March 3, 2015

Expired date


Frust sebab expired tak lama dah iaitu Jun 2015. Selalu guna pun hampir setahun baru habis. Tu pun kena simpan dalam peti ais. Kali ni harapnya cepat la habis sebab satu hari hanya boleh consume 1 scoop aje. Kadang kadang tu terlupa nak bancuh kat Danial.