Monday, February 16, 2015

Projek biskut samprit



Sik kecik tu request nak makan biskut samprit. Maka si ibu pun gigih la buat biskut samprit malam malam buta. Start dari pukul 8.30 malam selesainya pukul 11.30 malam. Kematu bontot mak ni ha. Nasib bila bakar sumenya masak cantik belaka. Tak de yang hangus rentung.

Tuesday, February 10, 2015

Bandung 2015

Pisang bolen







Rasa cam nak pegi lagi. Sebab tu la letak tajuk Bandung 2015. Anak anak saya eksaited nak naik kapal terbang. Cam la best sangat naik kapal terbang tu. Perjalanan dari Malaysia ke Bandung ambik masa 2 jam. Bosan gila kat dalam flight tu. Anak anak kejap kejap pi toilet. Bosan agaknya. Boleh pulak jalan jalan kat dalam kapal terbang tu.

Memang best sangat pegi bandung. 4 hari 3 malam tak cukup. Kena pegi seminggu baru okey kut. Jalan kat bandung sama je macam kat malaysia ni. Jem sana sini. Perjalanan yang singkat jadi lambat gara gara jem.

Masa kat sana sempat melawat Tengkuban Perahu je. Dah la fees nak masuk mahal. Kalau tak silap IDR300 rupiah. Bukan ada apa sangat pun kat sana. Cuma banyak orang jual jual je. Boleh la beli oleh oleh. 

Yang femes kat bandung ni ialah pisang goreng cis Kartikasari,  pisang bolen Kartikasari dan brownies kukus Amanda. Tu memang wajib beli untuk jiran tetangga kan. Balik sini ada je souvenir yang rasa tak cukup nak bagi untuk sanak saudara. Gambar souvenir pun x snap. Entah kenapa tiba tiba rasa malas nak ambik gambar. Lagi pun snap dengan henpon je.

Kalau ada rezeki tahun depan nk pegi lagi. Hujung tahun ni ke tempat lain dulu. Yang pastinya masa pegi bandung hari tu ada 3 beg je. Bila balik dekat 10 beg jugak. Yang paling banyak sekali shopping ialah baju anak anak. Masa pegi sana tak bawak banyak baju. Makanya terpaksa beli baju baru sebab dorang tak de baju nak pakai balik.

Antara tempat yang saya pegi ialah :

1) Pasar Baru. Kat sini shopping telekung. Blaus. Keychain. Fridge magnet. Beg telekung dll.

2) Cibaduyut. Kat sini tak shopping apa apa sebab kat sini tak best.

3) Factory Outlet Passion. Anak anak je yang shopping kat sini. Kat Bandung ada banyak sangat factory outlet.

4)  Toko Tiga. Tempat jual jeans murah murah.

5) Butik Anak Kecil. Shopping baju anak anak.

6) Tengkuban Perahu.

7) Chihampelas. Banyak kedai jeans dan kasut kat sini. Kedai batik pun ada.

8) Kedai Tas. Anak dara saya siap shopping henbeg LV lagi.

Dan ada beberapa tempat lagi yang saya tak ingat.

Note :

Masa saya tukar duit rupiah. IDR 1 juta = RM290 je. Murah ke mahal.


Danial adalah orang yang paling eksaited nak pegi Bandung. Malam sebelum pegi tu dia kata tak cabarnya nak pegi Bandung. Tapi bila dah sampai sana dia jadi bosan sebab Bandung tidak seperti yang diimpikan. Kat Bandung tak de jual banyak mainan. Yang ada cuma pakaian. Kesian dia.

Pengalaman masuk wad



Eii serik sangat. Dah la ngeri tengok jarum bagai. Kena masuk drip. Pastu kena usung ke hulu ke hilir mesin drip tu. Nak pi toilet pun susah. Menyiksakan betul.

Selasa 27 Januari 2015 lepas first time saya masuk wad. Pagi tu okey. Kat opis tiba tiba je rasa pening. Tengah hari sempat pi klinik kat depan opis ni. Tapi bila dah sampai sana saya dah tak larat sangat. Pening sesangat. Doktor dah bagi ubat tapi saya still tak recover. Makanya saya direfer ke hospital.  

Sampai kat hospital saya terus dimasukkan ke wad. Tak boleh nak buka mata langsung. Malam tu baru la saya beransur ok. Esoknya hari Rabu tu doktor nak buat cek up detail. Tapi saya request nak balik sbb hari Jumaat tu saya nak fly. Barang barang belum packing.

Masa discaj badan masih lemah. Tapi gagah jugak sebab nak balik punya pasal. Lemah mungkin kesan dari ubat yang doktor inject semalam. Tapi lama kelamaan beransur okey.

Memang serik masuk hospital woo. Biarlah itu kali pertama dan terakhir.

Monday, January 26, 2015

Find a new job


Saya sedang mencari keje baru. Kalau ada keje kosong kat mana mana nanti beritahu saya ye. Nak mintak keje clerk je boleh tak instead of exec above. Penat dah wei. Sekarang ni saya buat bidang Company Secretary. Tapi rasa cam nak beralih ke bidang lain pulak contohnya HR ke.

Tuesday, January 13, 2015

Mkan ni je la


Makan ni je kat opis. Boleh tak. Sebab tak tau nak makan apa dah. Jemu asik makanan yang sama je.

Semalan saya cuti. Hari ni saya masuk keje separuh hari. Hantar dan ambik danial pegi dan balik sekolah. Sayang pulak nak cuti banyak hari. Saya ni dah la miskin cuti. Nanti apa apa hal nak cuti lagi. Tapi bila masuk keje petang, nak masuk keje tu punya la malas. Cam syok je dok umah. Cam syok je golek golek depan tv.

Senang hantar si kecik tu pi sekolah. Dia memang suka pi sekolah. Sampai kat sekolah susun kasut kat rak pastu menonong je masuk kelas. Dia kata best sangat sekolah. Tapi satu je yang merisaukan hati mak dia ni. Danial tak reti baca lagi. Tahun depan dah nak masuk darjah satu. Kalau suruh dia belajar membaca kat rumah memang la liat.