Friday, December 13, 2013

Danial dah selamat buang tonsil





Alhamdulillah. Semalam masuk bilik ot pukul 2. Cam nak nangis pulak ibu masa temankan danial dalam bilik ot tu. Sebaik je danial pengsan ibu pun kena tunggu kat luar. Takkan boleh dok kat dalam ot room tu pulak. Mau menjerit ibu tengok doktor buat itu ini. Pukul 4 semalam dah selesai. Dalam pukul 4:45 petang semalam ot room panggil ibu temankan danial kat unit recovery. Masa tu danial tak sedar lagi.

Pukul 5:30 petang dah transfer ke wad. Nasib baik dapat single room. Selesa la sikit. 

Insya Allah hari ni dah boleh balik. Follow up balik dalam masa 2 minggu dari sekarang.

Wednesday, December 11, 2013

Persedian untuk ke sekolah

Lega bila dah shopping barang barang sekolah. Tinggal buku je lagi yang belum beli. Ahad lepas sesi membeli baju ngan kasut sekolah. Kalau beli lambat lambat nanti tak de stok dan saiz pulak. Memang tiap tiap tahun saya buat persiapan awal awal. Tak kelam kabut kan.
Nampaknya anak anak saya sume dapat baju sekolah baru tahun ni sebab baju sekolah yang tahun lepas dah tak muat. Maklum lah budak budak kan cepat membesar. Dah alang alang beli pakaian sekolah beli jugak la stok alat tulis, kaler , manila kad, kertas warna dan lain lain siap siap. Anak anak saya ni kalau kaler tu setahun sampai dua tiga kotak. Tengah ada promosi ni baik beli siap siap buat stok kat rumah. Nanti nanti bila nak guna tak la kelam kabut nak cari kan.

Kawan kawan dah shopping barang barang sekolah?






Tuesday, December 10, 2013

Danial operate buang tonsil khamis ni

Danial kena operate buang tonsil hari khamis ni 12.12.2013 pukul 9. Pukul 7 pagi kami dah kena ada kat sana. Semalam dah isi form admission ngan operation adik. Perasaan?? Tak tahu la nak cakap macam mana. Takut sedih risau dan macam macam lagi. Perasaan mak mak ni sukar nak digambarkan.

Tapi kalau tak buang tonsil tu nanti dia akan demam berulang ulang. Bila demam kena makan ubat. Kena makan antibiotik.

Saya pasrah. Mungkin itu jalan yang terbaik. Sedih bila pikirkan nak kena masuk ot room. Nak kena buat tu buat ni.

Doakan saya kuat ye kawan kawan. Dan doakan jugak agar semuanya berjalan dengan selamat.

Sunday, December 8, 2013

Kalau dah namanya pompuan

Kalau dah namanya pompuan tu pompuan la jugak. Tadi pagi dok merayu nak beli kotak make up. Sekarang sibuk nak lipstik la nak bedak la nak eyeshadow la dan macam macam lagi. Aduhai la anak. Ibu yang keje ni pun tak kaki shopping. Dia pulak yang terover.

Psst:

Ikut ayah la tu kaki shopping.




Sent from Samsung Galaxy Note

Keje di hari sabtu



Selama 6 tahun keje kat sini, hari ni la first time kena keja hari sabtu. Sebabnya jumaat semalam tak sempat nak compile paper untuk BOD meeting hari Selasa ni. Paper lambat dapat. Secretary la yang jadi mangsa.

Tapi saya tak pegi pun sebab adik ada appointment dengan doktor ENT kat hospital. Lepas appoinment tu ingat nak pegi jugak opis tapi kawan kawan kata buku meeting tu dah selamat compile dan dah selamat hantar.

Sorry ye boss. Saya bukan nak ngelat tapi dah ada appoinment nak buat cam mana. Isnin ni pun kena pegi lagi. 

Sent from Samsung Galaxy Note