Monday, February 24, 2020

Hadiah baby baru jiran MIL


Bestnya dapat baby barukan. Tak de harapan la nampaknya sebab umo pun dah 44. Sekarang ni buat keje sikit pun dah mengah. Mengah sebab gemok ke atau sebab tak de stamina ke ntah lah. Kalau mengandung lagi mau terbaring aje la kejenya. Masa mengandung baby no 3 hari tu asik menghitung hari aje bila nak deliver. Tak larat bawak perut tak larat bawak badan dan semuanya tak larat.

Balut hadiah ni is my peberet. Kalau hadiah untuk baby ni aku tak suka bagi sabun or tisu bagai. Lebih suka bagi baju mitten and toys. Puas hati baby boleh pakai tukar ganti. Kalau bagi sabun bedak bagai tu mak dia pun dah beli. Lagipun kalau bagi baju ni confirm baby pakai kan. 

Berubah tempat pulak


Minah ni dah beralih tempat. Sebelum ni tido dalam bilik aku. Semenjak ada katil kat luar ni dia lepak atas katil luar ni pulak. Tapi bila malam masih tido satu selimut dengan aku. Manja terlebih. Ni katil anak bujang no 3. Rumah aku ni ada 4 bilik je dan semuanya fully booked. Disebabkan takde bilik yang available untuk dia, dapat tido depan bilik aku pun jadi la. Pasang aircond 2.5hp. Nyenyak la dia tido. 

Friday, February 21, 2020

Tetamu baru


Anak bawak balik dari UIA. Terlebih manja dia nih. Pantang nampak kita duduk mulalah dia nak duduk atas riba kita. Namanya ADUDU.


Dah macam nak berenang gayanya.


Ntah hapa hapa pesen tido tu. Ngantuk sangatlah tu. Nak buka mata pun tak larat.


Suri (mak) dan Chan (anak)

Dua beranak ni aku ambik dari opis. Kesian sebab anaknya masih kecil. Takut mati kena langgar. Aku ambik konon nak cari adopter untuk dua ekor ni. Tapi lama kelamaan jatuh sayang pulak kat sikecik ni. Mak dia ni garang sangat. Sume kucing yang datang makan kat rumah dah takut nak datang makan. Meroyan tak tentu pasal. Protective betul. Macam la ada orang nak kacau anak dia. Sekarang ni mak dia dah start menggatal. Aduh. beranak pinak lah pulak nanti.

Aku ni suka kucing. Tapi tak de lah nak bela kucing sangat. Tapi bila tengok kucing terbiar jadi kesian la pulak. Maka bertambah tambah la kucing kat rumah tu. Sekarang dah ada 8 ekor. 4 kucing aku. Yang lain tu kucing tumpang makan. Masalah betul.

Salam Jumaat


Salam Jumaat semua. Pagi ni tak tau nak makan apa dah. Jemu makan nasi lemak, nasi goreng lontong bagai. Makan ni aje la. Memang standby kat opis satu kotak. 99 pulak bawah opis ni je. Bosan buat keje boleh shopping.

Kawan kawan breakfast apa pagi ni. 

Sunday, January 19, 2020

Dah lama tak baking


Tepung kek ni aku beli yang ready made je. Tinggal bubuh telur dan butter aje then  kacau sebati. Dah tu masukkan dalam oven je. Tunggu sampai masak then dah  boleh makan. 

Tapi ni anak buah aku yang buat sebab makciknya malas nak buat. Tepung tu dah lama beli. Sebelum expired elok la digunakan sebaiknya. 


Cheese kek ni pulak anak aku yang request. Pun anak buah aku jugak yang buat. Bahan bahan tu aku yang belikan. Ntah angin kemalasan apa yang hinggap kat badan ni pun tak tau la.

Tapi

...............................

tapi

...............................

tapi

Kek kek ni sume buat kat rumah aku tau. Aku cuma tolong sikit sikit je. Yang lain sume anak buah aku buatkan. Ha ha ha 

Anakanda warded 14 - 17 Jan 2020


Anakanda warded kat Hospital Columbia Asia Setapak (CAH) dari 14 hingga 17 Januari 2020 yang lepas. Puncanya sakit dada je. Sebelum ni pun pernah jugak sakit dada. Tapi pagi selasa 14hb tu sakit sangat katanya. Terus kami ke bahagian emergency CAH. Doktor emergency pulak hantar ke pakar CAH.

Doktor recommend untuk warded sebab bila warded boleh cek detail semua benda. Lagi pun boleh cover by Insurance yang selama ni dok bayar free aje. Sesekali guna la kan. Pukul 12 tengah malam baru anak dapat masuk wad. Nasib baik dapat single room. Selesa la sikit. Lepas hantar dia cek in aku pun balik rumah. Anak dah besar kan. Lagi pun aku nak uruskan 2 orang lagi yang sekolah tu esoknya. Tapi lepas hantar ke sekolah pagi tu aku terus la shoot ke hospital pulak. Aku dok ulang alik pagi pagi ke hospital tu setiap hari.

Lepas buat ujian darah, ecg, x ray dan ct scan alhamdulillah semuanya normal. Doktor kata boleh buat aktiviti seperti biasa. Lega aku dengar bila doktor cakap semuanya normal. Sebelum tu dup dap dup dap la jugak. Risau weh kalau anak sakit. Dah la aku ni anak 3 je.

Makanya 17hb tu anak aku boleh la discaj dah. Tapi azabnya bila menunggu urusan insurance settle. Depe dok email mengemail dengan pihak hospital sampai la kami dapat balik jam 9.30 malam. Tu pun tak settle lagi. Hospital bagi balik dulu. Jemu sungguh menunggu. Tapi apa apa pun anak aku sihat dan bil pun dah settle pada 18hb tu. Syukur alhamdulillah.  

Sunday, December 29, 2019

Manggo Cheese Cake yang sedap











Gigih drive ke kuantan semata mata nak makan kek manggo cheese yang femes ni. Kalau korang nak try boleh google KULA KEK yang terletak di Kuantan, Pahang. 

Kula Kek
96, Jalan Besar 
25000 Kuantan, Pahang

Tuesday, December 10, 2019

TARIKH KERAMAT 9 DISEMBER


Malam tadi dapat benda ni sempena birthday saya.
Thank you en husband for the wonderful birthday present.
Thank you so much. Simpan gambar kat sini untuk memori.

Gigi yang cantik


Image result for gigi yang cantik 

Jeles tengok orang yang ada gigi cantik macam ni. Untung la Allah kurniakan gigi yang cantik. Selalu pesan dengan anak anak supaya rajin rajin gosok gigi dan jaga gigi dengan baik sebab itu adalah anugerah yang paling berharga. Kalau gigi rosak payah pulak nak repair nanti.

Buku sekolah rendah dah settle


No 1 kau. Nasib datang awal. Kalau datang lambat dapat nombor belakang belakang macam semalam.

Untuk anak no 3 settle dah bab beli buku sekolah. Beli baju sekolah belum lagi. Pagi tadi gigih sampai sekolah pukul 8.20 pagi. Padahal kedai buku buka pukul 9.  Malas aku nak tunggu lama lama kalau datang lambat. Dah la panas. Berpeluh ketiak nanti. Tak semua buku yang ada dalam senarai tu aku beli. Beli yang perlu je. Yang tak perlu tolak tepi. Buku kerja pun aku tak beli semua. Bila cikgu mintak baru beli. Kalau beli kadang cikgu tak guna pun.

Yang sekolah menengah nanti depe beli sendiri. Bagi je duit. Pandai pandai la nanti. Beli benda lain pandai. Takkan beli buku tak reti pulak kan.  Minggu depan baru nak cari baju sekolah. Anak dara yang form 4 kata baju dia muat lagi. So tak payah beli. Anak bujang no 2 pulak nak kena tempah seluar sekolah. Seluar tahun lepas macam macam dia komplen.  Besar la. Longgar la. Aku buat pekak je.  Baju putih beli je kat Pasaraya Ekonomi. Kasut sekolah boleh la beli sebab kasut tahun ni dah ketat. Cuma si adik je yang tak perlu beli kasut baru sebab kasut hitam dia baru je beli bulan 10 hari tu. Beg sekolah pulak pakai je beg sekolah yang beli masa kat Ostrolia tahun lepas. Tak sabar nak tunggu dorang habis sekolah. 

 Korang dah shopping barang barang sekolah ke?

Friday, December 6, 2019

Ejen Ali the Movie



Semalam berjaya jugak bawa anak anak pi tengok citer Ejen Ali kat Melawati Mall. Kalau tak asik dok tanya bila nak pi tengok. Semalam hari khamis. Hari biasa pun dah penuh panggung apatah lagi kalau hari hujung minggu. Kalau tengok wayang ni aku lebih suka beli tiket online je. Tak payah beratur panjang. Yang penting senang nak pilih seat belakang belakang. 

Anak anak kata best citer ni. Ada yang kata nak pi tengok lagi. Amboi amboi amboi. Jemu mak ni tau asik teman korang pi tengok wayang je. Korang dah bawak anak anak pi tengok citer Ejen Ali ni ke. 

Saturday, November 30, 2019

Cabut Gigi



Image result for gambar klinik sharifah aminah greenwood
Sumber gambar : Google

 Alamat : Klinik Pergigian Sharifah Aminah Greenwood
 SH-2, Taman Greenwood, Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

Pagi tadi aku cabut gigi kat sini. Aku pilih Doktor Aini memandangkan doktor yang sorang lagi tu adalah lelaki. Pernah jugak aku buat rawatan gigi dengan doktor Kamsiah. Tapi hari ni mungkin Doktor Kamsiah cuti. Doktor Kamsiah ialah paling senior di situ rasanya.

Berdebar debar jugak nak cabut gigi hari ni. Sebab gigi tu dah tinggal tunggul je. Dalam kepala otak dok pikir macam mana la doktor nak cabut gigi ni kalau dah tinggal tunggul je. Perasaan risau dan takut sume ada.

Masuk je bilik rawatan awal awal dah buat pengakuan kat Doktor Aini yang aku ni takut sebenarnya. Doktor kata rileks je. Jangan takut. Doktor cek gigi aku dan doktor cakap gigi yang tunggul tu perlu dicabut. Aku pun setuju. Tapi aku request kat doktor tak nak sakit. Doktor Aini cuma gelak je dan dia kata dia akan cuba sebaik mungkin. Borak punya borak tak lama lepas tu Doktor Aini kata dah siap. Boleh balik. Fuh. Lega ya amat. Pandai Doktor Aini layan patient dia yang penakut macam aku ni. So next time kalau aku ke sini lagi memang aku akan pilih Doktor Aini ni sebab aku suka cara dia buat kerja. Cakap dengan patient dan staff dia pun lemah lembut je. Hilang la sikit rasa takut tu.


 

Wednesday, November 27, 2019

Crocodile Adventureland Langkawi (CAL)











Terletak di Mukim Air Hangat, Jalan Datai, 07000 Langkawi, Malaysia. 

Terdapat banyak jenis buaya di sini. Ada buaya tembaga, buaya air tawar dan juga buaya air masin. Di sini juga kita diberi peluang untuk memancing anak anak buaya. Makanan untuk anak anak buaya tersebut dibekalkan oleh pihak CAL.

Di sini terdapat juga pertunjukan oleh buaya buaya yang telah dilatih. Pertunjukan ini mengambil masa kira kira 20 minit. Selain dari pertunjukkan banyak juga info info yang menarik tentang buaya. 

Di sini juga terdapat kedai yang menjual barang barang yang diperbuat dari kulit buaya (lupa pulak nak snap gambar). Harganya di sekitar ribuan hingga puluhan ribu ringgit. Ada tas tangan, dompet, tali pinggang dan juga tali jam yang dijual di sini.

Wan Thai Langkawi Restaurant
















Langkawi Wan Thai Restaurant ni adalah antara kedai favourite kami kalau ke Langkawi. Lokasinya terletak di 86, Persiaran Bunga Raya, 07000 Kuah, Langkawi. Antara menu yang best kat sini ialah soft crab. Ketamnya sangat lembut dan sedap yang dicicah bersama sos cili. Harganya ialah RM35 (kecil), RM45 (sederhana) dan RM55 (besar). Kat sini terdapat juga pulut mangga. Kesedapan pulut mangga kat sini tak ada tandingannya di tempat lain. Harga pulut mangga di sini ialah RM16 sahaja. Kedai ni beroperasi dari jam 10 pagi hingga 3 petang sahaja. Tetapi ianya akan dibuka semula pada jam 6.30 petang hingga jam 9.30 malam