Malam tadi celebrate kat Baskin Robin je. Kalau hari cuti buat jugak makan makan jemput ipar duai. Kalau hari keje ni memang tak sempat la. Plus hari ni ada meeting. Kena tido seawal yang mungkin. Anak anak pun nak sekolah.
Kek pun dah tak banyak pilihan. Kebanyakkan kek yang ada kek perisa mocha. Takut pulak tak kena dengan selera anak anak. Saya pilih kek perisa strawberi. Aiskrim strawberi. Memang keknya padat dengan aiskrim sampai nak potong pun susah.
Untuk korang kalau nak makan kek kat Baskin Robin tu, sila la bawa pinggan sendiri sebab plate memang tak disediakan. Yang ada cup kecik aje. Susah nak isi kek dalam cup kecik macam tu.
Tapi kek aiskrim Baskin Robin memang terbaik. Rupa je tak cantik cam kek biasa. Len kali kena oder awal awal kau nak makan kek kat sini.