Friday, July 25, 2014

Request sang puteri


Puteri sulung saya request nak beli kamera ni dengan duit raya dia nanti. Harga kamera ni dalam RM200 kut. Sebelum ni dia dah ada video cam. Tapi tak guna pun. Dah keluar yang ni kat pasaran dok merayu dengan saya nak yang ni pulak. Sebelum ni pernah dia request. Cuma saya yang tak layan. Mlas nak ajar dia beli benda yang tak de keperluan. Tapi kali ni saya macam rasa kesian pulak. Dah la puteri saya tu sorang je. Tapi puteri saya tu kuat belanja. Macam macam dia nak beli.

Perlu ke saya ikut kehendak dia?

Selamat hari raya

Selamat hari raya aidil fitri saya ucapkan kepada semua. Dan selamat balik kampung. Hati hati di jalan raya dan pandulah dengan selamat. Maaf zahir dan batin andainya ada kesilapan kata dan bicara di sepanjang perkenalan kita.
Seperti biasa setiap tahun saya akan beraya di KL ni dulu. Rumah sebelah suami.  Tahun ni tahun ke 11 saya raya kat sini. Raya kedua baru saya akan pulang ke Taiping. Seperti biasa jugak setiap tahun saya akan membantu MIL saya memasak juadah raya sehari sebelum raya. Kesian MIL saya tu sebab tak ada anak perempuan. Anaknya lima orang lelaki dan saya ni menantu yang ke tiga. Rumah saya dengan rumah MIL pun hanya 10 minit saje dari rumah. Lagi pun MIL saya tu sakit kaki dan lutut. Tak boleh nak berdiri lama lama dan jalan banyak sangat. Nanti lututnya bengkak. Biasanya kami berdua ataupun bertiga yang menyediakan juadah raya setiap tahun. Kalau mak saya tak balik kampung, mak saya pun akan membantu MIL saya masak. Alhamdulillah saya dapat MIL yang sangat baik. Kalau MIL saya tu jenis yang garang time raya je la baru saya ziarah dia hi hi hi.
MIL saya ni dalam dok sakit sakit pun semangat masak juadah raya. Biasanya dua tiga jenis rendang dia akan masak. Serunding la. Nasi impit kuah kacang la dan jugak lontong. Tu yang membuatkan saya suka raya kat sini dulu sebab meriah sangat. Tapi letih la nak melayan dan membasuh sebab rumah MIL saya ni sentiasa je ada orang datang. Tak sempat nak berehat.
Sekarang ni saya masih kat opis. Tak sabarnya nak cuti lama kan. Nak ambik cuti awal awal pun buat apa kan sebab raya hari isnin. Kalau lah opis bagi half day hari ni kan best. Opis korang half day tak hari ni.

Thursday, July 24, 2014

Please help me

Nak beli kat mana jubah kanak kanak yang cantik. Please help me bagi idea. Last minit preparation ni. Malas nak pegi Jalan TAR yang sesak tu. Nak cari kat tempat yang tak sesak dan mudah. Macam kat Carrefour Wangsa Maju tu okey jugak kot.

Cukup la tu



Ada yang dah buka dan ada jugak yang belum dibuka. Tak payah buat dah la. Biskut dah banyak. Nanti tak habis pulak. Kalau nak buat pun kena habiskan yang ni dulu ye anak anak.

Hantar la kalau dah siap


Buat apa nak peram baju saya yang dah siap tu. Hantar je la kan. Cantik sangat ke sampai tak nak pulangkan kat saya. Yang geramnya lagi tu saya bagi kain 3 kaler hijau. Yang 2 tu anak saya dan saya punya. Corak yang sama cuma beza meter saja. Yang hijau bunga purple tu saya punya. Boleh pulak dia kata satu je kaler hijau yang saya hantar. Leb kali tak mau dah hantar kat dia ni. Serik.

Korang kalau tau tailor mana mana yang pandai jahit baju meh la habaq kat saya no. Baju jubah anak saya tu tak tau la dia jahit ke tak sebab kain tu kain lycra. Katanya tak boleh jahit mesin sebab kain getah. Kenapa la tak cakap awal awal masa bagi hari tu. Ni baru nak cakap. Tak paham tak paham.

Wednesday, July 23, 2014

Tak suka last minit

Dah nak raya ni baru terpikir kenapa la saya tak tempah langsir raya. Kalau tempah sekarang pun tak sempat nak siap dah. Selalu camtu. Last minit baru terpikir. Nak buat apa dah. Tinggal beberapa hari je lagi nak raya. Raya la dengan langsir 2 tahun sudah. Sejak pindah rumah ni saya cuma ada 2 langsir je. Patutnya kena ada 3 baru la sedang elok kan. Baru la boleh ganti ganti. Tapi saya bukan raya kat sini pun. Balik kampung jugak. Tukar langsir baru tu sekadar nk sedapkan mata sendiri je.
Tahun ni plannya nak buat biskut raya yang anak anak suka. Tapi awal awal lagi depa dah request beli biskut raya untuk di makan. Bila beli tu bukannya makan sampai habis pun. Macam macam biskut saya dah beli kat rumah tu. Tak sempat nak tunggu raya diaorang dah rasmi dulu. Tak sabar nak makan katanya. Makan lah nak oi. Kalau habis kita beli lagi ye. Oleh kerana dah banyak biskut kat rumah tu saya cancel plan nak buat biskut. Mungkin lepas raya boleh buat lagi kan. Lagipun dah beli bahan bahan biskut samprit susu. Biskut yang menjadi kegilaan ramai orang. Nampak pun macam sedap je. Sekarang ni habiskan dulu biskut yang ada. Tak suka membazir.

Note:

Baju raya saya tu sampai hari ni tak ada kabar berita. Mulanya kata nak hantar hari isnin. Lepas tu selasa pulak. Ni dah hari rabu masih tak tau apa status. Hari sabtu ni kena la bawa puteri sulung saya tu pi cari baju raya. Tak suka betul last last minit ni tau. Beli untuk dia je la. Maknya tak payah pun takpe. Nasib la saya ada baju yang kaler sedondon. Boleh jugak pakai di pagi raya tu nanti. Baju melayu dah siap gosok. Baju kurung tak nampak bayang pun lagi. Stress.

Dapat kad lagi



Bulan ramadan bulan yang mulia
Bulan untuk menginsafi diri
Salam dihulur maaf dipinta
Moga ukhuwah kekal abadi

Terima kasih kepada www.irrarayyan.com atas kiriman kad raya yang cantik ni.

Monday, July 21, 2014

Sampul lagi


Dapat 3 peket je. Bayar duit kad kredit. Selalunya bayar onlinr je. Tapi kali je sengaja bayar kat kaunter semata mata nak dapat sampul. Korang dapat sampul apa. Meh la tunjuk sikit.

Bab tukar duit raya dah settle. Dah isi dalam sampul pun. Senang prepare awal awal ni. Tak la kelam kabut. Tapi masalahnya sekarang baju raya pulak yang belum siap. Dari bulan 4 hari tu dah hantar. Masa hantar tu katanya siap pertengahan bulan 6.  Pertengahan bulan 7 pun sebenarnya tak siap pun lagi. Lepas tu suruh collect khamis lepas. Lepas tu sabtu pulak. Paling latest hari ni (isnin) pulak. Entah siap entah tidak tu. Dah la harga upah ala ala butik. Mahal gabak. Eii geram betul. 

Sampai saat ni tak dengar kabar berita. Saya bagitau kat dia yang saya nak baju tu pagi ni sebab petang ni saya tak ada kat opis. Tunggu dan lihat je la apa kisah seterusnya. Bila pulak lagi dia nak hantar. Kalau dah tahu tak cukup tangan nak menjahit tak payah la ambik tempahan banyak banyak kan. Baju tak siap customer yang merana.

Tecik je tomey je


Masa nak beli vacum semalam tetiba pulak nampak benda ni. Tecik comey je. Sesuai kalau bawak pi opis. Maklum la. Kat opis tu sunyi sepi. Sesekali boleh gak pasang cd lagu cd nasyid ataupun ayat al quran kan.

Dah selamat letak ats meja. Harap tak hilang la. Muat je kalau nak simpan dalam drawer. Tapi takut pulak kena gigit dengan lipas. Acane tu.

Sunday, July 20, 2014

Penat sangat la tu




Kalau kat rumah jangan harap dia tido. Naik je kete pengsan. Malam malam ikut ibu pegi terawikh. Tu la yang penat sangat tu sebab kat surau ramai kawan bermain.

Note: 

Ibu tengah cari vacum baru sebab vacum yang ada tu dah sedut tak kuat. Bibik la kut punya keje. Dapat barang kat dia sume jahanam. Dah 3 vacum dah dia rosakkan. Ni yang ke empat dah. Dia kalau buat keja pung pang pung pang bunyinye..sabar je la.

Wednesday, July 16, 2014

Nak pegi ke tak ni

Tak boleh nak buat keje hari ni. Dah la charger fon samsung tak bawak. Bateri pulak dah nak kong.

Pagi tadi masuk keje start dengan workshop untuk BCM. Lepas tu ada ceramah ramadan. Lepas selesai je ceramah baru naik opis balik. Rasa cam x de mood dah nak buat keje sebab dah half day. Kan best kalau boleh balik.

Sebenarnya dalam dilema jugak ni. Pening kepala pikir perlu ke tak bawak danial jumpa pakar pergigian kanak kanak di hospital selayang. Saje nak bawa dia cek gigi kat situ pulak sebab klinik biasa dah pegi. Nak dengar apa pulak kata doktor pakar kerajaan. At least ada schedule untuk cek gigi dia kan.

Danial ni setiap kali jumpa doktor, semua doktor akan puji dia sebab dia berani, rileks dan cool je bila jumpa doktor. Kembang kuncup ibu dia tau. Bukan nak puji anak sendiri tapi tu la kebenarannya. Alhamdulillah tiga tiga anak camtu. Tapi dalam hati wallahualam.

Tinggal 9 hari je lagi



 Tolak cuti hari raya nanti tinggal lagi 9 hari. Cukup ke nak bawak ke tahun depan ni sedangkan ada lagi 4 bulan nak jumpa tahun baru. Takut pulak kut kut ada emergency ke apa termasuk la rawatan susulan en hubby ke hospital nanti.   

Jeles tengok kawan kawan yang masih banyak cuti tahunan. Saya ni tiap tiap tahun bila sampai ke hujung tahun cuti tinggal ciput aje. Tu pun simpan untuk anak anak buka sekolah nanti.

Monday, July 14, 2014

Travel beg baru





Dua hari berturut turut turun naik kedai ni. Dah la kat tingkat 3. Boleh kurus camni. Geram tengok macam macam ada. Kepala pun ligak pikir nak beli apa nak beli apa. Cute cute barang dalam tu.

Beg ni nak guna untuk bawak suggies pi balik kampung atau potong kuku. Beg yang ada tu dah tak muat. Maklum la suggiesnya kan dah 4 ekor. Kena la beli sangkar yang besar sikit.

Hati ni teringin nak belikan banglo lagi satu untuk suggies ni. Tapi sebenarnya baru je beli hari tu. Tapi yang tu nampak je ada class. Time nak cuci nak bagi makan susah berbanding dengan cage yang biasa tu. Kalau beli cage yang biasa tu nak buat apa la pulak dengan cage yang ada tu. Dalam dilema la.

cage yang sedia ada

Sampul duit raya jusco

Dapat hari sabtu lepas. Yang geramnya tukar kat kaunter bawah RM100 dapat satu peket. Kat kaunter customer servis pulak RM200 baru dapat satu peket. Ntah hapa hapa kan. Tak standardise langsung.

Setakat ni bank mana yang dah boleh tukar duit raya dan dapat sampul sekali. Saya tak tukar pun lagi duit raya. Tahun ni biar en hubby uruskan la pulak. Saya malas nak pikir. Kalau ada ada la. Kalau tak de nak buat cane kan.

Korang dah dapat sampul duit raya ke. Cantik tak. Nak tengok. Jom exchange buat koleksi.

First kad raya

Kad ni dah sampai last week. Tapi hari ni baru sempat update. Thanks tau shida. Cantik cantik kad dan book mark tu. 

Korang dah dapat kad raya ke. Walaupun zaman sekarang serba sserbi canggih boleh sms boleh whatsapp boleh fb kad raya elektronic dan etc tapi kad raya asli jugak tetap di hati.

Danial sakit gusi

Dengan berat hati terpaksa pi keje hari ni. Danial is having gum infection. Petang ni nak bawa dia jumpa dentist. Sume gigi dia totally rosak. Hari tu dah pernah bawa jumpa dentist. Tapi dentist tu kata it should be okey if dia tak gaduh sakit. Semalam bawa pi klinik biasa doktor tu advise to get another opinion from other dentist. Semalam menangis nangis dia kesakitan. Selalunya dia tahan kalau setakat sakit sikit sikit. Maknanya infection tu makes he feel very very sakit lah tu yang membuatkan dia menangis. Kesian dia. Macam macam danial kena hadapi. Dulu tonsil sekarang masalah gigi pulak. Susah hati jugak ni kalau doktor kata all the teeth need to be removed. Allahuakbar. Nak buat camne tu ye. Nak op lagi ke. Aduhai. Tak sanggup ibu tengok danial sakit.

Saturday, July 12, 2014

Suggies heaven booth






Macam nak gila masuk kedai ni. Macam macam ada. Dah la dekat dengan rumah. Harga murah pulak tu berbanding dengan kat tempat lain. Lepas ni habis la bajet kalau asyik ke sini je.

Thursday, July 10, 2014

Sape nak kad raya


Salam Jumaat semua. Pejam celik pejam celik dah hari ke 6 puasa. Sekejap je masa berlalu kan. Minggu minggu awal ramadan ni surau pun penuh sampai tak cukup ruang nak menampung makmum untuk solat terawikh. Bila dah pertengahan ramadan banyak pulak space kosong ye.

Sape nak kad raya sila angkat tangan. Sudi sudi kan lah bagi alamat korang ye. Emailkan alamat anda ke
rohana.athmad@gmail.com

Setakat itu saje. Babai.

Wednesday, July 9, 2014

Lauk yang sama je


Sumber gambar : google

Puteri sulung saya tu, kalau dapat ayam masak merah ke siakap 3 rasa ke memang tak pandang lauk lain dah. Hari hari lauk yang sama pun tak pe. Encik hubby pulak hari hari dengan ikan bakarnya. Seko rm20 pun tak pe asalkan ikan bakar beli. Ditambah dengan masak lemak tempoyak pucuk ubi dan masak lemak daging salai. Kalau kuih pulak wajib ada popia basah dan goreng. Sepanjang pose ni tak miss lagi popia tu. Kalau masak lemak daging salai dengan pucuk ubi tu selang sehari kut beli. Nasib la saya dan anak yang no 2 ni tak kisah. Makan saje la apa yang ada. Jangan membazirkan. Kalau saya pun sibuk nak pilih menu sendiri alamat penuh la meja tu. Alangkan meja 8 orang pun dah tak muat hari hari. Suami saya ni memang tak kedekut. Cakap la nak makan apa pun mesti dia beli. Tapi saya tak suka membazir. Beli setakat ala kadar je. Asalkan habis makanan semua tu.

Note : 
Yang sikecik 5 tahun tu suka otak otak. Beli hari hari pun mesti dia belasah punya. Gaya cam orang nak buka pose. Tapi tak pose pun sebenarnya. Tak sampai seru lagi kut.

Dah dapat kad dan sampul duit





Setiap tahun setiap staff kat sini memang akan dapat kad raya dan sampul duit raya. Macam position saya yang kuli ni sepatutnya dapat kad raya 30 keping tapi saya request 15 je. Maklum la tak tahu nak bagi kat sape banyak banyak tu. Kalau ambik banyak tapi tak guna kan membazir namanya tu. Kalau sampul duit raya pulak dapat 60 keping. Kira ok la tu kan dari tak de langsung. 

Hobi saya setiap tahun kumpul sampul duit raya. Encik husben la yang tukang collectnya. Selalunya dapat dari bank je. Jarang sangat dapat dari tempat tempat yang lain. Kalau korang ada extra sampul duit tu derma lah kat saya sikit ye.

Saya suka kumpul sampul duit sebab senang nak beza bezakan duit raya. Dua ringgit sampul lain. Lima ringgit sampul lain. Sepuluh ringgit sampul lain. Kan senang camtu.

Note:
Yang sampul kaler biru tu dapat daripada prudential. Cantik kan. Bunga bunga gitu.

Tuesday, July 8, 2014

Beli satu tak cukup beli dua tak habis

Ye ye je semalam saya beli 2 meatball spageti dan 2 lasagna secret recipe untuk anak anak berbuka puasa. Sudahnya 2 je yang luak. Sedih campo geram pun ada. Selalu kalau beli 1 tak cukup. Beli 2 tak habis pulak. Puteri sulung saya tu langsung tak jamah. Mana taknya. Ada ayam masak merah plus siakap 3 rasa. Sahur pun dia tak makan apa yang saya beli tu. Makanya simpan aje la balance secret recipe tu untuk hari ni. Nanti petang panaskan balik. Harap ada yang makan hari ni. Kalau tak membazir je. Dah la mahal tu. Sedih sedih.

Monday, July 7, 2014

Benci pi Giant


Saya benci pi Giant. Kalau pi situ kalau tak melayang seratus dua tak sah. Beli barang ciput ni je pun dah RM200. Hari sabtu shopping kat Mydin barang penuh troli baru RM100 lebih. Kadang terpaksa juga pegi giant tu sebab dekat dengan rumah. Nak pegi NSK atau Mydin jauh la pulak.

Hu hu hu. Nak nangis bayar semalam. Apa la sangat barang yang ad kat dalam troli tu. Sekadar minyak masak jenama naturel, beras cap rambutan, beras eco brown, biskut julies, biskut oreo, buah delima sebiji, lemon sebiji nini dan nyam nyam anak anak. Tu pun setengah jam beratur nak bayor tu. Hampeh betul lah Giant ni. Nape la tak buat Mydin je kat situ. Kan jimat.

Bulan puasa punya cerita

Patutnya bulan pose ni masuk keje pukul 8 tapi pukul 7.40 baru terkedek kedek nak naik tren. Lantak la kan. Kalau naik tren awal dapat tren pendek yang kaler biru tu. Crowded sangat. Pukul 7.40 dapat tren panjang. Panjang la sangat.

Sekejap je cuti sabtu ahad kan. Dah pun berlalu. Kena tunggu 5 hari pulak baru dapat jumpa sabtu dan ahad balik. Seperti biasa la setiap hujung minggu menguruskan hal hal rumahtangga dan anak anak. Shopping tu shopping ni. Beli barang dapur dan lain lain.

Semalam aktiviti berbuka kat luar. Saya tak suka sangat berbuka kat luar ni sebab sesak. Tapi dah didesak oleh puteri sulung. Kesian pulak kan. Makanya semalam dapur tak berasap la. Cuma buat kuih onde onde je. Hari sabtu lepas ada beli kuih ni. Tapi kuihnya dah tak elok. Kalau nak puas makan haruslah buat sendiri kan.

Apa pulak cerita korang hari sabtu dan ahad lepas??

Segmen | Salam Aidilfitri bersama irrayyan.com


Klik link di bawah kalau nak join. Tarikh tutup 8.7.2014 ni.

http://www.irrayyan.com

Friday, July 4, 2014

Bila hari Jumaat


Bila hari Jumaat otak dah tak boleh fokus nak buat keje. Dok pikir wiken nak pi mana. Nak buat apa. Lunch time hari jumaat nak shopping kat mana. 

Betul tak betul tak. 
Lunch time hari ni korang pi mana?

Thursday, July 3, 2014

Tak sabar nak balik

Saya memang suka jam kaler putih. Gambar sekadar hiasan. Just nak bagi tau yang tak sabarnya nak balik. Balik pukul 4.30. Harap tak jem la hari ni. Hari Selasa lepas kena mengadap jem yang amat hebat. Patutnya boleh sampai rumah dari komuter tu dalam 15 minit. Tapi dekat pukul 7 baru sampai. Nasib la ada mak kat rumah yang dah tolong hidangkan makanan dan bancuh air. Silap haribulan kena buka pose dalam kete.

Steamboat



Teringin nak makan steamboat pulak hari ni. Tapi dalam keadaan jem di sana sini sempat ke nak beli bahan bagai. Best la kalau jadi suri rumah sepenuh masa. Tak payah tunggu balik keje nak beli barang. Boleh beli bila bila masa. Orang yang keje cam saya ni kalau nak beli barang kena tunggu la lepas keje. Kalau jem makanya berjanggut la dalam kete tu.

SG saya dah ada baby


SG saya dah ada baby tau. Masa nak balik kampung awal bulan 5 hari tu nampak sesuatu dalam pouch SG female. Memang expect tu anak dia la. Lepas tu lama tak ambik kisah. Dalam hati tertanya tanya jugak hidup ke baby dia tu sebab tak nampak pulak dalam pouch mak dia. Ingatkan dah mati ke apa. Semalam masa tengah bagi SG SG saya tu makan tetiba je nampak baby dia. Ingatkan sekor rupanya dua ekor. Terus menjerit panggil anak anak suruh tengok. Eksaited kemain. Tapi takde bulu lagi. Cam anak tikus je rupanya. Tak sabar nak tunggu dia besar. Mesti comel. Patut la mak dia marah sangat bila dengar suara saya. Rupanya anak dia dok ada kat luar dari pouch dia. Agaknya dia takut anak dia terganggu kut. Tapi bapaknya cool aje. Bila dengar je suara saya dia akan jenguk keluar kepala cari saya. Suka bila dia tinjau tinjau cari saya. Comel kan.

Sumber dari FB

Lebih kurang camni la rupa baby SG saya tu. Tak boleh nak ambik gambar sebab dia tersorok dalam pouch. Cuma nampak badan dengan ekor je. Muka pun tak nampak cam mana.

Kurma yang sedap


Kurma yang sangat sedap. Asalnya boss yang bagi kurma ni sorang 10 biji (lebih kurang la). Tapi bila makan sedap pulak. Sume dok pakat pakat beli belaka. Harga kurma ni sekotak RM52. Tu pun beli direct dengan supplier Yusoff Taiyob. Kalau harga kat luar sampai RM80 sekilo tau. 

Tahun ni dapat banyak sangat kurma. Dapat dari tadika. Dapat dari chairman opis. Dapat dari kazen. Dan ada jugak yang dibeli sendiri. Nak buat apa kurma banyak banyak tu entah la. Nampaknya kurma kurma tu simpan dalam peti aje la. Mengadap yang ni la pulak.