Monday, December 31, 2012

Happy new year semua

Selamat tinggal 2012
Selamat datang 2013
Moga 2013 memberi sinar yang lebih baik untuk kita semua.

Sape cuti hari ni jom angkat tangan

Sape cuti hari ni jom angkat tangan. Ai keje lagi hari ni. Hari Rabu baru ai cuti sampai la hari Jumaat. Menguruskan hal sekolah lah katakan. U olls dah habis ke shopping barang barang sekolah. Nak masuk tahun baru ni ai pulak yang nebes. Start sabtu depan anak anak dah mula tusyen. Bermula lah rutin mingguan ku seperti biasa. Time cuti sekolah leh la berehat kan. Time buka sekolah ni macam macam benda nk kena buat. Umo makin meningkat ni cepatnye terasa penatkan.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 29, 2012

Doa di dapur

 
Share dari sini

MY BIRTHDAY GIVEAWAY

 
jom klik sini kalau nak join
 
Tarikh tutup : 3/1/2013

Result check up semalam

Masuk bilik doktor je ai trus citer kat doktor yang Mr P ai tak datang selama 2 bulan. Doktor kata dia nak scan dulu. Masa scan tu memang ada nampak sesuatu. Pastu doktor kata kita cek air kencing pulak to double confirm betul ke ai pregnant atau tidak. Bermacam macam persoalan ai tanya kat doktor sampai doktor pun fenin nak jawap. So result ujian air kencing negatif. Hooreyyy...so doktor bagi ai ubat turun darah supaya Mr P ai datang. Doktor kata lepas makan ubat tu 5 hari baru Mr P datang. Tapi ai belum lagi makan ubat tu. just nak tunggu dulu. Kalau tak datang jugak baru nak makan. Hooreyyy...merdeka...

widget recent comment

Sape nak belajar cara pasang widget recent comments leh click kat sini ye....
 
 
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 28, 2012

Menanti dalam debar

Patient tak la ramai tapi servis sangat lembap. First time datang klinik ni sebab opis dah tukar panel. Panel yang dulu tu senang sebab klinik yang ai pegi tu sentiasa tak ramai orang. Jadinya tak de la buang masa menunggu lama lama. Badan pun dah seram sejuk dah ni.

Thursday, December 27, 2012

Masih di sini

Saya masih berada di opis tika dan saat ini menunggu hujan yang entah bila akan berhenti....Nak rempit pun tak boleh sebab rumah agak jauh. Mau basah kuyup nanti. Esok ada meeting pulak tu. Kang tak pasal pasal ada yang domam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 26, 2012

Key hanger

Apa ke nama benda ni. Betul ka key hanger. Apa apa pun janji ianya baru. Baru la senang nak gantung kunci. Tapi 3 paku tu cam tak cukup je.



Di mana Mr P saya

O o oh where have u been
Mr P Mr P
O o oh where have u been
Charming billy

Owh tidakkkk, Sudah 2 bulan Mr P saya tak datang, saya dalam dilema. Tindakan segera perlu di ambil untuk memastikan kesahihannya. Balik ni kena beli pregnancy test. Sebelum berbuat sesuatu baik cek dulu.

Note : Andaikata ini rezeki saya terima dengan hati yang terbuka. Sebenarnya saya tak bersedia untuk pregnant sebab :

1)    Mr Right saya ada masalah jantung. Kalau saya pregnant nanti sape nak uruskan anak anak. Nak hantar diaorang pegi tusyen dsbnya. Kalau suami masuk hospital sape pulak nak jaga dia masa kat hospital nanti.
 
2) Sape pulak nak jaga baby nanti. Sekarang ni anak anak saya semuanya mak saya yang jaga. Umo mak saya pun dah mencecah 60 an. Ingat nak bagi dia rehat je. Yang 3 orang tu pun dah cukup memeningkan kepala beliau. Nak ambik maid pun sekarang ni mahal. Kalau ada maid nanti pening pulak dengan perangai maid tu.
 
3) Saya ni jenis yang tak kuat kalau pregnant. Kalau saya pregnant nanti terbaring aje la alamatnya. Tak larat nak buat keje, berjalan bagai. Sape pulak nak hantar saya pegi keje tu. Encik suami saya dah la bizi memanjang. Kalau time dia tak bizi okey la kan.

Hah...pening pening saya pikir..

Friday, December 21, 2012

Mood dah ke laut

Pagi pagi mood dah ke laut. Semangat nak balik kampung. Last balik kampung pun raya pose hari tu. balik kali ni pulak sepupu nak bertunang. Anak anak dah siap booking nak pegi mandi kat Bukit Merah. Ermmm tengok keadaan lah ye. Kalau tak pent hari isnin tu boleh la mandi manda. Kalau penat mungkin lain kali la kot sebab esoknye 25/12/2012 dah nak balik KL.

Thursday, December 20, 2012

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

 
Nak Join Klik Kat sini ye

 


 

Nak balik kampung

Aktiviti mengemas beg bermula minggu ni sebab weekend ni nak balik kampung. Ini lah perkara yang ai paling malas sekali dalam hidup. Sebab tu la ai jarang sangat pergi bercuti. Maklum la. Nak kena kemas beg untuk 5 orang. Nak sediakn baju untuk pakai siang and pakai malam. Tu belum masuk sabun, shampoo, ubat gigi, bedak, charger talipon lagi. Lampu tido dengan extension plug pun ai bawak tau. Mana la bonet kete tak penuh. Kalau pegi bercuti tu siap bawak toto sekali. Kalau tak bawak, ada yang tido atas lantai nanti. Encik suami of course la diutamakan. Nanti dia sedap sedap tido atas katil, kitaorang ni dapat tido atas lantai je. Bangun pagi sakit badan badan.

Kalau nak pegi mana mana, ai memang akan packing awal awal. Seminggu lagi nak pegi dah start packing sikit sikit. Tak nak ada barang yang tercicir nanti. Tak senang hati dibuatnya nanti. Ai akan packing sikit sikit la dulu. Malam ni sikit, malam esok sikit, malam lusa sikit. Malam esok yang nak pegi tu dah siap sume barang. Tinggal nak angkut masuk bonet kete je. Sampai en suami kata nak beli lori je kalau dah banyak sangat barang nak angkut. Hi hi hi...bantal ngan selimut pun harus gak bawak. Maklum la, walaupun musafir tapi harus lah selesa. Nanti yang tu tak de bantal, yang ni tak de sekimut. Kesian kan..

Nak mintak tolong

Saya sedang bercita cita untuk ke Legoland tahun depan. Tapi nak tanya ada tak sesiapa boleh cadangkan tempat penginapan yang paling dekat dengan Legoland tu. Kawasan  mana ye sebab tadi saya searching hotel rata ratanya mengambil masa 30 ke 45 minit perjalanan ke Legoland tu. 

Wednesday, December 19, 2012

Sharing is caring ~ minyak yuyi

Sape pernah guna minyak yuyi ni. Cer baca kat bawah tu. ai memang tak pernah guna minyak yuyi ni sebab tak suka bau dia. Bau dia cam pelik sikit. Dari anak no 1 sampai la anak no 3 ai memang setia pakai minyak telon Bebiku sahaja. Even sekarang ni pun walaupun baby yang no 3 tu dah 3 tahun, minyak telon tu still wujud kat rumah ai.

Tuesday, December 18, 2012

Second skateboard 2 roda

Ini hak milik anak ai yang no 2. Siang malam dok layan skateboard ni je kejenye. Bila suruh baca buku macam macam alasan.



26th Birthday Giveaway by ShidaR



Klik sini kalau nak join ye...

Ucapan untuk Shidar :
 
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 26. Semoga Shidar dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa di dalam peliharaan Allah swt, panjang umur, murah rezeki dan berbahagia selalu hendaknya.  Amen ya rabbal a'lamen..
 
 
 
 


 

 
 
 


Monday, December 17, 2012

Penatnya rasa

Hari ni rasa penat sangat. Sampai opis pagi pagi buta dah cirit birit. Nasib baik dah selamat sampai kat opis. Kalau cirit birit masa kat rumah alamatnya MC la. Dalam dok sakit perut tu pun terpaksa gak buat keje kat luar sebab dah janji dengan orang kan. Nasib baiklah sakit perut tu pagi je. Kalau melarat sampai ke petang tak haru dibuatnya. Buat keje luar tadi pun sampai pukul 4.30 la jugak. Cadangnya nak balik rumah je terus tadi. Tapi disebabkan kawan yang sorang lagi tu nak balik opis, terpaksa la balik opis jugak.

Year End Giveaway By Cik Bunny

 


Nak join?Click here


How To Join:
  1. Terjah 3 page ni sampai loading habis: http://bit.ly/kzpKNi , http://bit.ly/RuUTqq dan http://bit.ly/T3gima
  2. Follow blog ni dan my blogshop.
  3. like facebook fanpage InspireBunny [dot] Blogspot , Bunny Inspired dan subscribe my fb acc.
  4. Buat entry bertajuk "Year End Giveaway By Cik Bunny" , letak banner giveaway dan link entry giveaway ni dalam entry korang. COPY BANNER DI SINI.
  5. tinggalkan LINK ENTRY GIVEAWAY ni di bahagian komen blog ni. Kat tempat lain tidak diterima. Pastikan betul betul patuhi semua syarat diatas. Jika tidak, bukan sahaja kemenangan ditarik balik malah terlepas update penting giveaway ni (tak tanggung =p)
  6. Jika ada twitter dan ig, Follow my twitter: https://twitter.com/InspireBunny dan instagram: http://instagram.com/inspirebunny (atau twitter/instagram: @inspirebunny).
  7. share this giveaway sebab Cik Bunny nak bagi hadiah online kalendar Hello Blogger 2013 kepada semua peserta yang dah join ga ni sebagai tanda penghargaan (sekiranya ga ni terima lebih dari 100 penyertaan)

Hadiahnya ialah :




 
Best tak hadiahnya?

Bestkan?Apa lagi?Jom Join!

Will be due on 3 Januari 2013 (mungkin akan diubah nanti)



Tuesday, December 11, 2012

Hadiah BB

Pagi ni jalan very clear. Maklumla Selangor cuti hari ni. Dengan senang hati ai drive datang keje pagi ni. Kalau tidak tu mau 40 minit atas jalan. Time cuti sekolah ni okey lah jugak. Start bukak sekolah nanti berserabut la balik.

Ni la hadiah from BB tu. Card holder. Okey la jugak kan. Nak simpan buat collection. Nasib baik mood baik nak pi collect hadiah tu. Kalau tak collect rugi je. Bukan senang nak dapat hadiah macam ni.



Monday, December 10, 2012

Network lembap

Bosan la. Dah la blog takleh buka. Nak wat keje pun network sangat la lembap. Ala ala siput gitew. Owh tensionnye. Bila network nak ok ni. Takut pulak buat buat keje kang tak leh nak save/ hilang. Ni pun view blog via phone je. Dah la comel tu. tulisan pun kecik kecik. Naik pening pale ngadap tenet kat phone.

Kad dan hadiah dari BB

Last week dapat surat dari BB. Ingatkan kad membership dah siap. Rupanya surat untuk gift redemption sempena my birthday. Semalam dah pegi la redeem gift tu. Nak tau apa yang ai dapat tunggu di next entri sebab gambonye dalam henpon encik suami tersayang. Boleh pulak outing semalam henpon tertinggal kat rumah. Dah separuh jalan baru teringat.



 
Cer teka hadiah apa?

Sunday, December 9, 2012

Fun Fair kat rumah

Tu lah namanya budak budak kan. Pantang nampak menan mesti nak beli. Oleh kerana menan ni agak mahal, so 1 menan ni kena share 3 orang. Jangan gaduh gaduh dan berebut rebut tau.

Best tengok anak anak main menan ni. Terasa cam kat funfair pulak. Sape yang nak beli menan ni leh terjah Toysrus Midvalley. Menan ni siap ada token lagi. Kena masukkan token dulu kalu nak start. Macam macam permainan zaman sekarang ni kan. Dulu dulu mana ada. Men congkak pun dengan biji getah je. Ingat lagi tak memori tu?

Hasil dari beli menan kat toysrus tu dapat 4 tiket ke legoland percuma untuk kanak kanak. Bila pulak nak pegi tukan.





 

Ulangtahun

 
Hari ni ulangtahun kelahiran saya. Jom saya belanja kek ni untuk semua.

Saturday, December 8, 2012

Anak anak saya

 
 

Nabila Masa umo 5 tahun

Dah nak sekolah

 
 
 
Tahun depan dah nak masuk darjah 1.

Kempunan

 
Masa mega sale kat Sogo hari tu nampak jam ni. Masa tu tak sempat nak beli. Bila pegi balik lepas tu, jam yang ai teringin ni dah tak de. Sedihnye.

ini adalah testing semata

Jom kita test macam mana nak update blog via samsung tab nih. Tak berapa mahir la nak guna benda nih. Masih ditahap merangkak rangkak.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Mood sedih


Mood sedih sebab iphone saya dah pandai buat hal since malam tadi. Entah kenapa buttonnye tak boleh tekan dan ianya hang sehingga pagi tadi. Encik hubby kata nak hantar pegi repair. Ambik masa berapa lama la pulak nak siap tu kan. Lagipun kalau button rosak entah boleh repair entah tidak. Alahai...iphone tu segalanya bagi saya. Macam macam function boleh guna. Tak de dia serba tak kena jadinya. Nak ambik gambar susah, nak baca email susah, nak update blog pun susah. Ke iphone saya tu merajuk dengan saya sebab saya beli tab baru. Alah, ada tab pun bukannye boleh nak usung ke hulu dan ke hilir pun. Iphone jugak senang sebab kecik. Nak simpan dalam poket pun senang.

Friday, December 7, 2012

Nasib baik tak hilang

Alhamdulillah. Nasib baik tak hilang...

Apa plan weekend ni

Salam hari jumaat korang. Esok dah cuti kan? Seronok tak? Plan nak pi mana cuti 2 hari ni? Weekend ni ai plan nak pi beli barang barang sekolah lagi. Beg dengan alat alat tulis belum beli lagi. Tengah pening pikir nak beli kat mana???

Akaun nuffnang saya hilang

Alamak
Nuffnng account saya dah hilang
Saya dah terdelete
Konon konon nak tuko tajuk kat atas tu
Sedih bukan kepalang
Dah ada rm2.50 dah
Ada kebarangkalian dapat balik tak
Owh sedihnya..

Wednesday, December 5, 2012

Mahal bagak

Balik keje tadi singgah beli buah ni. Nak goreng untuk anak anak makan petang. Korang percaya tak sebiji cempedak ni regenye rm9.60 tau. Mahei tak maheinye sekilo 5 hengget. Tapi dah terambik. Kena la terbayor jugak. Balik dengan perasaan tak puas hati nih. Baik beli je yang dah siap goreng kannnn...

Kena block

Dah berapa hari tak leh nak buka blog. Rasanya macam dah kena block kut. Habislah. Tak dapat la nak update dan edit entry. Aduhai...sedihnye, kalau tak boring boring wat keje leh gak tengok blog kan. Ni nak tengok apanya. Mengadap je la buat koje..

Blogwalking terbantut gara gara internet kat opis problem

Salam u olls. Banyak entri yang tak leh nak edit memandangkan internet kat opis ni tak boleh nak buka. Entah kenapa pun tak tahu la. Dari Jumaat lepas internet memang tak leh nak buka. Maybe server problem kut. Nak blogwalking ke rumah kengkawan pun terbantut. Sorry lah ye. Nanti kalau internet dah okey saya terjah ke rumah maing masing ye. Entri ni pun update guna tab je. Tapi tak puas macam kat pc.

Tuesday, December 4, 2012

Kehilangan

Baru balik dari cabut gigi ni
Doktor kata gigi palsu boleh menyebabkab gigi gigi lain rosak
Betul ke?
Alamak..cane ni..tadi pun serabut nak pikir
Nak cabut ke tak nak
Doktor pulak cakap camtu
Aduhai
Kalau tak cabut tak tahan nak menanggung kesakitan
Kalau nak buat crowning kena datang klinik minimum 4 kali
Nak buat root canal la bagai
Huh..lambat

Monday, December 3, 2012

Mcd

Sementara tunggu abang balik tusyen, si adik pun ajak pegi McD. Tujuan utamanye ialah nak menan.