Friday, September 20, 2019

Teringin biskut raya




Teringin pulak biskut raya. Kuih raya beli masa raya hari tu dah habis. Bukan dihabiskan oleh tetamu. Tapi dihabiskan oleh orang orang dalam rumah ni. Aku memang peberet biskut raya nih. Nak buat malas. Kang yo yo o beli bahan buatnya satu dua bancuhan je. Dok simpan la baki bahan biskut tu sampai expired. Aku ni kalau rajin ada angin gak. Kalau time rajin tu rajin bebenor. Kalau malas tu ya ampunnn.

Ni biskut kelapa. Oder dengan kakak kawan. Sekali dia buat 5 botol ko. Hah ambik. Makan la puas puas. Nak diet konon. Satu botol ni harga RM25. Memang special request dia buatkan. Kalau nak buat sikit sikit tak berbaloi kan. Tu la dia buatkan 5 botol khas untuk aku sorang.

2 comments:

  1. biskut raya mkn bukan musim raya pun sodap kan

    ReplyDelete
  2. sy peminat kuih raya.. hehe kalau masa hari raya saya pergi rumah orang cuma makan kuih je, hidangan lain memang tak tersentuh huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.