Sunday, August 30, 2015

Cuti cuti merdeka









Di Hotel Legend





Di Hotel Impiana

Hari Jumaat cek in kat Legend Hotel Cherating. Hari Sabtu cek in kat Impiana Hotel Cherating pulak. Harga untuk satu malam kat Hotel Legend tu ialah RM578.00 untuk satu malam manakala Hotel Impiana RM480 satu malam.

Dari segi makanan sedap lagi makanan kat Hotel Legend kalau dibandingkan dengan Hotel Impiana. Bilik kat Impiana pun lebih selesa berbanding dengan bilik kat Hotel Legend walaupun Hotel Impiana tu agak buruk. kami bernasib baik dapat 2 bilik yang attach together. Siap ada ruang tamu dan meja makan sekali. Dah macam kat rumah pulak. Anak anak pun dah syok dok sana  sampai tak nak balik. Ish. 

Tapi kolam mandi kat Hotel Legend super duper best. Kolamnya besar dan banyak. Kolam budak budak luas sangat. Boleh mandi puas puas. Tapi kolam kat Hotel Impiana kecik dan sempit. Kalau ramai budak budak yang mandi dah sesak.

1 comment:

  1. Bestnya tido hotel IL.....harga tu untuk 2 bilik yeh....standardlah kan harga hotel. Seronok sangatlah budak budak tu dapat mandi. Makan sotong celup tepung tak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.