Anak saya yang no 2 tu umo 8 tahun
Sebuk nak sunat tahun ni jugak
Kawan kawan ramai yang dah sunat katanya
Makanya dia pun eksaited nak sunat jugak
Masalahnya sekarang saya tak plan pun nak sunatkan dia tahun ni
Memang tak ada booking kat mana mana pun
Tup tup dia kata nak sunat dalam masa terdekat ni
Mak oiii
Dia ingat boleh sunat camtu aje kot
Pi klinik sunat pastu terus balik
Mak dia ni pun terpaksa la cari pakcik gugle
Nak cari teknik sunat yang paling tak sakit
Kebanyakkan yang ada tak buat teknik smart clamp
Yang ada laser dan jahit saja
Kalau kat hospital ada la
Kat hospital pun kalau sunat biasa bius setempat pun dah cost RM499
Itu rate kat Pusrawi la
Kalau bius penuh satu badam RM935
Tak kisah la dari segi harga
Asalkan anak selamat dan tak sakit
Tak sanggup nak tengok anak meraung raung kesakitan
Korang yang dah biasa sunat anak
Buat cara apa ye.
Laser, potong atau smart clamp
Bila ada anak lelaki mak dok pening pikir pasal nak sunat anak la pulak
Hu hu hu
Saya takde anak tapi kebetulan anak buah saya baru jer sunat minggu lepas. Sunat kat Pusrawi....Laser kalau tak silap saya. Dia cakap tak sakit. Kuar bilik boleh gelak2 lagi..:-)
ReplyDeleteentah le kak ana, mayang ikut klinik aje.... tak tau lagi guna teknik ape... tunggu dan lihat aje la...
ReplyDeletezee nak jer sunatkan anak awal tp bapaknya lak tak bagi..
ReplyDeletemahal jugak kan ... diorg kate yg laser tu tak sakit .. dan cepat sembuh .... tp dlm masa terdekat ni pyh sikit la klu kita nk plan buat kenduri ...sbb tak plan kan
ReplyDeleteBelum ada pengalaman.. walau dak Adik ada sebut nak sunat tapi saya decide bukan dalam masa terdekat.. maknya yang belum bersedia.. hehehe..
ReplyDeleteOo, mahal juga ye kos bersunat. Baru2 ni anak buah saya pun bersunat. Kat Klinik kerajaan je. Tapi tak tau la guna teknik mana. Salah satu benda yg saya perlu consider ni sbb satu hari nnt Luth juga akan perlu laluinya.
ReplyDeleteJujurnya, kalau si anak sendiri cakap nak sunat, hantar lah dia sunat...Sebab sunat ini, perlukan kerelaan..Kalau dipaksa, nanti payah..kesan dari segi fizikal & psikologi..
ReplyDeleteJujurnya juga, pendapat peribadi saya, biarlah sunat secara lama ( iaitu berjahit + guna cautery --yg dipanggil laser). Sunat cara clamp, byk kes saya jumpa, lambat sembuhnya...
Dan jujurnya juga, selagi boleh, elakkan general anasthesia, GA ( bius kasi pengsan/ tido tu)..sebab GA itu sendiri, byk risiko nya..maka prosedur yg mmg hanya perlu local anasthesia ( LA), selagi boleh, buatlah cara LA
oowwhh boleh tahan juge ek bayar untuk sunat anak ni.. anak bujang baru nak masok dajah satu.. ckp pasal suat je die dah lari.. cam ne la die nak sunat nnt..
ReplyDeleteanak saya dulu laser jek..tapi buat masa umo dia 2 tahun lebih. masa tu dia kena operate hernia so doktor bagi extra service sunat tu without charge
ReplyDeletearitu anak buah kite sunat biase jek, macam yg kt klinik2 tu..tp ngeri laa nengok huhu
tengok la daya tahan anak cik ana, kalau dia ok buat yang biase pon elok..pendapat saya :)
mahal juga ye
ReplyDeleteblm ada pengalaman lagi la kak.