Sunday, December 28, 2014

Sekolah dah nak mula


                                     

                        

Seperti biasa bila sekolah dah nak mula mak mak la yang bertungkus lumus tulis nama atas buku anak anak. Kalau nama tu pendek okey la kan. Zaman sekarang ni nama anak anak panjang meleret leret. Padan muka mak mak penat nak tulis.

Tahun ni tak mo pakai cop cop dah. Print aje lepas tu tampal. Lagi senang. Tapi kena rajin menggunting la pulak. Rajin tak rajin kena buat la jugak. Hasilnya puas hati.

                      

Wednesday, December 24, 2014

Pray for Pantai Timur


SMK Manik Urai. 

Ya Allah. Kesian sangat tengok gambar ni. Menurut info mangsa banjir sekarang berada di tingkat 4. Moga bantuan kepada mereka cepat sampai. Moga mereka selamat semuanya.


Moga hujan yang turun segera berhenti. Moga Allah selamatkan mereka semua.

Monday, December 15, 2014

Sekolah dah nak buka

Sekolah dah nak buka. Last 2 wèek sempat pegi beli baju sekolah Zafran memandangkan dia nak berkhatan Sabtu ni 13 Disember 2014. Nak tunggu sembuh nanti lambat pulak. Kalau lambat mula la baju dan kasut sumenya tak de saiz. Memang tiap tiap tahun saya akan beli awal awal. Tak suka buat persediaan last minit. Last week pun pasaraya yang jual baju sekolah ni dah start sesak.

Baju dengan kasut sekolah wajib beli setiap tahun sebab baju yang ada tu jangkahayatnya memang pakai setahun je. Baju yang putih tu dah jadi cam kaler belacan. Ater cane nak pakai lagi tahun depan kan. Setiap tahun memang beli baju sekolah kebangsaan 3 pasang (RM35 sepasang). Baju sekolah agama 2 pasang (tak ingat berapa harga). Kasut putih 2 pasang (RM26 sepasang). Stokin 3 pasang. Sampin 3 helai sebab sampin tahun lepas dah koyak rabak. Treksurt sukan T90 3 helai. Tshirt sekolah (belum ada stok). Lencana dan tanda nama memang tahun lepas dah oder banyak banyak. Senang nak jahit kat baju baru nanti. Buku sekolah pun dah beli Jumaat lepas. Alat tulis pun dah shopping kat Mydin Ahad lepas. Tinggal sikit sikit je lagi barang sekolah yang perlu dibeli. Settle awal awal tak perlu nk pening kepala dah. Sekarang pun dalam proses nak balut buku mana yang dah ada. Nanti tak la kelam kabut sebab nak kena balut buku kakak yang darjah 5 jugak. Untuk label nama kat buku tulis tu saya taip je kat komputer lepas tu print atas kertas sticker dan tampal salotep diatasnya. Fungsi guna kertas sticker tu supaya label nama tu tak tercabut. Kalau nk print atas kertas A4 biasa pun boleh lepas tu tampal dengan salotep. Tapi rasanya kurang berkesan sebab nanti salotep tu akan tercabut. Alah kertas sticker tu pun RM5.90 je untuk 10 helai. Atas satu kertas sticker tu boleh buat nama dan kelas sepenuh penuh page. Jimat kan. Korang pulak buat macam mana?

Saturday, December 13, 2014

13.12.2014 - tarikh keramat saya jadi dewasa


Bertarikh 13.12.2014 anak teruna saya dah bersunat. Lega bila dah settle semuanya. Buat kat Gombak Medical Centre dengan bayaran rm150 sahaja. Buat secara local bius laser dan jahit.


Rupa rupanya pada hari ini juga ada group kanak kanak yang akan bersunat jugak anjuran Perwanis. Seramai 40 orang yang berdaftar dalam group ni. Patut ka semalam nurse calk suruh datang awal sebab ramai katanya. Ingatkan tak la ramai mana. Hari ni saja yang nak berkhatan dari group ni ada 40 orang. Yang berdaftar dengan GMC sendiri ada 10 orang. Anak saya daftar sendiri dengan GMC. Sebab tu la turn dia cepat.



Thursday, December 11, 2014

Majlis anugerah 2014


Tema Arab.


Suka tengok bebola yang tergantung tu. Plan nak buat macam tu jugak untuk birthday anak anak nanti.


Dah tema Arab haruslah makanannya nasi arab. Terlalu banyak makanan sampai tak habis dan tak cukup meja nak hidang. Walau macam mana pun rezeki untuk yang suka tapau makanan bawa balik rumah.


Ini lah teamwork saya. Ada lagi 3 orang yang tak de dalam ni. Yang sorang lagi tu ofkos la boss kan. Harus la takde dalan gambar ni. Sorang cuti cuti kasih sayang dan sorang lagi duduk kat meja lain.

Sape terror cer teka mana satu saya. Hi hi hi. Comel tak  Kak Ton? Bila duduk dengan orang orang kurus terasa gemoknya diri ini. Huh sentap jap.

Wednesday, December 10, 2014

Jawapan kek dalam kotak


Coklat Indulgence

Pemenang pemenang yang berjaya meneka dengan betul ialah :

1) Engku Muzahadin
2) mama tisya
3) aryan azra
4) Mar Mansor
5) Syuhada Salleh
6) Nora Karim

Kepada kawan kawan yang tersenarai di atas, sila emailkan nama, alamat dan no telefon anda ke

rohana.athmad@gmail.com

Tahniah

Tuesday, December 9, 2014

Heppi birthday ibu


Suprise bday party dari anak dare untuk ibunye. Elok saya masuk rumah je suruh saya tengok tv la bagai. Konon konon nk suprise lah tu. Dah tahu sangat.

Happy birthday to me


Alhamdulillah. 

Terima kasih ya Allah sebab memberi kesempatan untukku menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 39 pada hari ini.

Monday, December 8, 2014

Friday, December 5, 2014

Batuk o batuk

Batuk o batuk
Danial ni dah lama batuk
Hampir 2 bulan dah kut
Pagi pagi kerap batuk
Koh koh koh
Antara tengah hari ke malam tak berapa kerap dah
Tapi still batuk lagi
Dah bagi ubat batuk prospan dan ventolin
Dah ambik nebulizer
Pun masih tak hilang jugak

Ada tak petua macam mana nak hilngkan batuk ni
Sekarang ni saya memang hari hari bagi danial madu
Dengan gula melaka
Ada terbaca petua dalam gugle yang gula melaka boleh hilangkan batuk berkahak
Sekadar mencuba je la
Harapnya danial cepat sembuh

To all of you
Ada tak petua petua lain nak hilangkan batuk ni

Danial ni sejak usia 2 bulan memang ada bronchitis
Memang selalu masuk wad because of bronchitis ni

Thursday, December 4, 2014

Sunat o sunat

Anak saya yang no 2 tu umo 8 tahun
Sebuk nak sunat tahun ni jugak
Kawan kawan ramai yang dah sunat katanya
Makanya dia pun eksaited nak sunat jugak
Masalahnya sekarang saya tak plan pun nak sunatkan dia tahun ni
Memang tak ada booking kat mana mana pun
Tup tup dia kata nak sunat dalam masa terdekat ni
Mak oiii
Dia ingat boleh sunat camtu aje kot
Pi klinik sunat pastu terus balik
Mak dia ni pun terpaksa la cari pakcik gugle
Nak cari teknik sunat yang paling tak sakit
Kebanyakkan yang ada tak buat teknik smart clamp
Yang ada laser dan jahit saja
Kalau kat hospital ada la
Kat hospital pun kalau sunat biasa bius setempat pun dah cost RM499
Itu rate kat Pusrawi la
Kalau bius penuh satu badam RM935
Tak kisah la dari segi harga
Asalkan anak selamat dan tak sakit
Tak sanggup nak tengok anak meraung raung kesakitan

Korang yang dah biasa sunat anak
Buat cara apa ye.
Laser, potong atau smart clamp

Bila ada anak lelaki mak dok pening pikir pasal nak sunat anak la pulak
Hu hu hu

Kalendar 2015 lebih


Sape ada kalendar meja 2015 lebih hulur hulur la sikit kat saya ye.

He he he. Muka tak malu.