Tuesday, October 21, 2014

Family day 2014



Sabtu ahad lepas ada family day opis kat Gold Coast Morib. Saya bertolak pun dah lambat sebab puteri sulung saya ada pertandingan memasak kat sekolah pada hari sabtu tu. Pukul 4.30 pm baru kami bertolak. Sampai kat sana jam 7.30 malam. Nasib la kami dah pakai baju siap siap dari rumah. Perjalanan ambil masa selama 3 jam dari sri gombak. Dengan hujan lebat dan jalan jem di sepanjang PLUS Highway. Sampai kat sana kami terus dinner.

Saya tak ambik gambar pun sepanjang berada kat sana sebab tempat ni agak femes. Mungkin kawan kawan ramai yang dah pegi sana. Untuk makluman semua, kolam kat sana tak lah besar sangat seperti yang dalam gambar tu. Kecik je. Dan air pool kat sana agak kotor. Kena pulak time kami pegi tu ada jugak family day dari KWSP dan Maybank. Maka bersesak sesak la tempat makan dan pool kat situ.

Lepas anak anak mandi kolam kami pun terus gerak balik. Mula tak nak bagi dorang mandi kolam kat situ sebab terlalu ramai orang. Tapi budak budak ni kalau dah jumpa kolam merayu rayu bagai. Nak tak nak bagi la jugak walaupun sekejap.

Lega. Dah selesai satu aktiviti opis. Tunggu tahun depan la pulak family day 2015.

Note: 
Bilik yang saya dapat ni agak selesa. Boleh bentang toto kalau nak tido kat bawah tu memandangkan katil yang depa bagi tu katil single. Tapi saya bawa karpet yg lembut tu. Ok jugak sebab lebih ringan dari toto. Memang kalau pegi mana mana akan bawak karpet yang lembut tu. Boleh baring baring dengan selesa.

3 comments:

  1. Wah, seronok berkubang dalam tab tu...boleh pulak duk sempit-sempit kat situ ha ha..

    p/s: Mohon tengok emel ya sis

    ReplyDelete
  2. Saya lalu je depan Gold Coast Morib ni tapi tak singgah tidur lagi. Kalau dah airnya kotor, memang malas pulak rasanya nak cuba. Cuti sekolah dah tentu lagi ramaikan.

    ReplyDelete
  3. ada plan utk hari keluarga pejabat, tp quotation mahal sgt..kelayakan xcukup:(

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.