Monday, August 4, 2014

Kidszania Kuala Lumpur

Hari Jumaat kami dah sampai dari kampung. Plan nak pegi Kidszania hari Sabtu. Tapi hari Sabtu tu tak valid untuk tiket yang ada promotion. So kami pilih hari Ahad iaitu semalam 3 Ogos 2014. Pukul 9 pagi dah start beratur nak beli tiket which is kaunter buka pukul 9.30 pagi. Kalau lambat maka panjang la qeueu tu nanti. Pukul 10 dah dapat masuk Kidszania tu. Tukar cek sorang kanak kanak dapat la 50 kidszos. Kidzos tu macam duit. Boleh guna kat certain certain tempat macam kat vitagen factory ataupun kat cadbury factory. Ada jugak job yang dorang akan bayar anak anak kita salary contohnya macam posmen.

Memang puas hati la pegi Kidszania ni. Best sangat. Kalau anak anak dah besar boleh biarkan dorang ni bebas kat dalam tu. Dia akan pilih job mana yang dorang suka. Anak anak saya masuk je kidszania tu terus tuju fire fighter. Kalau hari biasa memang tak de peluang la nak jadi fire fighter ni sebab ramai sangat. Time semalam tak ramai sangat orang. Maybe orang masih bercuti ataupun kat kampung. Memang sesui sangat pegi semalam. Puas dorang dapat main. Dari 10 pagi sampai pukul 4 petang kami kat situ. Mak mak ni rasa dah nak tercabut kaki. Yang anak anak pulak cergas dok lari sana sini.

Total harga tiket kami semalam hanya RM114 je. Kalau hari biasa mahal lagi. Tiket yang kami beli semalam untuk kanak kanak RM36 x 2 orang. Dewasa pulak RM21 x 2 orang. Satu tiket kanak kanak dapat free sebab ada orang bagi semalam. Harga tiket yang free tu RM39.
Tapi yang tak bestnya kat kidszania ni makanan kat dalam tu sangat lah mahal. Air kotak sahaja RM4.50. Pop corn besar RM5.00. Twisties kecik RM1.00. Biskut oreo kecik RM4.00. Tu belum kira makanan cam nasi, aiskrim dan lain lain lagi. Tak boleh bawa makanan sebab nanti kat pintu masuk ada security guard yang akan cek beg. Nak tak nak pandai pandai la bajet nak berbelanja kat dalam tu.

Semalam masih ada banyak lagi kidszos yang tak guna. Nabila bawa balik je kidszos tu sebab dia kata lain kali nak pegi kidszania lagi dan boleh guna balik kidszos yang ada. Nak beli cenderamata pun sumenya mahal.

Kalau nak tahu info lanjut tentang kidszania boleh layari www.kidszania.com

















8 comments:

  1. rsa mcm pernah baca kat blog kawn2 pasal Kidszania ni..
    dia tmpat pameran budak2 ke kak?

    ReplyDelete
  2. ramai jugak yang kata best kidszania nih.. insyaallah kalau ada masa boleh jugak bawak anak2 cikda ke sana

    ReplyDelete
  3. lahhhh naper takde gambar? nk tgk jgk.... yelah mereka pun pndai kalu blh bwk mkn kt luar kang takde sapa nk beli mkn kt diaorng... itu yg di hentam nyer jual mahal2

    ReplyDelete
  4. nanti nak bawak gak asya ke sini

    ReplyDelete
  5. Si kecik tu sebok nak datang sini IL padahal dah pernah gi ikut rombongan sekolah...Ohhh ok ke...best yeh patut pun budak suka

    ReplyDelete
  6. banyak saya dengar kepuasan datang ke kidzania ini. Senang kata menarik la ya

    ReplyDelete
  7. wah bestnya tempat nie.. tapi kat sini xdak..huhuhu

    ReplyDelete
  8. popular sungguh kidzania ne.. xberpeluang lg bawak anak2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.