Monday, June 2, 2014

Ke Midvalley di hari minggu

Entah kenapa bangun pagi semalam kaki en hubby tiba tiba je sakit tak boleh nak jalan. Ada bengkak sikit. Dah la semalam plan nk pegi shopping dengan anak anak. Saje je bawak diaorang pi jalan jalan cuci mata. Lagi pun sikecik tu nak tengok transformers kat Midvalley tu.

En hubby kata bila dia cek darah urid asid normal. Tak de menunjukkan gout. Tapi dah selamat inject untuk sakit gout tu. Inject dulu baru cek darah. Tu pun cek darah kat farmasi. Kat klinik tu takde strip untuk nak cek urid asid katanya. Entah hapa hapa punya klinik kan.

Jadinya semalam saya anak beranak je la ke Midvalley tu. Sampai sana dalam pukul 11 pagi. Sampai awal pun dah tak de parking. Maklum la time cuti sekolah. Time gaji lagi pun kan. Haruslah berduyun duyun orang terjah Midvalley tu.

Sampai kat Midvalley tu saya terus bawa Danial jumpa transformers pujaan hatinya tu. Lepas tu kami terus je ke tempat baju kanak kanak kat Jusco tu. Pilih pilih testing testing dah. Beli sikit je pun sebab si anak dara tu la nak baju Monster high. Yang si adik dan si abang dapat la baju batman dengan seluar pendek dan seluar panjang. Seperti biasa si kecik tu tak sah kalau tak pau ibu dia mainan. Nak sampai dua pulak tu. Time nak bayar tengok bil cam nak pengsan la jugak. Nasib la ayah bagi duit belanja. Yang selebihnya tu ibu top up la sikit ye.

Lepas dah habis shopping kami makan dulu sebab budak budak ni belum breakfast pun lagi. Biasa la budak budak. Mesti nak makan kat luar. Lepas dapat apa yang berkenan baru la perut terasa lapar kot. Pukul 1.30 petang kami dah gerak balik. Midvalley dah semakin ramai kunjungan. Kereta pun dah berlegar legar mencari parking. Makin lama dok kat situ makin berserabut kepala otak. Dah la tiket parking tinggal kat dalam kete. Lupa nak ambik. Jadi keje pulak kena pi ambik tiket parking dulu dalam kete pastu patah balik bayar parking dan balik rumah.

Hasil rembatan semalam kakak dapat baju monster high yang di idamkan tu. Yang si abang dapat 1 seluar treakshurt batman, 2 tshirt batman dan 2 seluar panjang banyak poket. Memang dia suka seluar banyak poket ni. Jenuh cari tak ada. Semalam dah jumpa beli 2 sekali walaupun harga sehelai seratus lebih. Pejam mata je la.  Yang si adik pulak dapat 1 seluar pendek superman, 1seluar pendek ben10, 2 helai tshirt batman dan 3 mainan transformers.

Part yang paling best "terima kasih ibu sebab belikan kami baju seluar dan menan. Terima kasih jugak sebab belanja makan."

Note :
Entri tak bergambar sebab semalam tetiba je rasa cam tak de mood nak ambik gambar. Sori lah ye.

7 comments:

  1. Selalu mereka tengok dlm tv aje, jadi bila jumpa depan mata seronoknya tak dpt nak bayangkan. Dpt pulak baju dan mainannya sekali berganda-gandalah happynya:)

    ReplyDelete
  2. Salam kak..
    syukur lah takde gout kan.. normal lah tu...
    wah! dapt gak shopping budak2.. suka lah anak2..:)

    ReplyDelete
  3. Kejapnya pergi MV IL....tapi tulah ...MV ni mmg ramai .....sampai pening nengoknyakan....Okje pun lama dah tak gi MV tu

    ReplyDelete
  4. DAh lama tak gi MV. Seronoklah anak² dapat barang yg di idam² kan ☺☺

    ReplyDelete
  5. Seronok jalan-jalan midvallay masa cuti :-)

    ReplyDelete
  6. Seronok yer rasa bila si anak beri erti kata terima kasih pada ibu...julia hari2 cuba ajar Qi ucapan terima kasih....harap sangat jadi mcm anak2 sis...

    ReplyDelete
  7. skrg ni byk baju bajan yg ada koleksi kartun terkini kan..

    *akak, kuih bulan tu sedap la bgi saya.yg penting x brminyak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.