Saturday, June 28, 2014

Bila ditinggalkan keseorangan

Semalam baru keluar hospital. Hari ni terus ke rumah opah. Makan kat sana. Mandi kat sana. Kat rumah opah seronok sebab luas tempat bermain. Lagi pun ada kawan. Kalau kat rumah dapat main dalam rumah saje. Nak lepas main kat luar kete laju laju. Seriau tengok.

Ibu kat rumah kebosanan. Ayah pun pi keje. Kalau tak boleh dating. Time anak anak tak de ni la nak pi dating kan. Oleh kerana anak anak takde kat rumah makanya hari ni cuti masak. Makan je la apa yang ada sebab kalau masak pun takde yang nak makan.

Kepada kawan kawan selamat menyambut bulan Ramadan. Sama sama kita mempertingkatkan amalan kita di bulan Ramadan kali ini. Maaf dipinta andaikata ada tutur bahasa yang menyinggung rasa.

Friday, June 27, 2014

Bye bye Columbia


Lemah tak bermaya masa hari Selasa 24.6 2014 yang lalu.


Jenuh dok request kat Doktor nak balik hari ni. Akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah puteri saya dah sihat. Esok boleh layan citer Transformers. Terima kasih kepada kawan kawan yang mendoakan kesihatan anak saya.

Note :
Doktor discaj pukul 3 petang tapi pukul 6.30 petang masih di sini. Lamanya nak settle bil. Entah berapa la kena bayar nanti. Dah nak malam ni. Nasib la esok cuti. Boleh rehat sebelum masuk keje.

Lepak kat cafe


Bosn asyik terperap dalam bilik je. Moh la turun lepak lepak kat bawah. Dah hari ke 4 kat sini. Tak tau bila boleh balik lagi. Cik kak ni demam lagi pagi tadi 37.8. Tapi doktor kata dun worry sebab just 37.8. Pukul 12 nanti masuk antibiotik lepas tu tengok macam mana. Kalau boleh balik doktor akan bagi balik.

Note: 
Pagi tadi pukul 6.30 pagi doktor dah datang review patient. Melompat saya turun katil. Dengan baru bangun tidonye. Dengan tak basuh mukanya dan gosok gigi bagai. Bikin malu saje.

Boleh tak nak mintak dengan doktor nak keluar jalan jalan? Bosan la terperap je kat sini.

Thursday, June 26, 2014

Si kecik



Sunyi pulak ibu bila sikecik ni dah balik rumah. Gambar kat atas tu adalah gambar semalam. Kekenyangan lepas makan macam macam. Lepas tu sibuk nak pakai stokin sebab sejuk.

Bila sikecik dah balik rumah

Pagi tadi saya dah hantar Danial balik rumah
Kakak tinggal sorang sorang jap kat hospital
Sunyi la ibu kat sini
Tak de orang nak bergaduh dengan ibu
Nak loyar buruk dengan ibu
Kalau tak tu ada je mulut dia pot pet pot pet
Dah dua hari di tak sekolah
Dia kata tak rugi pun dia tak pi sekolah
Sebab boleh duduk kat hospital dengan ibu
Duduk dengan ibu lagi best
Apa yang bestnya dik dok kat hospital ni
Ibu pun nak demam tak demam dah ni
Sakit kepala sakit pinggang dan sakit satu badan
Nasib baik masuk hospital swasta
Boleh jugak assume ala ala masuk hotel gitu

Wednesday, June 25, 2014

Sibuk je


Kecik ni berselera makan kat hospital ni. Temankan kakak kat wad. Hari ni sanggup ponteng sekolah nak duduk kat hospital punya pasal. Petang nanti ibu hantar balik ye. Tak boleh la ponteng banyak hari.

Tuesday, June 24, 2014

Akhirnya warded


Kena tahan wad sebab ada kuman dalam darah. Si kecik tu pun sibuk jugak nak ikut. Tumpang sekaki tido atas katil kakak. Kat sini dapat satu katil je. Kalau kat pusrawi anak dapat satu katil mak pun dapat satu katil. Ada sofa bed lagi. Selalunya saya bawa karpet yang ringan tu. Boleh tido atas karpet je dengan si kecik ni. Tapi kali ni lupa nak bawak. Dah lama tak masuk hospital kan. Lagipun dapat bilik yang 2 bedded. Yang single bed takde kosong. So space tu agak sempit.

Mohon kawan kawan doakan Nabila cepat sembuh. Kesian tengok dia asik sakit kepala dan muntah. Tido pun terganggu.

Monday, June 23, 2014

Ada idea tak macam mana nak buat

Pening pikir
Hari ni saya dah EL
Sebab puteri saya yang sulung tu demam
Malam tadi cek suhunya 40 darjah celcius
Terus saya dan hubby bawa ke hospital
Sampai hospital dalam pukul 10.30 malam dah
Cek darah bagai dan tunggu result keluar pukul 1pagi jugak balik rumah
Nasib baik cek darah sumenya okey
Cuma demam biasa sebab tekaknya merah dan bengkak

Esok nak cuti lagi sebab nak bawa mak check up
Mak saya ada darah tinggi
Last month dah cek tapi tekanan darah tak okey
Makanya esok kena cek lagi
Saya tak apply pun cuti untuk esok sebab ingat nak EL je
Dah puteri sulung demam maka ter EL la hari ni
Takkan esok nak EL lagi

Hari khamis ni pulak parents kena pegi ambik report kad 
Anak anak baru bagitau tadi
Macam mana pulak saya nak pegi tu
Dah la jarak dari sekolah dengan tempat keje saya 25km
Takkan nak ulang alik kut
Dah la sorang sekolah pagi dan sorang sekolah petang
Dan kelas mereka ni berada nun di tingkat 4
Nak suruh en hubby pegi mau dia pengsan nak panjat tangga tu

Hari jumaat pulak ada ujian kesihatan kat Titiwangsa
Ni anjuran opis tempat keje saya
Memang setiap tahun ada aktiviti ni
Nak tau tahap kecergasan setiap individu
Oleh kerana aktiviti tu memakan masa separuh hari
Makanya saya berhajat la nak cuti petang Jumaat tu
Tak tau la boss bagi ke tak 
Yang penting dah apply

Nampak sangat minggu ni minggu yang amat bizi bagi saya
Tak tau macam mana nak handle
Takut kena marah sebab asyik asyik cuti je
Macam boss tu lain la
Sebab dia lelaki
Isterinya keje sendiri so masa tu lebih fleksibel
Apa apa urusan anak anak pun banyak yang isterinya buat
Anak demam pun dia tak perlu ambik cuti

Lain la kalau mak mak ni kan

Sunday, June 22, 2014

Sticky shop


Hajat hati nak cari barang mak. Tapi anak yang dapat. Cik kak yang sulung ni demam la pulak. Kena la balik cepat sebab dah tak larat nak jalan tu. Muka pun monyok je.

Gula gula ni dia yang request sebab dia kata cikgu dia pernah bagi gula gula ni. Sedap sangat tapi tak tau cikgu tu beli kat mana. Tadi nampak kat The Garden terus nak beli.

Mana en hubby ni

Mana lah mana anak kucing saya
Anak kucing saya yang ada dalan raga
Manalah mana cinta hati saya
Cinta hati saya masih di tempat keja

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Mana la cibta hati saya ni
Kata nak pegi Midvalley
Sekarang dah pukul 2
Tak nak la pi lambat lambat
Sebab nanti balik lambat
Esok kan nak keje
Budak budak nak sekolah
Jom la pegi sekarang

Tak sabar nak makan biskut raya




Even belum puasa kanak kanak ribena ni dah request nak makan biskut raya. Ni pun beli kat giant je. Rambang mata agaknya tengok biskut banyak sangat.

note: 
Sekarang tengah musim orang buat biskut samprit susu kan. Tak try pun lagi sebab wiken ni mood cam malas je. Masak pun tak. Lagi pun tak de bahan. Nanti nak try jugak sebab anak anak saya ni memang suka makan biskut samprit tu. Katanya biskut samprit susu tu cair di mulut. Tak sabarnya nak cuba.

Friday, June 20, 2014

Balik makan di rumah

Kari kepala ikan

ABC

Ayam Pandan

Asam Pedas telo ikan

Sambal Udang Petai

Lai Chee Kang

Terasa teringin


Tetiba je terasa teringin nak makan benda alah ni. Beli kat giant dan simpan kat opis buat stok. Time teringin boleh kunyah kunyah kan. Sape nak meh sini.

Note :
Hari ni tak breakfast lagi. Tak tau nak makan apa. Tapi tadi dalam tren dah minum nescafee kotak. Takut nak minum pagi pagi ni sebenarnya. Tak boleh masuk sebarang makanan dan minuman. Kalau tak ceri beri lah pagi pagi. Kalau nak naik tren tu, mana la pulak nak cekau toilet. Paham paham je la keadaan public toilet kan. Tapi pagi tadi sangatlah kehausan. Bedal jugak air kotak. Dalam kete tu memang ada spare air kotak sentiasa. Maklumla ada anak ni. Kejap kejap haus la. Kat rumah tak de pulak dorang haus. Asal  naik je kete haus la bagai. Kadang maknye pun sama. So better la spare air kotak dalam kete siap siap. Lagi jimat kan.

Mahalnya harga barang sekarang

Balik keje semalam singgah giant sebab Danial pesan beli daging beger dengan susu kotak cap lembu. Esok dia nak bawak bekal beger katanya. Mahalnya harga barang sekarang. Memang terasa betul. Semalam beli 2 kotak susu marigold yang besar tu, fruit cocktail hosen, 2 daging beger ramly, 2 kotak tisu yang macam kat hotel tu dàn satu bungkus ayamas black pepper tu pun dah RM42.00. Tu belum kira campo minyak ngan tambang dok pi keja hari hari lagi tu. Penat penat keja cukup bulan dapat gaji pastu bayar itu ini kan.

Tu belum lagi kira barang barang sekolah anak anak. Ada satu satu masa tu beli barang seni je pun dah cecah RM50 atau pun lebih. Tu kalau sorang anak. Kalau 3 anak dah RM100 kan.

Thursday, June 19, 2014

Tuesday, June 17, 2014

Bila si kecik pandai bershopping


Asalnya dia request nak pisang dengan susu kotak cap lembu je. Bila dah masuk NSK tu macam macam pulak yang dia nak. Budak kecik ni memang rambang mata. Kalau boleh sume dia nak.

Cucuk 4 kali dah jadi 3 kali dan mungkin 2 kali

10 unit untuk tengah hari

30 unit untuk pagi dan 
30 unit untuk malam

Mulai hari ni en hubby dah boleh ambik injection sebanyak 3 kali. Sebelum ni kan kena ambik injection 4 kali. Tapi cam menyusahkan pulak bila kena ambik injection banyak sangat.
Tapi nurse kata kalau reading gula okey tengah hari tak ambik injection pun tak apa. Hanya ambik pagi dengan malam. So dah jadi 2 kali je . Alhamdulillah. Lega dengar. Tapi kalau tak ambik terus lagi bagus kan.

Masa check up tadi nurse kata reading gula en hubby cantik sangat. So kena mantain reading macam tu dan boleh kurangkan unit insulin tu kalau perlu bergantung kepada tahap gula dalam badan en hubby macam mana.

Note :
En hubby saya ni bukan jenis jaga makan sangat tau. Ye la. Orang jenis suka makan dan badan besar. Mana boleh control. Mana cukup klau makan seciput je. Makan nasi pun penuh pinggan cam biasa. Kadang siap bertambah lagi. Nak tegur tak sampai hati pulak. Kadang tu makan asam la, makan kepek la. Suka suka hati je dia nak mengunyah. Padahal orang KM ni mana boleh makan junk food.

Reward diri sendiri


Reward diri sendiri sebab lama sangat kat HKL tadi. Pukul 1.30 baru selesai semuanya. Lagipun dah lama tak datang sini. Mengidam pulak rasanya nak makan kat sini. 

Rawatan susulan

Hari ni encik hubby ada follow up kat sini. Sampai sini tadi pukul 9.30 pagi. Tapi sampai sekarang, pukul 11.00 pagi masih lagi menunggu.

Saya ambik cuti hari ni sebab temankan encik hubby follow up. Sementara kat HKL ni sempat hantar kete pi servis kejap tadi. Patutnya 50,000 km dah kena servis. Tapi mileage kete saya dah 60,000 baru perasan kena servis. Dah alang alang cuti hari ni baik pi hantar sekali. 


Note : 
Hari Selasa depan pun nak cuti lagi sebab nak bawa mak check up pulak kat Klinik Kesihatan.

Tuesday, June 10, 2014

Perjalanan terakhir


Al Fatihah

Takdir Allah memanggil beliau pulang dalam usia yang masih muda iaitu 40 tahun. Meninggalkan anak seramai 5 orang. Anak yang masih kecil berusia 3 bulan.

Al Fatihah untuk beliau. Moga beliau ditempatkan dikalangan para soleh dan solihin. Amen.

Monday, June 9, 2014

Sikecik request nak tido rumah opah

Malam ni sume anak anak tido kat rumah opah. Yang besar dua orang tu memang dah tido sana sejak mula cuti sekolah lagi. Malam ni sikecik pulak request nak tido sana. Cekali je katanya. Ecok ayik balik la. Kesian pulak saya dengar. Rela dalam terpaksa saya lepaskan si kecik tu tido sana. Moga moga anak anak saya dilindungi Allah selalu. Selamat malam kakak. Selamat malam intan payung. Selamat malam adik.

Saturday, June 7, 2014

Dah start planning





Tak lama lagi dah september. Bulan september ni saya nak celebrate birthday anak anak. Anak saya yang boys tu lahir dalam bulan september. Yang girl tu dalam bulan May. Untuk menjimatkan kos saya akan gabungkan semua birthday diaorang dalam bulan september ni. Insya Allah. 

Nak tanya kawan kawan kat mana u olls selalu buat invitation kad dan print label sticker yang tampal kat botol air atau coklat untuk birthday tu.

Friday, June 6, 2014

Lupa lupa lupa

Tahun ni genap 11 tahun usia perkahwinan saya dan en hubby. Tapi macam mana boleh terlupa entah la. Ulangtahun perkahwinan tu patutnya 31 Mei yang lalu. Tapi 3hb Jun baru teringat. Orang laki lagi la tak ingat kan.

Kami tak pernah celebrate pun anniversari ni. Sekadar ingat dan wish sesama sendiri je. Tu pun saya yang wish kat en hubby post melalui fb. Tapi dia tak reply pun. Kesian saya kan.

Tahun ni segala galanya lupa. Anniversari lupa. Nak renew roadtax kete pun lupa. Dah tua gamaknya.

Khas untuk en suami :

Dengarlah bintang hatiku
aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu
semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Moga jodoh kita kekal hingga ke Jannah.

Wednesday, June 4, 2014

1994

First Badge Diploma in Accountancy Uitm Sri Manjung.

Tuesday, June 3, 2014

Jom tengok wayang


Harga tiket hari sabtu sesi pagi

Harga tiket hari sabtu sesi petang

Jom bawak anak anak pegi tengok wayang. Citer ni akan keluar pada 12 June 2014 ni. Tapi saya ada kemusykilan. Memang harga tiket hari minggu lain lain harga ke untuk pagi dan petang?

Nampak citer ni macam best je. Danial mesti suke.

En hubby ni



En hubby sekarang ni berada di Kulai Johor. Tetiba je tadi call ajak pegi bercuti ke Pulai Spring minggu depan katanya. Mana nak ada bilik kosong dah sayang oi. Dah lambat. Sume bilik fully booked. Nak nak pulak ada promotion family affairs tu. Fully booked sampai bulan 9 tau. Putih mata la kita. Baru plan nak pi sana cuti merdeka ni. Tak de harapan la nampaknya. Kena tunggu tahun depan la pulak.

kawan kawan ada idea tak nak jalan jalan pi mana? Lumut dah pegi. Gambang pun dah pegi. Johor tak de apa sangat. Langkawi jauh pulak. Kelantan dan terengganu apa yang menarik? Cameroon Highland tinggi sangat. Tak larat nak panjat bukit bengkang bengkok.

Bila teman bergaduh tak de di rumah

Rindu pulak bila takde teman nak bergaduh kat rumah. Si kakak tu memang dari kecik lagi tak lekat kat rumah. Ada je yang pinjam. Dia pun memang suke tido kat rumah opah la. Tido kat rumah umi la. Asik nak berjalan je. Sampai la sekarang macam tu. Pantang cuti sekolah dia pun tak lekat kat rumah.

Yang no 2 tu pulak masa kecik kecik tak berapa nak berjalan sangat. Apa apa pun nak pegi dengan ibu. Kalau saya tak pegi dia pun sanggup tak pegi. Tak macam yang sulung tu lebih independent. Tapi sejak dah sekolah ni dia pun dah pandai nak ikut si kakak. Dia pun dah pandai nak tido rumah umi la opah la. Pantang orang nak pi jalan sumenye nak ikut.

Tapi yang kecik Danial ni saya tak bagi dia ikut pi tido rumah umi atau opah. Kalau nak pi jalan jalan je boleh. Tu pun saya pesan kat dorang supaya jaga dia betul betul. Baru 5 tahun kan. Tak pandai la sangat nak jaga diri tu. Danial ni banyak masa dok kat rumah je. Dia pun tak kisah tinggal berdua dengan nenek je. Lagi aman kut. Lagi pun dia main sorang sorang kat rumah. Main robot la tengok utube la. Kalau ada si abang tu bergaduh aje kejenye. Tapi si Danial ni lebih suka dengan kakak berbanding dengan si abang. Dia kata bagi abang tu kat orang lain pun tak pe. Sebab si abang tu suka sangat kacau dia.

Monday, June 2, 2014

Ke Midvalley di hari minggu

Entah kenapa bangun pagi semalam kaki en hubby tiba tiba je sakit tak boleh nak jalan. Ada bengkak sikit. Dah la semalam plan nk pegi shopping dengan anak anak. Saje je bawak diaorang pi jalan jalan cuci mata. Lagi pun sikecik tu nak tengok transformers kat Midvalley tu.

En hubby kata bila dia cek darah urid asid normal. Tak de menunjukkan gout. Tapi dah selamat inject untuk sakit gout tu. Inject dulu baru cek darah. Tu pun cek darah kat farmasi. Kat klinik tu takde strip untuk nak cek urid asid katanya. Entah hapa hapa punya klinik kan.

Jadinya semalam saya anak beranak je la ke Midvalley tu. Sampai sana dalam pukul 11 pagi. Sampai awal pun dah tak de parking. Maklum la time cuti sekolah. Time gaji lagi pun kan. Haruslah berduyun duyun orang terjah Midvalley tu.

Sampai kat Midvalley tu saya terus bawa Danial jumpa transformers pujaan hatinya tu. Lepas tu kami terus je ke tempat baju kanak kanak kat Jusco tu. Pilih pilih testing testing dah. Beli sikit je pun sebab si anak dara tu la nak baju Monster high. Yang si adik dan si abang dapat la baju batman dengan seluar pendek dan seluar panjang. Seperti biasa si kecik tu tak sah kalau tak pau ibu dia mainan. Nak sampai dua pulak tu. Time nak bayar tengok bil cam nak pengsan la jugak. Nasib la ayah bagi duit belanja. Yang selebihnya tu ibu top up la sikit ye.

Lepas dah habis shopping kami makan dulu sebab budak budak ni belum breakfast pun lagi. Biasa la budak budak. Mesti nak makan kat luar. Lepas dapat apa yang berkenan baru la perut terasa lapar kot. Pukul 1.30 petang kami dah gerak balik. Midvalley dah semakin ramai kunjungan. Kereta pun dah berlegar legar mencari parking. Makin lama dok kat situ makin berserabut kepala otak. Dah la tiket parking tinggal kat dalam kete. Lupa nak ambik. Jadi keje pulak kena pi ambik tiket parking dulu dalam kete pastu patah balik bayar parking dan balik rumah.

Hasil rembatan semalam kakak dapat baju monster high yang di idamkan tu. Yang si abang dapat 1 seluar treakshurt batman, 2 tshirt batman dan 2 seluar panjang banyak poket. Memang dia suka seluar banyak poket ni. Jenuh cari tak ada. Semalam dah jumpa beli 2 sekali walaupun harga sehelai seratus lebih. Pejam mata je la.  Yang si adik pulak dapat 1 seluar pendek superman, 1seluar pendek ben10, 2 helai tshirt batman dan 3 mainan transformers.

Part yang paling best "terima kasih ibu sebab belikan kami baju seluar dan menan. Terima kasih jugak sebab belanja makan."

Note :
Entri tak bergambar sebab semalam tetiba je rasa cam tak de mood nak ambik gambar. Sori lah ye.

Roadtax kete punya cerita

Last week baru sedar yang roadtax kete akan due pada 5.6.2014 ni. Selalunya tiap tiap tahun memang ready je time nak renew roadtax. Bulan 4 dah cek berapa kena bayar untuk renew roadtax dan insurans. Cam ne pulak tahun ni boleh lupa. Banyak sangat urusan kut. Tu pun nasib baik la ingat last week. Kalau next week baru teringat kan ke naya. Ada sorang member tu roadtaxnya expired dah 6 bulan baru sedar. Owh my english.

Nasib la senang je nak renew roadtax dengan insurans ni. Tak payah nak queue kat JPJ bagai. Saya cuma call je bank tempat saya buat loan kete tu. Inform diaorang yang saya nak renew roadtax dan insurans kete dan lepas tu bayar online ke akaun diaorang. Hari ni call esoknya dah dapat roadtax tu. Senang kan.

Semalam dah tampal roadtax yang baru tu. Sekali tengok plastik yang untuk tampal roadtax tu terbalik. Yang atas turun ke bawah. Yang bawah naik ke atas. Tapi nasib baik la saya tampal roadtax tu betul. Janji roadtax betul dah la kan. Yang plastik tu ignore je la. Plastik tu pun function nye supaya senang nak cabut roadtax je tahun depan. Supaya tak melekat kat cermin kete tu.

Pagi tadi baru perasan yang lampu kete tak off semalam. Maknanya semalaman la lampu tu terbukak. Sampai panas dah. Owh my english. Habis la bateri kete ku. Nasib kete boleh start.