Monday, May 5, 2014

Jika itu takdirnya

Semalam lepas balik dari kampung terus gerak ke klinik. En hubby kata mata dia dah tak nampak. Anak dok kat sebelah pun dia dah nampak blur blur je. Nasib la selamat sampai rumah.

Sampai kat klinik semalam dalam pukul 6.30 petang. Doktor ambik darah dan cek tengok tengok bacaan gula dalam darah sangat tinggi sampai mesin tu pun tak boleh baca. Doktor suggest supaya encik hubby pergi hospital selayang sebab kat klinik takde kemudahan nak masukkan air dan insulin bagai. Nak masukkan air pun kena ada limit jugak sebab en hubby ada masalah jantung. So doktor bagi refer letter untuk en hubby ke hospital.

Sampai kat hospital dalam pukul 8.00 malam. Nasib la puan bini boleh drive. Sampai kat emergency department tu kami terus ke kaunter saringan. Lepas tu en hubby terus di tolak ke wad observation. Doktor kata kandungan gula en hubby sangat tinggi. Masa kat kaunter saringan tu bacaan dalan 28.7. Patut la en hubby rasa kabur dan pening pening.

Kat wad tu en hubby kena masuk air dan insulin. Lepas tu baru bacaan turun sampai ke 22. Nasib tak kena masuk wad. Puan bini dah cuak takut kena drive tengah malam sorang sorang. Puan bini memang fobia keluar malam. Kalau nak tido kat hospitak gomen tu nak tido kat celah mana la kan. Kalau swasta tu boleh la bawak karpet toto bagai. Boleh la berkampung kat wad. Kalau hospital gomen tak de maknanya.

Pukul 1.30 pagi en hubby dah boleh discaj dengan bacaan 22. Pagi ni kena follow up pulak kat klinik kesihatan. Memang sah en hubby kena kencing manis dan kena ambik injection insulin tu. Lagi 2 minggu kena datang ke klinik kesihatan tu balik untuk follow up.

Apa yang puan bini rasa bila doktor kata en hubby kena kencing manis.

Puan bini rasa down sangat. Dalam hati kenapa la en hubby yang perlu kena semua ni. Kenapa Allah tak pilih orang lain sebagai ganti. Macam macam penyakit yang Allah bagi kat en hubby. Masalah jantung, hepatatis, tyroid dan gout. Ni tambah satu lagi penyakit pulak. Semuanya kronik.

Tak sanggup nak terima kenyatan. Tapi siapa kita untuk menolak qadak dan qadar yang telah ditetapkan. Mungkin Allah terlalu sayangkan kami dan Allah beri kami macam macam ujian. Allah beri kami kesenangan hidup tapi Allah ambik nikmat kesihatan en hubby. Lepas ni apa lagi yang Allah nak uji. Kami redho.

7 comments:

  1. Bersabar ye kak..Allah SWT uji kepada hamba yang disayangi. Ada hikmahnye.

    ReplyDelete
  2. sabar ya kak...percaturan Allah ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  3. bykkan bersabar ye..kdg2 ujian yg Allah berikan ada hikmah yg kita tak tahu..

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh dan keadaan terkawal ....kena jg mkn suami ye ... kena pantang mcm2 ni ....

    utk kes cam ni paling bagus utk kawal kadar insulin adalah vivix shaklee .... all in 1 semua penyakit inshaa Allah bertambah baik ...... nk tau lebih lanjut atau berminat boleh pm sy ..... kite cuba usaha pe yg ptt ....

    ReplyDelete
  5. dugaan dari Allah tanda Allah sayangkan kita.. redha & KA doakan yg terbaik yer !

    ReplyDelete
  6. tinggi sangat bacaan tu....kena byk control makan la lepas ni...moga anak n hubby tabah dalam hadapi dugaan seperti ini...

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar... tu semua yang Dia bagi Ibu Lala.. sesiapa pon tak boleh terlepas, antara cepat dengan lambat jer... Ujian semua tu dan ada hikmahnya... sebab tu perasaan memang bercelaru... teringat ayah saya masa kritikal kencing berdarah... dok di wad seminggu dengan tak tahu punca bagai... Banyak-banyak lah berserah kepada Allah swt sambil jangan give-up berusaha... dan usaha sungguh-sungguh keluar dari penyakit... Nak sembuh pon Dia jugak yang buat.. jadi tak mustahil kalau nak dijadikan sembuh... Harap diberi ketabahan dan keringanan menanggung semua... InsyaAllah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.