Wednesday, March 12, 2014

HIJAB BY ZALORA

Pemakaian hijab adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat di Malaysia. Ini adalah kerana negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum ini sangat dikenali kerana sifat toleransi yang cukup tinggi. Sudah berdekad lamanya kita semua hidup harmoni dalam suasana yang cukup aman di mana kita boleh mempraktikkan ajaran agama masing-masing tanpa halangan. Bagi wanita Muslim di Malaysia mereka semakin terbuka dalam berfesyen namun dalam masa yang sama masih terus memegang prinsip dalam mempraktikkan ajaran agama.

Pasaran hijab di Malaysia kelihatannya semakin rancak dan berkembang. Kemunculan hijabista yang peka akan trend fesyen terkini membuka lembaran baru buat pencinta fesyen yang lain. Fesyen hijab terkini semakin berkembang luas di negara ini dek kerana mendapat tempias pembabitan golongan selebriti yang memakai tudung seperti penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza dan Wardina Safiyyah. Mereka memainkan peranan yang cukup penting kerana apa sahaja gaya yang distailkan pastinya mendapat perhatian dalam kalangan peminat. Ini seterusnya menjadi ikutan buat mereka yang suka akan trend yang digayakan.

 Tudung dan shawl boleh dianggap sebagai head accessories yang cukup versatile. Mereka boleh dipadankan dengan apa sahaja pakaian seperti baju kurung moden, jubah, blouse Muslimah, baju kebaya dan women tops yang lain. Kini terdapat banyak koleksi hijab wanita online yang boleh didapati di internet. Website Malaysia online shopping kini semakin banyak di internet dan semuanya menawarkan hijab untuk wanita yang memakai hijab.

Apa yang lebih menarik ialah semua blogshops ini menempatkan jenama-jenama terkenal untuk anda pilih. Tawaran promosi yang diberikan juga adalah terdiri daripada harga yang cukup hebat dan berpatutan. Shopping online adalah lebih mudah dan menjimatkan masa serta wang.

Padankan hijab anda dengan pakaian yang sesuai untuk dapatkan penampilan yang lebih menonjol. Padanan yang tepat pastinya membuatkan anda kelihatan lebih anggun dan elegan. Gayakan juga clutch atau handbag wanita untuk penampilan yang lebih menarik. Dapatkan info koleksi hijab terkini di @ZaloraMY sekarang!

13 comments:

  1. wah...dapat advertisement Zalora....best kan Ibu Lala, dapat voucher leh shopping...tahniah...

    ReplyDelete
  2. Good luck! :-)
    Cantik dipandang mata wanita berhijab ni...

    ReplyDelete
  3. Semua cantik2 hijab yg dijual online nie

    ReplyDelete
  4. cantik2... walaupun pakai nyer simple je

    ReplyDelete
  5. cantik-cantik smeuanya ..model yang pakai tudung n baju tu pun nampak ayu sungguh..hehee

    ReplyDelete
  6. Alahai...bukan tudung aje, modelnya pun cantik...

    ReplyDelete
  7. Wah, dapat voucher dari Zalora juga ke ni? Syoknya... Saya pun dah biasa shopping di Zalora bukan setakat hijab aje abis semua pun kalau boleh nak rembat tapi kena tengok juga poket duit cukup ke tidak :)

    ReplyDelete
  8. semua cantik2, rezeki zalora yer

    ReplyDelete
  9. suka tgk org pakai hijab gini..tp diri sendiri xsuka nk pakai sbb muka bulat n lambat jer rasa nak melilitnya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.