Jom pakat pakat beri sumbagan untuk mangsa mangsa banjir. Mudah mudahan dapat ringankan sedikit beban mereka.
Ni je lah yang mampu saya beli tadi. Tak muat kete dah. Maklum lah kete kecik je. Dengan ada penumpang lagi kat seat belakang. Barang barang ni pun muat muat masuk bonet je.
Malam ni pulak aktiviti mengumpul pakaian pakaian yang masih boleh digunakan untuk mangsa mangsa banjir tu. Kesian mereka kan. Disaat kita kat sini makan sedap sedap, pakai cantik cantik, mereka pulak dalam kesusahan. Makan minum tak terurus. Kelaparan. Pakaian pulak sehelai sepinggang.
Psst :
Adik maybe operate buang tonsil hari Khamis atau Jumaat ni. Doakan Adik cepat sembuh ye kawan kawan. Tadi dah jumpa pakar ENT. Dia advise supaya buang tonsil tu. Doktor tu kata sekarang its common buang tonsil di kalangan budak budak. Daripada dia selalu demam yang kerap dan tinggi, better buang untuk kesihatan dan masa depan dia. Even kanak kanak yang berumo 3 tahun pun dah ada yang buang tonsil tu.
Nak tak nak ibu kena setuju dengan cadangan doctor, sedara mara dan kawan kawan. Prosedur untuk buang tonsil tu ambik masa dalam 20 minit saja. Menurut sumber patient akan diberi minum sejenis sirap yang akan membuatkan mereka tidur. Setelah tidur barulah operation akan dijalankan. Operation tu pun tak de lah belah sana belah sini. Just kat dalam mulut tu je lah. Lepas operation tu patient akan diberi makan aiskrim supaya cepat baik dan untuk mengelakkan pendarahan. Lepas tu kena makan makanan yang lembut lembut dan sejuk. Yang penting adik tak demam dah lepas tu. Insya Allah.
Insya Allah, sama-sama membantu setakat termampu...
ReplyDeleteAlhamdulillah... moga Tuhan balas budi baik akak... kat sini saya xtau kat mana tempat kumpul brg2 nk bg kt mgsa banjir... saya ada baju lama2 yg xpakai tp msh elok..
ReplyDeleteohya, psl adik tu, moga adik takkan demam lg dah lps ni...
ReplyDeleteTumpang tanya, macam mana barang-barang tu nak dihantar ke sana sis?
ReplyDeleteSemoga pembedahan adik berjalan lancer dan semoga adik cepat sembuh.
itu yg terbaekkk...mudah2an dipermudahkan segalanya...
ReplyDeletebaiknya akak.. moga murah rezeki akak sekeluarga..
ReplyDeleteAlhamdulillah...bagus ana..beri sumbangan pada yg memerlukan...semoga dimurahkan rezeki pada ana sekeluarga
ReplyDelete