Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni π
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
πΏπΈπΏ sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W πΏπΈπΏ
Sentiasa bersyukur seadanya kita..
ReplyDeleteSemuanya adalah aturan dr Allah.. :-)
Bersabar, bersyukur dan berdoa
ReplyDeleteinsyaallah allah beri, dia tahu apa yg terbaik utk kita
salam jumaat cik ana
Alhamdulillah~ syukur apa yg ada.
ReplyDeletebagus tazkirah ni. Selalu kita tak perasan, duit bukan satu2 nya rezeki. Kesihatan pon rezeki. Kebahagiaan hidup pon rezeki. Kalau bnyk duit tapi hidup x tenteram pon buat. Tq for sharing.
ReplyDeletealhamdulillah rezeki dari Allah sentiasa ada. Dapat berselawat :-)
ReplyDeleteRezeki ada di mana2 yang penting usaha...... :D
ReplyDeletepernah baca.. hurm... setuju sgt2... jadi kita haruslah sentiasa bersyukur...alhamdulillah...!
ReplyDeletealhamdulillah....syukur apa yang ada...
ReplyDelete