Selamat bercuti sekolah. Korang plan nak bawa anak anak pi mana cuti sekolah ni. Saya tak pi mana pun. Bulan Januari hari tu kan dah pi Legoland. Time cuti sekolah memang tak mau pi mana mana sebab sesak. Dah la sesak sana sini, harga barang serba serbi mahal. Lagipun cuti kan seminggu je. Bior je anak anak berehat kat rumah. Cuti bulan 5 esok baru nak cuti dan balik kampung. Ada sepupu kawin kat kampung. Mungkin nak ambik cuti 2 atau 3 hari kut. Lepak lepak kat kampung. Seronok time kenduri ni kan sebab leh jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Yang paling happynya anak anak la. ibarat terlepas kandang gitu.
Happy holiday semua. Walau kemana pun korang pegi, drive safely yea. Jangan lupa baca doa naik kenderaan dan doa elak musibah tau.
kak zu cadang nak bwk anak2 jalan jalan tapi belum tau lagi kemana..mungkin dekat dekat jer kot..
ReplyDeletesalam, kami tak pi mana.. hujung bulan, pas tu che abang pun tak dak cuti. Kampung pun baru je balik, kampung mak sendiri kt belakang umah je ki ki
ReplyDeletebetul tu...bile time cuti sekolah memang barang akan jadi mahal...sebab tu klu time cuti sekolah PC tak suke jalan2...ni pun amik cuti sebab birthday Aliya tapi plan nak spend banyak mase kat rumah jer...kebetulan cuti time cuti sekolah pulak...:)
ReplyDeletekat sini lagi seminggu cuti sekolah.. tapi awal2 dah bawa anak2 pergi jalan... kalau tunggu school holiday, malas nak bersesak dgn orang ramai :)
ReplyDeletebila time cuti sekolah ,mak abah budak2 keruk kepala.. pening dengan karenah anak-anak...
ReplyDelete