Saturday, March 30, 2013

5th hot air ballon festival di putrajaya

Kalau sape nak pegi esok ada lagi. Kat presint 2 putrajaya di monument alaf baru.
















Nasib baik sempat tengok belon panas ni. Masa sampai tadi belon ni tak pasang pun lagi sebab ujan. Pukul 5 lebih jugak la diaorang ni baru start. Tu pun orang dah ramai. Nasib baik sempat menyelit.

Tak pasal pasal Danial jadi perhatian hari tu sebab ada uncle mat salleh ni suruh Danial pegang tali belon yang ada bendera Malaysia dengan Australia tu. Dia suruh Danial pegang kuat kuat. Tak sempat nak ambik gambar sebab uncle tu bizi dok lari lari sana sini. Tapi sempat gak dia ambik gambar Danial tengah pegang tali tu. Sume orang di bagi tahu yang Danial pegang tali tu. Glamer anak saya sekejap ari tu.

Friday, March 29, 2013

Lunch hari ni

Beef noodle soup plus youghurt mix fruit.
Date berdua je sebab yang lain  bercuti.


Irma dah bersalin

Teruja tengok irma hasmie dapat baby. Erm rindu bau baby.


Sumber gambar : FB

Tarikh : 29 March 2013
Masa : 8.51 pagi
Baby : Boy
Berat : 3.93 kg

Tahniah untuk Irma Hasmie dan suami.

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.


Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :


1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.


Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.


1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.
Copy dari sini : http://mama3heroo.blogspot.com/2013/03/doa-doa-untuk-memusnahkan-sel-sel-kanser.html

GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI



Klik banner untuk join
Tarikh tutup 3 April 2013

Hadiahnya



5th Anniversary Mini GA



Klik banner untuk join
Tarikh tutup 31 Mac 2013

Hadiah yang bakal dimenangi :

Tempat pertama : Cardigan labuh + Sehelai Tudung 
Tempat kedua : Sehelai tudung + Kerongsang
Tempat ketiga : Inner neck + Kerongsang


3 pemenang saguhati
Kerongsang x 3 orang pemenang

1ST GIVE AWAY LOVE LIMITED EDITION BY CCI

Klik banner untuk join
 
Tarikh tutup 29 Mac 2013 jam 11 malam

Hadiah-Hadiah:-

1x Note Pad Book
2x Set Button Badges
10x Bookmark
5x Greeting Card
2x Watermark
2x Header

Kegemaran anak anak

Anak anak saya suka la sangat dengan teh bunga ni. Selalu dok kirim suh beli kalau saya balik keje. Selalu beli yang dalam kotak aje. Tapi baru baru ni saya beli yang oringinal. Beli bunga kekwa ni pastu balik rumah rebus je. Tapis dan campo dengan sedikit gula. Ermm sedap. Teh bunga ni boleh menyejukkan badan tau.


Sumber gambar : Google

Serunding ni pun anak anak saya suka jugak. Diaorang suka makan dengan pulut. Opah diaorang pandai la buat serunding ni. Selalu buat time nak raya pose je. Saya lah yang selalu jadi tukang kacau serunding ni. Setengah hari jugak la nak mengacaunye. Jenuh woo. Patut la orang jual mahal kan. Kat sini kat mana ada orang jual serunding ni ek. Nak beli nak buat stok untuk anak anak. Setahu saya kalau kat Kelantan dengan Terengganu tu banyak lah jual. Tapi nak kirim kat sape lah pulak kan.






Wednesday, March 27, 2013

Coming soon projek

Dah framekan tinggal nak gantung je lagi. Tengah pikir cara susunan dan tempat yang sesuai untuk digantung. Rasan cam nak susun kat tepi tangga je. Sesuai ke ek??


Tuesday, March 26, 2013

My Gym Fitness Centre

Sekarang ni encik hubby tengah sibuk menguruskan My Gym yang akan dibuka tak lama lagi. Kepada sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan, jom la singgah ke My Gym nanti. Lokasinya terletak di Taman Setia Rawang berdepan dengan KFC.



















Monday, March 25, 2013

Ibu kena tinggal

Semalam budak 2 orang ni tido kat umah opah. Sampai hati tinggalkan ibu. Rela dalam terpaksa ibu benarkan si kecik ni tido kat rumah opah. Bukan sebab apa tak bagi dia tido kat sana. Kat sana tak de orang monitor diaorang main kat mana, diaorang main apa. Takut pulak budak2 ni main kat luar merayap ke mana mana. Nak nak pulak banyak kes sekarang ni kan. Opah pulak bukan lah peduli sangat. Dia sibuk buat keje dia je. Masak la bagai. Mana dia kisah budak budak ni nak main apa and kat mana. Lain dengan wan. Wan ni mak saya. Wan ni pantang budak budak ni diam je mula la dia mencari. Tengok depa wat apa sambil mulut tu pot pet pot pet. Nak kluar rumah jangan harap la. Saya lebih rasa selamat kalau anak anak saya di bawah jagaan mak saya dari orang lain.


Baru tido sehari semalam je balik tadi tengok tapak kaki danial dah terbelah.
Tak pasti la kena apa. Lepas ni jangan harap nak lepaskan dia ke sana lagi kalau ibu tak pegi.


Gambar 1: danish penat sangat lah tu. dia ni memang jenis tido awal. Buka je ipad mata pun leboh la.


Gambar 2: si kenit tu kalau malam malam mula la layan otomen sebelum nak tido. Kadang tu pukul 3 pagi baru dia tido layan otomen.





Happy 29th birthday julia



Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Julia Johari
Allah selamatkan kamu...


Selamat hari lahir julia
Moga panjang umo dan murah rezeki
Berkekalan jodoh serta bahagia selalu


Amin amin ya rabbal a'lamin..


Note : kawan kawan, jom terjah www.heartstoryteller.blogspot.com
ataupun kat sini and wish happy buffday kat beliau.

Gomen ke swasta

Tu lah dia kan kalau keje swasta ni. Kalau tak puas hati mula la nak cari keje lain. Kalau dapat keje gomen, seronok ke tak seronok keje kena harungi jugak. Pahit manis kena telan.

Korang pulak suka keje swasta ke gomen. Saya dah banyak kali cuba apply keje gomen ni. Tapi tak pernahnya dapat. Akhirnya pasrah dengan ketentuan ilahi. Mungkin dah jodoh saya untuk keje swasta. Niat nak keje gomen terkubur sudah. Tambahan umo sekarang pun dah nak masuk 40's. kalau masuk gomen pun tak dapat benefit macam keje dari zaman zaman muda. Terus je lah keje ngan swasta ni. Moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Isnin yang huru hara

Nasib badan ler pepagi dah huru hara. Nak compile paper untuk meeting esok la, nak compile paper untuk meeting lusa la, nak buat surat tu, nak buat surat ni. Macam macam nak kena buat. Huru hara dibuatnya. Tu la dia. Bila start je keje, mula la nak start angin satu badan.

Sunday, March 24, 2013

Tak perlu kata apa apa

Malasnya nak mengadap hari isnin kan.
Korang macam tu jugak tak??

Saturday, March 23, 2013

Pengumuman...Mini G/A




Straight to the point.
Mummy nak buat mini G/A
Hadiah seperti di atas.

Toto beropol
berharga RM40 sekali pos
100% cotton


KLIK LINK BAWAH NIE untuk JOIN
http://mummyrinazone.blogspot.com/2013/03/pengumumanmini-ga.html

Friday, March 22, 2013

Selamat cuti sekolah

 
Selamat bercuti sekolah. Korang plan nak bawa anak anak pi mana cuti sekolah ni. Saya tak pi mana pun. Bulan Januari hari tu kan dah pi Legoland. Time cuti sekolah memang tak mau pi mana mana sebab sesak. Dah la sesak sana sini, harga barang serba serbi mahal. Lagipun cuti kan seminggu je. Bior je anak anak berehat kat rumah. Cuti bulan 5 esok baru nak cuti dan balik kampung. Ada sepupu kawin kat kampung. Mungkin nak ambik cuti 2 atau 3 hari kut. Lepak lepak kat kampung. Seronok time kenduri ni kan sebab leh jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Yang paling happynya anak anak la. ibarat terlepas kandang gitu.

Happy holiday semua. Walau kemana pun korang pegi, drive safely yea. Jangan lupa baca doa naik kenderaan dan doa elak musibah tau.

 

Thursday, March 21, 2013

Kemenangan ke 3 ~ mini GA Yana

Alhamdulillah menang lagi kali ni. Terima kasih untuk Yana yang sudi buat GA ni.
Suke suke suke. Tq jugak kepada Syeera yang sudi jadi sponsor hadiah untuk GA ni.





Wednesday, March 20, 2013

Nek komuter ke nek kete

Nak balik dengan apa ye hujan hujan gini. Dah petang petang baru la nak ujan. Kalau balik nek kete harus lah jalan jem. Kalau balik nek tren takut sangkut la pulak kan cam hari tu.

Balik dengan apa pun sume ada risikonye kan. Jom la packing packing barang siap siap nak balik.

Semput

Saya sedang berusaha sedaya upaya nak datang ke rumah kengkawan. Tapi ada blog yang tak boleh dibuka la. guna pc tak boleh, guna tab pun tak boleh jugak. Entah apa lah problemnya tu.

Sekarang ni saya sedang berehat di surau dan sedang berjalan jalan ke rumah kengkawan. Perjalanan agak slow la dengan samsung tab ni. Memang macam tu ke kalau guna samsung tab. Owh tak menariknya....