Wednesday, July 11, 2012

Bila Zafran merajuk ibu pulak yang tak keruan

Tak keruan jadinya
bila Zafran tak nak balik rumah
ingat Zafran tak faham bila ibu marah
rupanya Zafran sampai merajuk
dan tak nak balik rumah
biasanya Zafran memang tak akan tido di rumah opah
kalau ibu tak ada
tapi semalam Zafran betul betul merajuk
sedih hati ibu
bila Zafran kata Zafran nak tido sana

Mula mula ibu ingat Zafran main main
bila tengah malam nanti mesti Zafran merengek nak balik
rupanya impian ibu tak jadi kenyataan
ibu yang hampa

Hari ni lepas balik keje
ibu nak pegi ambik Zafran kat rumah opah
no matter Zafran nak balik atau tidak
jauh disudut hati ibu
mengharapkan Zafran akan pulang
meriuhkan rumah seperti sediakala
menatap Ipad sampai terlena

Ibu marah Zafran
sebab Zafran menangis tak ingat
menjerit jerit macam orang kena sampuk
penat ibu tengok Zafran menangis
tapi bila ibu pujuk
Zafran tak nak malah Zafran marah ibu pulak
macam macam perkataan yang tak baik keluar dari mulut Zafran
yang tak tahu Zafran belajar dari mana
tu yang ibu naik angin

Zafran
Ibu bukan marah Zafran
tapi ibu tak suka perangai Zafran yang suka menangis tu
mengeluarkan perkataan yang  bukan bukan bila mengamuk
berubah la wahai Zafran
Ibu sayang semua anak anak ibu

Lepas ni Zafran jangan mengamuk lagi ye

8 comments:

  1. InsyaAllah, Zafran akan mengerti juga nanti. Cuma ibulah yang kena bersabar. :)

    ReplyDelete
  2. alahai kenapa sampai begitu. Mudahan zarfan tak merajuk lgi..
    Susah hati ibu kalau ank2 buat perangaikn?

    ReplyDelete
  3. Masih belum mengerti. Kita kena beralah dan beri penerangan. Kadang sehari-dua terangkan pun tak jalan sebab dia masih belum boleh berfikir panjang. Kalu tak sendiri tanggung rinduuu aduh mana boleh tahan kan..

    Dgn opah lagi memang manja habislah...

    ReplyDelete
  4. sehari tak tengok muka anak kita tak keruan kan.. moga2 zafran dah tak merajuk ngan ibu... ada sebab ibu marah .. ibu syg zafran

    ReplyDelete
  5. alahaiii zafran... jgnlah merajuk lagi.. sian dkt ibu zafran ni..

    ReplyDelete
  6. alahai zafran.. merajuk dengan ibu.. pasti hati ibu tak keruan.. ibu marah sbb biar zafran jadi baik..

    ReplyDelete
  7. Takpe lah..semoga Zafran tahu..ibu marah bersebab..Bukan ibu tak sayang..ibu nak Zafran jadi anak yang baik..Insyaallah..amin..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.