Tuesday, July 31, 2012

Pemenang Segmen "JOM TAMBAH GENG BLOG"

Betul ke ai menang ni??
Cam tak caya je.
Apa apa pun terima kasih kepada
isteri En. Zaharin yang sudi
memilih saya sebagai pemenangnya.
Nanti saya emailkan my information ye.


Sila klik sini kalau nak tahu
Tak dapat hadiah dari Nuffnag pun tak pelah
dapat jugak hadiah dari Encik yang baik hati ni.

Sunday, July 29, 2012

Balik balik tido, balik balik tido

Hari ni tak tau nak buat apa
Balik balik tido
Balik balik tido
So tengah hari tadi
Tiba tiba datang mood nak pegi mydin
Bersiap yang tak sampai setengah jam
Terus gerak ke mydin selayang
Sampai kat sana masya Allah
Jem tak ingat
Maklum la sume orang nak shopping raya
Sampai pusing 3 kali pun tak dapat parking
Round yang keempat baru dapat
Tu pun terhegeh hegeh kete tu nak keluar dari
Tempat parking dia
Fuh..sakit kepala
Kat mydin takde la shopping apa sangat
Sekadar beli lampu raya dan sedikat
Barang barang yang lain
Shoppin tak sampai pun satu jam
Tapi nak cari parking berjam jam

Menu hari ni : Ayam dan daging masak merah, ketam goreng, spageti, putu bambu dan air tembikai.

Keje separuh hari

Ai half day hari ni
Nak celebrate burthday hubby
Hubby ajak buka puasa di rumah mak dia
Sebenarnya jarak rumah mak dia
Dengan rumah kami ni
Tak la jauh sangat
Kalau hari biasa dalam 10 minit ja
Tapi kalau bulan pose ni
Mak aiii
10 minit pun boleh jadi berjam jam
Konon konon nak elak jem la ni
Sebab tu la ai ambik cuti

Thursday, July 26, 2012

Untung ke tak untung

Orang lain sibuk balik rumah masak  bulan pose nih
ai tak masak pun
sebab encik hubby selalu beli makanan
kalau masak pun sampai buang buang
tak habis
sayang dan membazirkan
kalau cuti hari sabtu dan ahad  baru la masak
tu pun masak apa yang en hubby suka je
kalau masak makanan yang dia tak suka
pandang pun dia tak sudi
makanya dia akan beli makanan yang dia suka
kalau nak harap budak budak tu nak  makan
banyak mana la sangat kan
kalau beli nasi tomato tu
satu bungkus boleh kongsi dua orang

seronok tengok orang balik rumah masak
sebab masak sendiri lebih sedap dari yang dibeli
tapi apa nak buat
terimalah seadanya
senang keje ai
balik rumah hidang je

untungla kalau dapat suami yang makan tak memilih
ai pun untung jugak
untung sebab balik keje tak payah
tungging langgang kat dapur

Tuesday, July 24, 2012

Tercapai hajat sudah

Dah lama ai teringin nak beli benda ni
hari Sabtu lepas
dengan murah hatinya en suami
ajak ke Sogo
katanya nak belikan bende alah ni
mana taknye kan
dah isterinye hari hari
menyanyi lagu Corning Ware Corning Ware
mule mule nak beli melalui katalog je
tapi mahal le jugak
kalau beli kat Sogo lagi murah
kan ke Sogo tengah ada sale sekarang ni
lagi pun dapat jugak kumpul point
terima kasih daun keladi ye encik hubby


Ni gambar dari sumber google.
gambo sebenar tak snap pun lagi
sebab masih di dalam kotak
tunggu ada makan makan nanti baru nak rasmi

at the same time
ai berminat jugak nak beli yang ni
kawan ai kata
benda ni ada jual kat Chow Kit
alahai...
masalah betul kalau nak ke Chow Kit ni
tak familiar la tempat tu
kalau dah ada benda ni
senang la nak bakar bakar
dan senang jugak nak menyimpan

Haru fizikal dan mental dibuatnya

Dah lama tak meronda ronda
ke rumah kengkawan
bizi la lately ni
hari ni pun ai bertiga je kat opis ni
yang lain ada yang bercuti
menjaga anak yang tak sihat
ada jugak yang mengerjakan umrah
ada jugak yang cuti cuti makan angin
waduh waduh
haru biru 
fizikal dan mental dibuatnya
 bila sensorang macam ni
meh la temankan ai kat sini

Thursday, July 19, 2012

Kegunaan pokok pandan





Sumber : Google

1) Makanan.

a) Airperahan daunnya daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti
kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka
(bengkang,kata orang utara)
b) Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam
c) Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih,
sirap, berbagai jenis bubur


2) Pelbagai

a) Pewangi bedak sejuk
b) Pewangi asli bunga rampai
c) Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
d) Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.


3) Ubatan

a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan
hingga susut menjadi 2 gela ). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi
butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan
muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga
ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan
2/3 kali sehari.
c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis
dan minum 2/3 kali sehari.
d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia )
e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya
berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3
biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan
3/4 kali seminggu.
f) Kelemumur: ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan
air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan
air sekali lagi.

Sunday, July 15, 2012

Wang kertas baru Isnin ini



KUALA LUMPUR 12 Julai - Wang kertas siri baru akan berada dalam edaran mulai Isnin ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, wang kertas baru tersebut adalah sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama dengan wang kertas sedia ada.

"Wang kertas sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur dan orang ramai boleh mendapatkan wang kertas baru ini melalui urusniaga biasa mereka," katanya.

Bertemakan 'Keunikan Malaysia', ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.

Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Golongan kurang upaya penglihatan boleh menggunakan ciri khusus seperti pengenalpastian secara sentuhan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Wang kertas siri baru ini terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

BNM mengingatkan semua pihak berkaitan untuk mempercepat pengubahsuaian mesin mereka agar dapat menerima wangkertas siri baru itu untuk kemudahan orang ramai.

Friday, July 13, 2012

Giveaway: Kamek Maok Mac Items dari Mem Nono Lu

KLIK BANNER UTK JOIN

TAMAT: BELUM DITENTUKAN LAGI
JOM JOIN RERAMAI!

Vitamin untuk anak anak

Petang semalam lepas balik keje
singgah farmasi kejap
sebab nak beli fish oil
konon konon nak jaga tahap kolestrol
tiba tiba rasa cam nak beli vitamin untuk anak anak jugak
korang ada bagi vitamin tak untuk anak anak
brand ape??

Vitamin ni sedap.
sepeket RM2.50.
Balik rumah Danial sorang je makan.
Dia kata sedap sangat.
Perasa Oren gitu.


Benda ni la yang ai nak beli sebenarnya.
Dah lama habis.
Tapi malas betul nak beli yang baru.



Pilih punya pilih
last last ai pilih vitamin yang ini untuk anak anak
sedap
rasa strawberi
harap anak anak ai
suka la makan vitamin ni
tapi vitamin ni tak sesuai
untuk kanak kanak
dibawah umo 4 tahun

harga boleh tahan gak
sebelum ni ai bagi anak anak ai makan
vitamin jenama 4Life
yang chewable tu
regenye ratus ratus geng
nangis jugak la setiap kali nak beli


Thursday, July 12, 2012

Jom teka

Cer teka nasi yang kat
bawah ni nasi goreng apa
gersang je kan
tak de sayur sayuran pun
tapi regenye boleh tahan


Wednesday, July 11, 2012

Bila Zafran merajuk ibu pulak yang tak keruan

Tak keruan jadinya
bila Zafran tak nak balik rumah
ingat Zafran tak faham bila ibu marah
rupanya Zafran sampai merajuk
dan tak nak balik rumah
biasanya Zafran memang tak akan tido di rumah opah
kalau ibu tak ada
tapi semalam Zafran betul betul merajuk
sedih hati ibu
bila Zafran kata Zafran nak tido sana

Mula mula ibu ingat Zafran main main
bila tengah malam nanti mesti Zafran merengek nak balik
rupanya impian ibu tak jadi kenyataan
ibu yang hampa

Hari ni lepas balik keje
ibu nak pegi ambik Zafran kat rumah opah
no matter Zafran nak balik atau tidak
jauh disudut hati ibu
mengharapkan Zafran akan pulang
meriuhkan rumah seperti sediakala
menatap Ipad sampai terlena

Ibu marah Zafran
sebab Zafran menangis tak ingat
menjerit jerit macam orang kena sampuk
penat ibu tengok Zafran menangis
tapi bila ibu pujuk
Zafran tak nak malah Zafran marah ibu pulak
macam macam perkataan yang tak baik keluar dari mulut Zafran
yang tak tahu Zafran belajar dari mana
tu yang ibu naik angin

Zafran
Ibu bukan marah Zafran
tapi ibu tak suka perangai Zafran yang suka menangis tu
mengeluarkan perkataan yang  bukan bukan bila mengamuk
berubah la wahai Zafran
Ibu sayang semua anak anak ibu

Lepas ni Zafran jangan mengamuk lagi ye

Two days training

Rasa letih sangat
Padahal training dua hari ja
Makanan pun sedap sedap
Tapi maybe sebab
Turun naik tren
Nak elak jem punye pasal
Maklum la area Bukit Bintang
Pagi petang sure jem tak hengat
So kalau naik tren
Jimat masa
Boleh sampai rumah awal


Saturday, July 7, 2012

Tolong la ajar saya

Nak tanya pada yang pakar
Jadi tak CP yang ai buat ni
Pastu nak tanya jugak
Nape bila bakar tu CP naik cantik
Pastu turun jadi macam lempeng
Sedih tau
Dalam banyak banyak CP yang buat tu
Hanya separuh saja yang naik cantik



Wednesday, July 4, 2012

Stok raya tahun ni

Sape pernah guna yang ini
ok tak
kedap udara tak??
biskut lemau tak kalau letak lama lama
dalam balang ni
berkenan la pulak bila tengok kat katalog
tapi cam besar kan
sesuai ke untuk hidang kuih raya nanti?


Jom breakfast

Geram sangat
semalam teringin nak makan kuih ni
ada jual kat satu kedai tu
tapi regenya sebijik je RM1.20 tau
kuahnye ciput aje
nak tak nak beli la jugak
balik rumah semalam
mintak mak buatkan kuih ni
barang barang memang dah beli
buat dapat satu loyang
hah puas makan
Cer teka ni kuih apa??







Awesome Giveaway By Us

 
KLIK BANNER UTK JOIN

TARIKH TAMAT--AKAN DI BERITAHU KEMUDIAN

JOM TAMBAH GENG BLOG


KLIK BANNER UTK JOIN

TAG:

TAMAT: 25 JULAI 2012

GiveAway preloved items by Anis Athia



KLIK BANNER UTK JOIN

TAMAT: 12 JULY 2012 jam 11.00 malam

1st GiveAway Cik Balqis




Sila klik banner kalau nak join ye
 
Tarikh tutup 1 ogos 2012

Sukan Tahunan LCKI

Anak bujang ai ni sebenarnya
tak nak pegi acara sukan tahunan sekolahnya
bangun pagi pagi dah mengamuk
tak nak pegi
tapi ai pulak yang bersemangat
nak pegi
jenuh jugak la pujuk dia
dia still tak nak pegi jugak
ai bagi dia mandi
ai pakaikan dia baju
pastu ajak masuk kete
sib baik dia  ikut je
walaupun hati memberontak
mana taknya tak nak pegi
malam tu tido lambat
main punya pasal
bangun pagi bad mood la





raptai

siap selepang hijau lagi
sebab ada dua tadika yang involved
tadika yang satu lagi tu
pakai selepang merah










masuk acara lari atas tempurung
orang depan lari laju
tapi bila turn yang belakang
ada yang tak reti nak selit
jari kat tali tempurung tu
akhirnya kalah
patutnya teacher kena la ajar dulu
sebelum acara bermula

sume budak budak dapat hadiah ni