Wednesday, April 18, 2012

Zafran dan HMFD

Dah lama tak membebel kat sini
Kesian kat blog ni yang makin bersawang

Nak citer apa lagi kalau bukan kisah permata-permata hati

Baru baru ni danial dengan zafran demam lagi
ingat bila dah baik demam
ok la
Rupanya ada lagi kesinambungannya
Zafran kena penyakit kaki tangan dan mulut pulak
Baru perasan pagi semalam
Ada kudis kudis di bawah bibir dia
Terus bawak ke klinik berhampiran
Doktor kata penyakit ni boleh berjangkit
Risaunya hati ni

Dah alang alang hari ni aku mc
Aku bawak zafran jumpa pakar
Pakar kata penyakit ni tak merbahaya
Tapi kena banyak minum air
Lama lama nanti dia akan hilang sendiri
Sebab penyakit ni tak ada ubat
Syukur alhamdulillah

Hari ni si kakak pulak dah start demam
kakak ni kalau nak makan ubat punya la seksa 
Adik adik senang makan ubat
Bila bagi ubat nganga je mulut
Tapi kalau si kakak
Jenuh paksa

Mana taknya si kakak demam
Pagi pagi buta dah minum ais
Pagi tadi pukul 6 pagi dah nak teguk ais
Bila cakap bukannya dengar kata
Mana la tak selalu bergaduh dengan ibunya

Geram

1 comment:

  1. anak mayang penah kena gak ni .. sian dalam mulut penuh ulser nak makan + minum susu sungguh kesian ....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.