Thursday, June 27, 2019

CT Oyen pi school


Oyen pi school ambik abang balik sekolah

Setia



Setia betul anak mak sorang nih. Kalau mak buat keje, tercongok lah dia kat tepi meja mak nih. Kalau mak masuk bilik barulah dia masuk bilik. Ni dah berapa kali tukar posisi. Agaknya dalam hati bila la mak nak masuk bilik nih.

Gambar raya 2019 kami


Anak anak dan anak anak buah


Dengan ipar duai. Yang tengah pakai tudung hitam tu ialah MIL.


Ipar duai perempuan. Tak cukup sorang sebab tak balik kampung.


Cantik tak kaler tema kami. Anak dara merungut sebab susah nak cari baju katanya. Tu la, mak suruh beli kain dan tempah tak nak. Nak beli yang ready made jugak. Memang la payah nak carik. Tu la ragam anak anak zaman sekarang. Pening mak nak layan.

Seperti biasa setiap tahun kami beraya di Batu Caves sahaja. Lepas raya je balik rumah ketiduran kepenatan. No open open house sampai lah habis raya sebab tak minat nak mengadap jem sana sini. Masak dan makan di rumah lebih selesa.

Wednesday, June 26, 2019

Guard rumah kami


Kami ada 3 ekor guard. Sekor mak guard. Dua lagi pak guard. 
Best agaknya lepak kat situ.

Ceramah Ramadan








Alhamdulillah diberi rezeki untuk dengar ceramah sempena Nuzul Al-Quran dari Ustaz Mohamad Taha Hassan di Al-Baghdadi Taman Sri Gombak dan Surau di Keramat Hujung, Ampang

Kesukaan ku - Tupperware


Oder set ni sebab nak bagi jiran sebelah rumah. Masa raya hari tu macam macam dia bagi. Air tin sampai 1 katon. Biskut la, coklat la, kek la bagai. Kek tu siap bagi dalam bekas yang buat kek tu. Masih panas lagi fresh from oven. Takkan la aku nak pulangkan bekas kek kosong je. Malu la kan. So beli la tupperware ni sebab jiran aku ni peminat tupperware. Tapi malangnya tupperware yang aku oder ni dapat lambat. Bekas kek tu dia dah ambik dulu. So sekarang ni nak bagi ke tak tupperware ni kat dia??

Tuesday, June 25, 2019

Ciko dah hilang


Sedihnya mak. Budak yang belah kanan tu dah seminggu tak balik rumah. Ntah ke mana peginya. Hari hari mak sebut nama dia panggil balik. Tapi tak muncul jugak. 

Ciko, awak pergi mana. Awak merajuk dengan mak ke. Mak doakan awak selamat ye sayang walau di mana awak berada. Kalau dapat tuan baru, semoga tuan baru awak tu jaga awak dengan baik dan sayang awak sepenuh hati. Kalau rasa nak bali rumah mak, balik la bila bila masa pun sayang. Mak setiap hari tunggu awak.

Periuk warna warni


Korang suka tak periuk macam ni. Kalau saya dapat periuk macam ni buat hiasan aje la. Harga boleh tahan mahal. Tapi kalau dah beli untuk disimpan baik tak payah beli kan. Zaman sekarang ni periuk dah macam macam. Bukan baju je ada fesyen. Periuk pun ada fesyen.

Dah kenapa semenjak dua menjak ni gila periuk la pulak. Tapi bila masak kat rumah periuk cap buaya jugak yang diguna pakai. Saje je cuci cuci mata.

Thursday, June 13, 2019

Majlis Khatam Quran




Ntah kenapa saya tak boleh nak komen kat blog kawan kawan. Dah taip try publish banyak kali tapi tak appear jugak. Ada cara tak nak atasi masalah ni. Rindu nak komen kat blog korang semua.

Ni gambar hari Jumaat sebelum raya hari tu. Bersungguh sungguh  saya cari jubah dan tudung putih sebab selalunya ada jubah dan tudung hitam je. Nasib baik jumpa dan muat saiz.