Story Mory Cik Lala

Thursday, July 14, 2016

Jauhnya kami beraya



Dari kiri : Isteri abang ipar sulung, saya, mak mertua dan cucu, mak saya dan Isteri abang ipar yang no 2.

Raya ni kami beraya sampai KT. Saje tukar angin. Asik balik utara ja. Lagi pun tahun ni memang tak plan nak balik utara. 

Bertolak dari rumah pada hari raya kedua seawal jam 5.30 pagi. Takut jem kan. Alhamdulillah sampai sana jam 11 pagi. 

Balik KL pulak hari sabtu jam 8.30 pagi dah bertolak. Sampai rumah jam 1.30 petang. Lega sangat sangat sebab tak mengadap jem yang panjang. Jem waktu  balik pun sebab ada roadblock je.


Suka la anak anak dapat berendam dan main air. Lagipun tujuan ke sana sebab nak jumpa anak buah yang dah lama tak jumpa. Anak anak la dok sebuk ajak nak jumpa Adam dengan Iman. Rakan sepermainan lah katakan.

Tuesday, July 12, 2016

Longgar



Eksaited kemain nak pakai time raya. Sekali pakai longgar la pulak. Mana nak cari kasut saiz 7.5. Kalau beli saiz 7 ketat. Beli saiz 8 gini la jadinya. Ada idea tak macam mana nak ketatkan kasut yang longgar ni. Dah letak pelapik kat belakang tu pun longgar lagi.