Tuesday, June 21, 2016

Iftar 15 Ramadhan





Semalam saya sekeluarga berbuka puasa di Restoran Tuuu Dia Pak Tam. Memang tuuu dia makanan dia. Lauk pauk, air minuman dan kuih muih pelbagai jenis dok ada. Siap boleh tapau lagi. Memang berbaloi sangat makan kat sini. Bayaran hanya RM26.40 untuk dewasa dan kanak kanak RM15.80 sahaja. 

Tuuu Dia Pak Tam ni terletak di Bandar Baru Selayang. Kawan kawan boleh layari fb Tuuu Dia Pak Tam untuk mengetahui maklumat lanjut.

Fb : https://m.facebook.com/Tuuu-Dia-Pak-Tam-129600520429986/

BERWASPADA DENGAN PENGAKUAN "AKU"


Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..

Hari ini, ramai orang bersolat di Masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan Solat Sunat, menuntut ilmu..tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..

Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.. Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU ("aku" lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan Iblis Laknatullah daripada seorang Hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada Makhluk yang paling HINA sehinggalah ke Hari Kiamat..

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para Malalaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun Ilmu dan Amalan kita lebih banyak daripada mereka..

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat merasakan diri nya lebih bagus dari org lain ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya.. dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..

Peringatan buat diri ini dan ahli-ahli Keluarga serta sahabat yg dikasihi sekalian.😘

Monday, June 20, 2016

Anak dara sekarang




Anak anak dara sekarang. Nak yang vouge vouge je. Baju kurung biasa tak nak. Anak dara saya ni, kalau baju kurung raya tu pakai sekali dua je setahun. Lepas tu tak nak pakai dah. Berseluar dengan blaus je manjang. Geram betul.

Masa kita beli kain, excited la kita ni beli untuk dia jugak kan. Dah kata nak sedondon satu keluarga. Tapi dia pi cari ikut taste dia jugak. Sudahnya baju yang kita tempah tu dia pakai di pagi raya je. Lepas tu simpan buat pekasam. Bukan boleh pakai lama pun. Buat tahun ni tahun depan tak muat dah.

Kasut raya pun camtu. Tak main la ala kasut budak budak. Citarasa dewasa sangat. Mak dia ni pun tak macam tu tau. Pakai asal boleh je. Maklum la. Maknya tak up to date sangat.

Semalam pi jalan TAR nak cari baju cam yang kat atas tu. Tapi nan hado. Nak beli online pun dah habis stok. Tu la. Sape suruh lambat. Sudahnya maknya yang terbeli tudung fabulous colour. Alah yang pakai sarung aje tu. Nak pakai yang lilit lilit tu tak kose. Kang ada pulak yang terbelit. 











Friday, June 17, 2016

Salam 12 Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Jumaat     
12 Ramadhan 1437H
17 June 2016.                                     
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
            
Beberapa minit lagi kita akan masuk ke fasa kedua bulan ramadhan iaitu مغفرة maghfirah....

 Ya Allah begitu cepatnya bulan Ramadhan ini berlalu  tetapi ibadah yang kami dilakukan sepanjang fasa pertama ini masih ditahap yang minima dan sekarang dah  masuk pula fasa yang kedua.

Ya Allah bantulah hambaMu ini yang banyak dosa lagi lalai serta leka untuk memperbanyakkan doa dan munajat, diringankan lidah agar suka beristighfar dan bertaubat. 
                 
Ya Allah terimalah usaha kami dan amalan  kebaikan kami dan jadilah kami  ikhlas tanpa ada  perasaan bermegah. 

Ya Rabb kami memohon ampun dan perlindungan Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar  bahawa tiada sesuatu yang akan menjadi milik kami melainkan apa yang telah Engkau tetapkan.      
    
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu yang berguna agar dapat kami membaiki diri serta memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat setempat.

Ya Allah Ya Tuhan kami, lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, tenteramkanlah hati kami agar kami sentiasa khusyu' beribadat kepadaMu, dengan lidah yang tidak kering selalu menyebut namaMu. 

Ya Allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal serta sifat pemurah agar kami terdorong untuk berbakti kepada sesiapa yang memerlukannya.

Ya Allah lindungilah kami daripada segala bencana, mala petaka, fitnah , khianat serta inaya daripada sumber yang nyata atau tersembunyi.

Ya Allah kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan nafsu yang menyuruh pada keburukan.

Ya Allah kami berlindung kepada Allah dari kejahatan syaitan yang sentiasa menjurus kepada kejahatan.

Ya Allah baikkan agama kami, karena itulah sandaran urusan kami.

Ya Allah sampaikan shalawat dan salam kami kepada Nabi Muhammad SAW , kepada keluarganya dan  kepada para sahabatnya.

Ya Allah janganlah biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau maafkan. 

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan.

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami bermusuh kecuali Engkau damaikan.

Akhirilah hidup kami dengan keampunan.

Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidu kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                      
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
 
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Monday, June 13, 2016

Kecewa



Memang kecewa sangat dengan apa yang berlaku. Bermula dengan perkara kecil tapi bila ada yang tokok tambah besar pula jadinya.

Tak pe la. Saya redho dengan apa yang berlaku. Anggap saja ini ujian. Allah nak uji tahap kesabaran hambanya. Berdiam itu lebih baik dan diam itu tak beerti kalah. Mudah mudahan Allah ganti dengan yang lebih baik.




Cuti Sekolah



Seronok giler budak budak ni dapat berendam dalam pool. Siang malam pagi petang asik berendam je. Maknya pulak mula la jadi tarzan jadian dek anak anak tak dengar kata.

Puas jugak la bermalam kat sini selama 3 hari 2 malam. Nasib booking awal. Tu pun dah banyak bilik yang sold out.

Undang undang sekarang



Wanita di Malaysia dalam bahaya kalau macam ni la undang undang di Malaysia. Semoga Allah melindungi kita kita semua dari bahaya.




Entri caca merba

Dah lama tak update blog ni. Mood ke laut sungguh plus takde idea nak story mory kat sini.


Semalam dah dapat biskut raya. Lebih kepada untuk anak anak makan sebenarnya. Dah tinggal separuh pun biskutnya. Saje isi dalam bekas comel ni sebab biskut rainbow ni cepat lemau kalau tak di alihkan ke dalam bekas kedap udara. Suka sangat dengan bekas kedap udara yang comel ni. Tahun lepas dah beli 6 dengan harga RM3.50 satu. Tahun ni beli lagi 6 tapi dengan harga RM4.10. Rugi pulak tak beli banyak sekali gus tahun lepas kan.


Ni pulak gambar dengan kawan kawan opis lama masa keje kat Shah Alam tahun 2002 hingga 2005. Lepas tukar keje kat KL ni memang tak jumpa dah depe depe ni sume. Ni la kawan kawan masa susah dan senang sepanjang keje kat satu company dulu. Insya Allah lepas ni kita jumpa lagi. Jauh di mata je tapi di hati sentiasa ingat.

Psst: Dah 7 hari Danial puasa penuh. Semalam je bocor satu. Hari ni tak tau la cam mana kan sebab first day sekolah di bulan puasa. Harap Danial boleh bertahan sampai waktu berbuka. Sahur pagi tadi pun dia hanya makan oat dan nestum sahaja.