Story Mory Cik Lala

Monday, December 14, 2015

Selamat bertunang sepupuku




Tengok la hantaran pertunangan depa. Punya la banyak. Kebanyakannya kuih muih dan manisan. Barang hantaran ada berapa ja. Semuanya ada 19 bekas hantaran. Jenuh nak angkut bawak balik.



Berkat Gaji



Forum zakat hari ni bersama Imam Muda Ashraf dan Dr Izhar. Kelakar jugak IM Ashraf dan Dr Izhar ni. Tak kering gusi dibuatnya.

Main khemah



Hai la anak. Tak dapat main khemah kat luar kat dalam rumah pun jadi ye. Ini la yang berlaku bila tinggal kat kolumpo ni. Bila rumah tak de kawasan nak main khemah khemah. Akhirnya berkhemah la dalam rumah.

Korang dah bayar zakat


Korang dah bayar zakat? Bayar sendiri ke atau melalui potongan gaji?

Saturday, December 12, 2015

Pedang star wars punya pasal

Si kecik ni request nak pedang star wars. Tengah hari tadi bermula lah misi mencari pedang star wars. Tapi bila dah sampai Toy r us tengok harga pedang star wars tu RM600. Fuh kus semangat ibu dia. Sebagai gantinya dapat la hot wheel. Kalau balik tangan kosong mesti ada yang berair mata dalam diam nanti.


Yang si ibu pulak dah alang alang sampai ke Mid Valley tu pi la redeem baucer aeon. Dapat RM100. Tapi dah habis pun shopping tadi. Beli perfume kereta la. Pelekat label la. Lagipun Tak suka nak simpan baucer aeon tu sebab besar. Penuh purse.


Asal nawaitu nak cari pedang je untuk si anak. Tak pasal pasal pulak mak yang shopping. Mug ni muat 500 liter. Nak bawak pi opis. Senang nak isi barli lemon. Cantik tak  corak harimau tu.

Friday, December 4, 2015

Herbal footpatch



Rasa sedap kaki bila tampal dengan benda ni. Hari tu dah tampal sekali. Tapi terbalik. Jadinya tak de hasil la. Tak de la keluar toksin toksin dalam badan ni.

Tapak kaki saya ni sakit sangat especially kalau banyak berjalan. Sebab tu la try pakai benda ni. Mana la tau kot kot mujarab. Harga foot patch ni rm3.50 sepasang. Kat caring sekarang ada promosi. Beli 3 peket dengan harga rm8.90 je.

Korang pernah pakai jugak ke?