Story Mory Cik Lala

Tuesday, November 24, 2015

Kegemaran saya dan anak anak




Coklat ni memang sedap. Kegemaran saya dan anak anak. Nak nak yang white coklat tu. 

Biasanya kalau harga coklat ni murah memang la akan borong dalam 20 peket atau pun sekotak terus. Tapi balik rumah kena sorok. Kena keluarkan sedikit demi sedikit dan berselang hari. Kalau tak memang cepat je licin especially anak dara saya yang sulung tu. coklat ni dengan kit kat green tea tu memang kegemaran dia.

Buat hal lagi



Dia buat hal lagi. Dari awal tahun sampai la hujung tahun. Weekend lepas tukar cooler koil. Melayang RM1670 tau. Lepas ni jangan buat hal lagi tau. Sayang kamu.

Thursday, November 19, 2015

Boleh share tak



Boleh tak share hotel apa yang best kat Langkawi. Kawan saya kata hotel HIG ni okey sebab terletak di tengah bandar. Senang nak shopping dan jalan jalan.

Ada hotel lain lagi tak yang best. Dah lama tak pegi Langkawi ni. Anak anak yang beriya iya nak pegi sana. Tujuan pegi ke sana bukan nak shopping pun. Tapi saje nak bawak anak anak jalan jalan je. 

Tuesday, November 17, 2015

Danial dah konvo






Budak budak tadika sekarang pun dah ada konvokesyen. Siap jubah dan topi bagai. Untung anak anak zaman sekarang. Kalau maknya dulu tak merasa la konvo tadika berjubah bertopi bagai. 
 
 
Danial ni bersemangat kalau bab bab sekolah ni. Memang dia akan bagi komitmen sepenuhnya. Memang dia suka pegi sekolah. Jarang sangat dia ponteng sekolah. Kadang demam pun dia nak pegi sekolah.

Danial, semoga awak menjadi cemerlang dunia dan akhirat. Semoga awak menjadi anak yang soleh. Semoga awak dilindungi dan dirahmati selalu. Jangan tinggal solat dan semoga awak akan menjadi ustaz suatu hari nanti sebagaimana cita cita awak sekarang.

Hadiah untuk teacher



Pejam celik pejam celik dah nak hujung tahun, dah nak habis sekolah. Dah 2 tahun Danial belajar kat tadika ni. Daripada zero sekarang Danial dah pandai abc, 123, solat dan bacaan dalam solat, bacaan surah surah lazim, bacaan bacaan doa, rukun islam dan rukun iman dan macam macam lagi pelajaran.

Sebagai penghargaan untuk semua teacher, sudilah kiranya terima hadiah yang tak seberapa ni. Agak sedih jugak la sebab tahun depan dah tak sekolah kat sini. Dah tak jumpa kawan kawan yang comel comel ni lagi. Masing masing akan belajar di sekolah yang berlainan. Rasanya Danial ni begitu suka dengan tadika yang dia berada sekarang sebab dia selalu cakap sekolah kat situ best. Tak terbayang bila dia dah masuk darjah satu nanti dimana dia kena berdikari sendiri. Kakak dan abangnya di sekolah sesi pagi. Hanya dia saja yang sekolah sesi petang. Dengan nak galas beg berat lagi. Beg lagi besar dari tuan sebab Danial ni kecik dan kurus je orangnya.

Friday, November 13, 2015

Makang ni je lah



Dok tahu nak breakfast gapo doh pagi pagi. Makang ni je la. Breakfast pagi pagi samo belake. Ada mee, meehun, nasi lemak jo. Dok berkenan kalau hari hari makang tu je.

Monday, November 9, 2015

Nak beli Alza ke tak



Saya plan nak tambah kereta. Alza advanced ni ok tak. Ada tak yang pakai Alza ni. Kete suzuki SX4 yang sedia ada ni dah tak muat. Maklum la anak anak dah besar. Ada mak lagi. 

Kalau ambik Alza ni monthly kena bayar dalam RM700. Kena fikir banyak kali juga tu. Jadinya akan bertambah expenses sebanyak RM700 lagi. Downpayment hanya RM2000 je. Rasa berbaloi la jugak dari downpayment yang banyak banyak tu. Saya ni penakut nak bawak kete yang panjang macam wish atau honda stream atau grand livina tu. Nak beli Avanza atau Inova husben pulak tak berkenan. Exora jauh sekali la dia tak nak. Makanya kena la beli kete yang dia berkenan je.

Aduhai. Tengah pening lagi. Ikut hati memang nak ambik sebab pikirkan anak anak yang terpaksa berhimpit himpit dalam kete suzuki tu. 

Tolong tolong. Saya tak tau nak buat keputusan nih. Apa pendapat kawan kawan. Ambik kete baru maka bertambah la hutang baru pulak.