Story Mory Cik Lala

Friday, September 11, 2015

Jerebu o jerebu



Jerebu makin teruk. Bila la nak berakhir. Kesian budak budak yang ulang alik pi sekolah.

Danial special day









Lega bila semuanya dah settle. Settle celebrate birthday Danial kat school. Kalau tak maknya yang pening pikir. Danial request nak belanja kawan kawan kfc. Bosan kalau asik kek je katanya. Tapi ibu bekalkan jugak kek coklat yang RM10 tu 2 bekas. Tapi Danial kata cikgu tak potong bagi dorang makan pun. Ermm. Dah kenapa pulak cikgu tak potong kek tu kan. Konpius sekejap.

To Danial,
Happy birthday sayang. Moga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Moga tercapai cita cita jadi Ustaz.

Wednesday, September 9, 2015

Pullman Bangsar - Training dua hari



Dua hari ada conference kat Hotel Pulman Bangsar ni. Tempatnya agak tersorok. Kalau tak pegi conference ni memang la tak tau hotel ni kat mana.

Makanan kat sini sedap sedap belaka. Tapi tak la pulak nak ambik gambo makanan tu. Malu la sebab participants ramai sangat.

Nak pegi hotel ni naik teksi balik pun naik teksi. Tambang pun di sekitar RM11.50. Kalau nak naik lrt putra boleh turun kat stesen kerinchi. Tapi kena la menapak sikit sebab hotel tu bersebelahan je dengan stesen Kerinchi tu.

Apa apa pun dah lega sebab family day dah settle, brainstorming dah settle, training pun dah settle. 3 hari tak masuk opis. Esok masuk opis banyak la keje yang menunggu. Kan best kalau tak masuk opis sampai bila bila.

Tuesday, September 8, 2015

Kena saman pagi dan petang



Dua kali kena saman weyh semalam. Saman yang pertama kena waktu pagi. Pegi beli bawang je pun yang tak sampai 5 minit. Takkan pi beli bawang pun nak bayar parking. Dah la parking betul betul depan kedai tu. 

Saman yang kedua kena sebelah petang pulak pukul 6.10. Time ni singgah beli kfc pulak. Parking pun betul betul depan kfc.

Hampeh betui la MPS ni. Nasib tak baik betul semalam. Agaknya MPS ni dah miskin sangat kot. Tu yang saman menyaman je kejenya.

Tuesday, September 1, 2015

Pesanan penaja



Tak senang duduk la minggu ni. Dah la baru balik dari family day. Nak cuti pun sayang sebab annual leave dah tak banyak. Ada 9 hari je lagi. 25 september ni nak cuti lagi. Bulan 11 ni kezen nak bertunang pun nak cuti lagi. Danial nak masuk darjah satu nanti pun nak cuti gak lagi.

Mesej kat atas tu saje je wat i stress tau. Dah la tak cukup staff ni. Terpaksa buat keje sendiri dan cover keje orang lain jugak. Stress mental dan fizikal tau.