Story Mory Cik Lala

Sunday, August 30, 2015

Cuti cuti merdeka









Di Hotel Legend





Di Hotel Impiana

Hari Jumaat cek in kat Legend Hotel Cherating. Hari Sabtu cek in kat Impiana Hotel Cherating pulak. Harga untuk satu malam kat Hotel Legend tu ialah RM578.00 untuk satu malam manakala Hotel Impiana RM480 satu malam.

Dari segi makanan sedap lagi makanan kat Hotel Legend kalau dibandingkan dengan Hotel Impiana. Bilik kat Impiana pun lebih selesa berbanding dengan bilik kat Hotel Legend walaupun Hotel Impiana tu agak buruk. kami bernasib baik dapat 2 bilik yang attach together. Siap ada ruang tamu dan meja makan sekali. Dah macam kat rumah pulak. Anak anak pun dah syok dok sana  sampai tak nak balik. Ish. 

Tapi kolam mandi kat Hotel Legend super duper best. Kolamnya besar dan banyak. Kolam budak budak luas sangat. Boleh mandi puas puas. Tapi kolam kat Hotel Impiana kecik dan sempit. Kalau ramai budak budak yang mandi dah sesak.

Wednesday, August 26, 2015

Salah beli. Terbantut selera.



Dah banyak kali zafran request nak makan tuna cili ni. Hari tu dia makan masa ustaz sekolah agama bagi. Sedap agaknya kot. Sebab tu la teringin nak makan lagi.

Yang mak ni pun lepas balik keje petang semalam gigih la pi giant nak beli tuna ni. Tak tau nak pilih yang mana satu. Zafran kata dia nak tuna cili. Saya pun ambik la yang ni.

Bila balik rumah sapu atas roti mak ai. Pedas tak hengat. Mungkin sebab dia letak cili api kot kat dalam tu. Terus terbantut selera. 

To ayam brand. Lain kali jangan la buat pedas sangat. Kesian budak budak tak boleh nak makan.

Tuesday, August 25, 2015

My ambition is



Tulisan kat atas tu adalah tulisan Danial. Memang cita cita dia nak jadi ustaz katanya. Dia kata bila dah besar nanti dia nak buat rumah ada balkoni ada kolam dan ada bilik wayang. He he he. Rumah ustaz ada bilik wayang. Boleh ke ibu?


Sunday, August 16, 2015

Nasi ayam o nasi ayam





Dah lama plan nak buat nasi ayam ni tapi terpaksa pospone atas sebab sebab tertentu. Lagi pun open house dah habis. Boleh la try macam macam resepi lepas ni.

Gigih bangun pagi hari ni semata mata nak masak nasi ayam. Prepare untuk sarapan merangkap makan tengah hari sekali. 

Cuma satu nak tanya korang yang pakar masak nasi ayam ni. Ayam goreng yang kilat tu nak bubuh apa ye.

Saturday, August 15, 2015

Mak yang eksaited lebih





Mak yang eksaited lebih nak celebrate birthday anak. Bday Danial jatuh pada hari ahad 6.9.2015. Maka celebratenya di tadika akan diadakan pada 7.9.2015. Si kecik tu request nak belanja kawan kawan kelasnya KFC. Tak tau la boleh ke tidak kan sebab kfc kan buka lambat.

Yang sedih time nak celebrate birthday Danial ni, saya ada kursus kat Kuala Selangor mulai 4.9.2015 hingga 6.9.2015. Kalau balik lambat makanya tak sempat la nak buat cupcake coklat kegemaran Danial. Harus lah letih kan. Tengok keadaan la cam mana. Nak order pun harga boleh tahan. Buat sendiri lagi jimat kot dan menepati citarasa. Tapi kalau dah takde pilihan terpaksa la oder. Hu hu hu. Tukang buat kek ramai je yang sudi.




Friday, August 14, 2015

Desert kfc



Sume deserts kfc ni sedap sedap belaka kan. Tapi tak boleh makan banyak banyak. Nanti berat pun naik banyak. Sesekali tu boleh la nak makan (pesanan untuk diri sendiri).

Korang ada yang suka benda ni jugak tak.

Thursday, August 13, 2015

Lepas raya



Tempeyek kacang dhal, kepek pisang, batang buruk dan biskut makmur. 


Stok makanan lepas raya. Tahun ni memang tak beli banyak biskut raya pun apatah lagi nak buat. Beli pun setakat satu dua yang mana anak anak nak makan je. Tu pun dah habis. Lebih baik habis daripada membazirkan.

Tahun ni memang malas betul nak buat biskut. Maklum lah. Sebelum pose lagi dah buat biskut samprit dengan biskut london almond untuk Danial. Bila time nak raya dah takde mood nak buat. Nasib la biskut yang beli hari tu sedap jugak. Lupa pulak nak snap gambar. 

Biskut raya korang banyak lagi ke. Kalau banyak meh la sini sikit.

Friday, August 7, 2015

Sayang beribu sayang

Note 3 yang saya sayang ni sempat guna 2  tahun je. Lepas tu dah buat perangai. Wifi boleh guna. Tapi nak call dengan internet data sume tak boleh guna. Hari tu dah hantar ke Samsung Service Centre, katanya kena tukar motherboard yang berkos RM800. Mak ai. Tak payah la kalau camtu. Sayang duit kan.

Makanya saya bagi je la phone tu kat Danial. Seronok la dia. Asik main game je. Ipad pun dia dah tak heran. Saya suka guna note 3 tu sebab skrin dia lebih besar dari iphone. Senang nak berinternet sebab saya memang suka cari info di internet. Kalau dengan iphone agak sakit mata. Tapi kalau nak beli samsung baru cam sayang duit la pulak. Nak nak macam Note 4 dan Samsung edge tu. wow. Harga boleh tahan.

Samsung memang cepat rosak ke?


Monday, August 3, 2015

Jamuan Aidilfitri 2015



Weekend lepas adalah weekend yang bizi dengan open house. Saya bukan lah peminat nak pergi open house. Apatah lagi mengenangkan jalan jem sana sini dan terpaksa berjam jam duduk dalam kereta. Tak pergi pun tak pe lah.

Tapi sabtu lepas ada Majlis Aidilfitri opis. Nak tak nak kena pegi la jugak. Kalau tak nanti tak dapat markah untuk appraisal pulak. Anak anak pun tak dapat duit raya. Rugi rugi.

Hari ahad semalam pun ada jamuan raya kat Shah Alam. Pegi la jugak sebab jamuan tu ada kena mengena dengan sedara mara. Bila lagi nak jumpa sedara mara kan.

Satu hari dapat attend satu jamuan raya cukup la. Tak mampu nak attend banyak banyak. Kat rumah pun banyak kerja yang menunggu.

Mood cuti lagi



Isnin hari lamau sedunia
Serba tak kena

Moh la baca doa murah rezeki ni
Mudah mudahan kita semua dimurahkan rezeki dan mendapat rezeki yang diberkati.