Story Mory Cik Lala

Wednesday, July 29, 2015

Jamuan Raya Tadika Danial



Brownies Oreo. 

First time order ni. Nampak macam sedap tapi tak tau la macam mana rasanya. Masa oder untuk Danial tak terpikir pulak nak order untuk rumah jugak. Rasa terkilan pulak sebab tak oder sama. Danial pun tak sempat nak rasa hari ni sebab banyak sangat makanan katanya.

Tuesday, July 28, 2015

Birthday celebration



Malam tadi celebrate kat Baskin Robin je. Kalau hari cuti buat jugak makan makan jemput ipar duai. Kalau hari keje ni memang tak sempat la. Plus hari ni ada meeting. Kena tido seawal yang mungkin. Anak anak pun nak sekolah.

Kek pun dah tak banyak pilihan. Kebanyakkan kek yang ada kek perisa mocha. Takut pulak tak kena dengan selera anak anak. Saya pilih kek perisa strawberi. Aiskrim strawberi. Memang keknya padat dengan aiskrim sampai nak potong pun susah.

Untuk korang kalau nak makan kek kat Baskin Robin tu, sila la bawa pinggan sendiri sebab plate memang tak disediakan. Yang ada cup kecik aje. Susah nak isi kek dalam cup kecik macam tu. 

Tapi kek aiskrim Baskin Robin memang terbaik. Rupa je tak cantik cam kek biasa. Len kali kena oder awal awal kau nak makan kek kat sini.

Monday, July 27, 2015

Selamat Hari Lahir



Hari ni ulangtahun kelahiran suami saya yang ke 41. Selamat panjang umo, murah rezeki dan sihat selalu. Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke jannah.

Monday, July 20, 2015

Tok Tan pun nak raya juga



Tok Tan ni sebenarnya oku. Dia tak cacat tapi mental tak berapa sihat. Tapi setiap tahun rumah mertua memang jadi tumpuan. Rumah mertua ni bila time raya dah jadi macam kenduri pulak. Ada je yang datang tak henti henti. 

Gambar raya 2015




Kenangan raya 2015. Ayah mertua dah tak ada. Kalau tidak dia la yang paling sibuk layan tetamu. Sebelum raya dah sibuk beli lauk untuk masak masak di hari raya. Yang paling aku terkilan apabila duit yang aku bagi kat dia dua tiga hari sebelum dia sakit dia simpan rapi. Masih dalam sampul yang aku bagi. Tak sempat nak guna dia dah pergi mengadap ilahi. Mak mertua cakap tak habis habis dia bangga aku bagi dia duit tu. Padahal tak banyak mana pun. Tapi sangat bermakna bagi dia. Sampai sekarang mak masih simpan duit tu. Aku pulak yang terharu.

Wednesday, July 8, 2015

Barang dah sampai. Yehuu.





Puas jugak la menunggu vacum mini ni sampai. Oder hari selasa minggu lepas. Dapatnya hari selasa minggu ni. Seminggu lamanya. Beli kat Lazada je pun. Harga RM199 je. Konon konon senang la pakai vacum mini ni. Semalam test ok jugak. Tak payah la dok usung vacum yang gedabak tu lagi.  Kalau nak tahu lebih lanjut boleh google ING handheld vacuum cleaner. Saya tak berapa rajin nak paste paste gambar hari ni. Lagi pun banyak sangat gambonya.

Mood nak buat keje pun dah ke laut ni. Sambil buat minit sambil pulak blogwalking. Lambat betul nak tunggu jam 4.30 petang. Tu la senario orang orang yang bekerja macam saya ni. Hari hari tunggu time nak balik saje.

Puding karamel tanpa telo



Dapat resepi ni dari facebook. Dah lama teringin nak buat puding ni. Tapi bila buat selalu tak jadi. Kalau jadi pun tak cantik macam orang lain buat.

Dengan resepi yang tanpa menggunakan telo ni lagi senang. Cuma guna agar agar serbuk, susu pekat, susu cair, tepung kastad dan gula dah siap. Bak buat karamel tu pun tak pandai jugak sebelum ni. Tapi alhamdulillah menjadi pulak kali ni.

Simpan dalam peti ais ni makan sejuk sejuk erm sedapnya. Dah 2 kali buat ni. 

Monday, July 6, 2015

Doa Pelembut Hati Anak Anak



Jom kita print dan tampal kat dapur. Sambil masak sambil boleh baca. Kalau simpan kat hendpone kadang ingat kadang tak ingat nak baca. Silap haribulan masak rendang henpone jadinya.

Sampul duit raya 2015



Korang dah tukar duit raya ke? Kalau dah tukar duit mesti dah dapat sampul duit kan. 

Tahun ni semangat beli sampul gambo gambo katun ni. Cantik dan menarik. Satu pek RM3 je pun. Mesti budak budak suke kan kalau dapat sampul camni. Sape nak duit raya meh la datang rumah.

Masak Talapia Stim Nyonya



Dah lama teringin nak buat Stim Nyonya ni. Selalu makan kat restoran Sharin Low je. Tapi mahal sangat. Sekor ikan mencecah RM60. 

Tetiba datang idea nak masak. Tokok tambah dengan resepi google. Memang menjadi macam yang kat kedai tu. Cumanya tawar sikit. Maklum la pose. Tawar tak pe. Jangan termasin sudah. Kalau termasin confirm tak boleh makan.